Mengingat kembali peristiwa tersebut, jelas meningatkan Baginda kembali kepada keresahan, kerisauan dan ketakutan yang dialami dalam masa sama Baginda dan DYTM dalam keadaan tertanya-tanya apa yang telah berlaku di Brunei, titah Baginda dalam kata alu-aluan itu.
"Apa bila melihat apa yang sudah kita capai hari ini sejak
meletusnya peristiwa hitam tersebut, beta betul-betul berasa bangga dengan negara dan bangsa kita. Ianya merupakan satu testimoni yang menyerlah terhadap apa yang boleh kita capai bersama sekiranya kita tidak berpecah belah dan hormat menghormati dan sokong menyokong antara satu dengan yang lain", titah Baginda Sultan.
Dalam buku tersebut DYTM antara lain menyatakan tujuannya mengungkap kembali peristiwa 8 Disember 1962 itu ialah atas kesedaran bahawa untuk kita memasuki era baru ini dengan penuh keyakinan kita perlu meningat kembali sejarah lampau kita, mengakuinya dan menghormatinya.
"Itulah apa yang telah dlakukan oleh pengasas-pengasas ASEAN yang lalu dan saya rasa itulah yang patut kita terus lakukan"
Dalam konteks Brunei, ini bererti kita mesti berani berhadapan dan berdamai dengan
apa yang telah berlaku 45 tahun yang lalu pada awal pagi Sabtu yang muram itu ia itu pada 8 Disember 1962, sabda DYTM dalam tulisannya.