LIMBARUH HIJAU 1 OGOS 2007 - NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, selaku anggota Asean telah memberikan sokongan keatas langkah untuk memuatkan 'cadangan' bagi penubuhan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) peringkat Asean kedalam draf Piagam Asean yang telah bincangkan di Persidangan Menteri-Menteri Luar Asean (AMM) ke 40 di Manila.
Cadangan pembentukkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Asean untuk dimuatkan dalam Piagam Asean merupakan antara enam perkara yang pada awalnya menghadapi kesukaran mendapat kata sepakat dari semua ahli Pasukan Petugas Peringkat Tertinggi (HLTF).
HLTF yang ditugaskan oleh Menteri-Menteri Luar Asean untuk merangka draf Piagam Asean, juga pada awalnya agak sukar mendapat kata sepakat berhubung lima perkara lain iaitu keperluan konsensus dalam membuat keputusan; prinsip persetujuan bahawa negara Asean mesti tertakluk kepada sistem pemerintahan berasaskan undang-undang, urus tadbir baik dan prinsip demokrasi; kriteria kelayakan menjadi ahli; memasukkan satu-satu keputusan sebagai sebahagian artikel untuk amalan; dan menentukan sama ada keputusan yang dibuat tanpa kehadiran sesebuah negara anggota adalah sahih.
Bagaimanapun berita terkini
menunjukkan anggota-anggota HLTF akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan dengan mencapai kata sepakat untuk memuatkan enam perkara tersebut dalam draf Piagam Asean termasuk perkara berkaitan pembentukan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia yang mulanya mendapat tentangan dari Myanmar.
Menurut laporan pada dasarnya semua anggota Asean bersetuju dengan cadangan menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia peringkat Asean akan tetapi persoalan mengenai huraian terperinci Pertubuhan tersebut telah dipersetujui supaya dibincangkan selanjutnya dikalangan pemimpin-pemimpin tertinggi Asean.
Pembentukan Piagam Asean dicetuskan pada Sidang Kemuncak Asean ke-11 di Kuala Lumpur dua tahun lalu dan HLTF telah dipertanggungjawabkan menyiapkan draf itu sesudah menerima cadangan draf daripada Kumpulan Tokoh Terkemuka (EPG) awal tahun ini pada Sidang Kemuncak Asean ke-12 di Cebu, Filipina.
Piagam itu berpaksikan tiga tunjang utama – keselamatan/politik, ekonomi dan sosio/kebudayaan – merangkumi peraturan dan nilai bagi memacu Asean melalui kerangka perundangan yang memberikannya kekuatan dan menjadi institusi formal yang mempunyai personaliti dalam undang-undang.
AMM mensasarkan Sidang Kemuncak Asean ke-13 di Singapura, November ini untuk piagam itu diterima pakai serentak dengan 40 tahun penubuhan Asean.
Sehubungan dengan perkembangan serantau ini, Parti Pembangunan Bangsa (NDP) sebagai pelantar politik suara rakyat berpandangan langkah untuk membentuk Piagam Asean dengan mamuatkan antaranya penubuhan Suruhanyjaya Hak Asasi Manusia dalam piagam tersebut sebagai satu langkah yang sangat dialu-alukan.
Justeru NDP berdiri teguh menyokong negara memainkan peranan dalam usaha serantau marangka piagam tersebut yang akan dimuatkan antaranya peruntukkan bagi penubuhan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia peringkat Asean.
Langkah Negara Brunei Darussalam menyokong usaha tersebut menggambarkan betapa negara sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat yang berjalan atas landansan falasafah negara Melayu Islam Beraja dan Demokratik menghormati hak asasi manusia sejagat selagi ianya tidak bercanggah dengan nilai-nilai murni bangsa dan negara serta ajaran dan akidah Ahli Sunnah Wal-Jama'ah.
Setentunya isu hak asasi manusia dan penubuhan sebuah badan berkanun untuk mempromosikan dan melindungi hak asasi manusia peringkat Asean menjadi satu isu yang agak sensitif bagi Asean memandangkan tidak ada sebuah pun negara anggota yang mempunyai rekod hak asasi manusia yang benar-benar bersih dari aspek penilaian hak asasi manusia peringkat antarabangsa.
