"Saya juga melihat fenomena ini sebagai satu kejayaan British meletakkan benteng psikologi pemisah antara rakyat dan istana semasa mentadbir pemerintahan negara ini. Dan paling malang setengah kta enggan merobohkan benteng ini dan memerdekakan fikiran kita dari dibelenggu oleh perasaan takut ini", tegas Ayahnda Yasin Affandy.
"Anehnya kita mudah melupakan kekejaman yang dilakukan oleh tentera Jepun semasa mencerobohi negara ini dan menjajah sejak 1942 hingga ke 1945. Kita sudah melupakan peristiwa tersebut dan tidak menaruh rasa dendam kepada negara Jepun sekarang. Anak-anak cucu rakyat kita yang mati dipancung dan yang diseksa semasa zaman pemerintahan Jepun sekarang menerima Jepun sebagai kawan. Kereta buatan Jepun menjadi pilihan dan barang-barang buatan Jepun menghiasi rumah-rumah mereka yang dulunya ditinggalii oleh nenek dan bapa mereka yang mati dipancung tentera Jepun".
"Akan tetapi anehnya ada sebilangan masyarakat dan anak cucu mereka yang melalui saat 'sejarah hitam' 1962 yang tidak mengetahui cerita sebenar disebalik peristiwa tersebut, siapadalang dan siapa pejuang sebenar, terus mengasuh perasaan tidak senang dan takut kepada orang politik dan kewujudan parti politik di negara ini", keluh Ayahnda Yasin Affandy.
"Benih-benih perasaan takut dan sangsi ini sebenarnya sudah awal lagi ditanamkan dalam jiwa dan fikiran rakyat oleh British dan kuncu-kuncunya sehingga ia menjadi benteng pemisah antara rakyat dan istana. Dan sedihnya kita masih lagi menjayakan
muslihat ini walaupun ianya sudah lapuk ditelan zaman".
Dari itu, seru Ayahnda Yasin Affandy, kita wajiblah berusaha dengan gigihnya untuk menghapuskan halangan psikologi ini dari terus membelengu jiwa dan fikiran kita untuk maju terus kehadapan menyokong dan membantu perjuangan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan zurat Baginda untuk membawa negara Brunei Darussalam, negara Melayu, Islam, Beraja dan aman damai ini kemercu kejayaan dan kegemilanagan.
"Sebagai pemimpin NDP, saya yang sudah berumur 83 tahun ini dan telah menghabiskan masa selama 13 tahun sebagai tahanan politik dan lebih 20 tahun dalam buangan tidak sedikitpun menaruh dendam kepada sesiapa. Saya tidak mahu menoleh kebelakang dengan rasa dendam", ujar Ayahnda Yasin Affandy lagi.
"Perasaan dendam yang boleh menimbulkan kecurigaan dan boleh mematikan semangat setia kawan wajiblah kita hapuskan agar dapat memudahkan kita merintasi halangan psikologi dan maju kehadapan membawa negara kepuncak kecemerlangan".
"Insya Allah NDP tidak akan menoleh kebelakang dalam usaha merealisasikan visi, misi dan objektif parti yang semua menjurus kearah menjadikan dan memelihara Brunei agar berterusan menjadi sebuah negara Melayu, Islam, Beraja, aman dan makmur serta sentaiasa mendapat keampunan Allah jua", katanya lagi.
Tegasnya seluruh warga NDP akan terus taat setia kepada KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan akan terus berusaha memerdekakan jiwa dan fikiran rakyat yang masih dibelenggu oleh benteng psikologi pemisah antara rayat dan istana.