Malaysia, contohnya dengan halnya, begitu juga dengan Indonesia, Philippines, Singapura, Vietnam, Cambodia, dan negara-negara anggota lainnya. Walhal Amerika Syarikat sendiri yang sering mendabek dada sebagai pengasas dan pembela utama hak asasi manusia sejagat mempunyai rekod hitam tersendiri, hanya perbezaannya isu pencerobohan hak asasi manusia oleh Amerika Syarikat tidak terlalu di gembar gemburkan oleh media perdana dunia.
Dalam konteks Negara Brunei Darussalam, ada pihak yang mungkin berpandangan isu hak asasi manusia juga merupakan perkara sensitif kerana seperti negara yang lain ia juga mendapat penialian badan antarabangsa yang kurang memuaskan berhubung antara lain hak kebebasan bersuara, perkumpulan, berpersatuan demokrasi dan perwakilan rakyat dalam parlimen.
Pada hakikatnya rekod hak asasi manusia Negara Brunei tidaklah seteruk yang ditafsirkan itu dan ini jelas dilihat dari kesediaan Negara Brunei Darussalam, sebagai ahli keluarga Asean, untuk tidak teragak-agak memberikan sokongan penuh keatas apa jua langkah kearah menggubal satu dasar yang boleh mengikat dan mewajibkan semua anggota Asean mematuhi apa jua perintah yang akan dipersetujui mengenai hak asasi manusia peringkat Asean.
Setentunya juga tidak ada sebab kenapa harus Negara Brunei berasa kurang senang dengan isu tersebut memandangkan sejauh ini, contohnya, bangunan tahanan politik disini terus kosong tanpa penghuni yang merupakan tahanan politik, kes mengaitkan mana-mana agensi kerajaan yang terlibat dengan pembunuhan atau menghaibkan aktivis politik bermotifkan politik tidak wujud dan insya Allah tidak akan pernah wujud, penyiksaan orang tahanan adalah menjadi kesalahan menurut undang-undang negara dan banyak lagi contoh-contoh lain yang memboktikan Negara Brunei adalah sebuah negara yang melindungi hak asasi manusia dengan berpeggang kuat kepada tuntutan ajaran Islam.
Dibidang pembaharuan politik juga jelas menunjukkan Negara Brunei sejak mendapat kemerdekaan penuh 23 tahun yang lalu berusaha bersungguh-sungguh secara berperingkat-peringkat membaikpulih untuk mengembalikan semula hak rakyat untuk berpartisipasi secara aktif dalam arena politik negara yang sedang melalui proses pembaharuan.
Contohnya pada September 2004, Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tanpa menerima tekanan dari dalam (rakyat) mahupun dari luar telah memperkenankan penubuhan semula Majlis Mesyuarat Negara (MMN) setelah 20 tahun MMN digantung.
Pada tahun berikutnya Baginda Sultan juga memperkenankan permohonan untuk mendaftarkan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) sebagai sebuah parti politik rakyat berdaftar dan sah dari segi undang-undang negara.
Apa yang juga dapat menggambarkan keikhlasan Baginda Sultan untuk memenuhi hasrat membawa pebaharuan dalam senario politik negara ini ialah
kesediaan Baginda Sultan untuk memulihkan permuafakatan antara istana dengan rakyat dengan mengizinkan orang-orang yang dulunya disenarai hitamkan dan dilabel sebagai pemberontak untuk mengisi barisan hadapan NDP.
Kewujduan NDP juga menambah ceriakan
senario politik tanah ayer yang ketika itu sudah mempunyai 2 parti politik yang lain.
Juga turut menggambarkan kesungguhan Negara Brunei Darussalam dalam hal yang sama ialah dengan berdiri megahnya bangunan parlimen yang baru sebagai lambang pembaharuan politik tanah ayer berjalan secra aberperingkat-peringkat dengan baiknya.
Semua ini sebenarnya menggambarkan betapa Negara Brunei Darussalam dibawah pimpinan bijaksana Baginda Sultan sangat peka dengan kemaslahatan bangsa dan negara termasuklah perkara berkaitan hak asasi rakyatnya.
Justeru NDP yakin negara tidak akan mudah dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan seharusnya tidak diberikan tekanan agar bertindak mengikut kemahuan mana-mana pihak yang hanya akan membawa kerosakkan kepada negara dan bangsa.
Dalam hal ini Presiden NDP, Ayahnda Yasin Affandy pernah berucap dihadapan ahli-ahli Parlimen Jerman yang berkunjung
ke Limbaruh Hijau awal tahun ini untuk meninjau senario politik rakyat di negara ini yang di isikan oleh NDP dan parti-parti politik yang lain.
Dikesempatan itu Ayahnda Yasin Affandy menyentuh mengenai tututan demokrasi dan menegaskan
bahawa NDP amat yakin Baginda Sultan sememangnya mengetahui dan memahami hasrat untuk memenuhi keperluan penyertaan rakyat yang lebih ramai, seperti yang ditunjukkan melalui Titah baginda dua tahun lalu supaya Majlis Mesyurat Negara diwujudkan semula dan keanggotaannya diperbesar, justeru tidak perlu mana-mana pihak ikut campui untuk cuba mempengaruhi atau memberikan tekanan kepada Baginda Sultan.
"Dengan kepimpinan berwawasan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, kita amat yakin banyak lagi pembaharuan akan dilakukan dalam bidang politik untuk maksud-maksud yang sama, sesuai dengan falsafah dan cara hidup bangsa kita", jelas Presiden NDP kepada ahli-ahli Parlimen Jerman.
Namun begitu, katanya apa yang ditekankan oleh Parti Pembangunan ialah pandangannya bahawa sebarang pembaharuan atau perubahan adalah hak keistimewaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Di-Pertuan untuk menentukan, bukan sahaja dari segi bentuk dan jenis pembaharuan politik yang hendak dilaksanakan, tetapi juga bilakah ianya akan dilakukan.
"Ini adalah urusan kebangsaan yang terpulang kepada budibicara perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda untuk membuat penilaian dan mengambil keputusan setelah dirundingkan dengan hamba rakyat Kebawah Duli Baginda".
"Parti Pembangunan Bangsa sekali-kali tidak menyukai sebarang campur tangan atau tekanan dari mana-mana pihak, terutama dari luar negara, yang cuba memaksa atau mendesak Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Kerajaan atau rakyat Brunei Darussalam, untuk melakukan perubahan atau pembaharuan yang bertentangan dengan agama, budaya, adat resam dan kepentingan bangsa. Kami adalah bangsa yang berdaulat yang diperintah secara adil dan saksama oleh seorang Raja yang berdaulat yang dikasihi oleh rakyat, maka justeru itu kami tidak menyukai ditunjuk-tunjuk apa yang kononnya demi kebaikan politik kami".
"Kami menyambut baik pertukaran dan perkongsian pandangan, pendapat dan buah fikiran, tetapi bukan tekanan untuk menerima atau melaksanakannya. Parti Pembangunan Bangsa mahu supaya Negara Brunei Darussalam mengambil langkah berwaspada dan berhati-hati, agar kita mengelakkan kesilapan-kesilapan yang pernah dialami akibatnya oleh banyak negara dalam membangunkan struktur politik masing-masing", tambahnya.
Parti Pembangunan Bangsa juga, tambahnya, tidak akan mendesak Kerajaan meniru mana-mana sistem berparlimen atau perundangan yang diamalkan di pelbagai tempat di serata dunia sekiranya langkah itu berkemungkinan mengakibatkan Negara Brunei Darussalam menjadi masyarakat yang rosak dari segi politiknya.
Katanya kami lebih menekankan agar Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Di-Pertuan mengambil langkah-langkah yang berhati-hati dan teratur, biarpun perlahan-lahan, apabila melakukan sebarang pembaharuan politik untuk memastikan bahawa ianya tidak menyebabkan kerosakan dan kehancuran negara kami.
"Sikap berwaspada dalam meniru pakai segala macam pembaharuan politik dan sistem-sistem Parlimen negara lain, di samping pelbagai struktur dan susunatur sistem-sistem pilihanraya yang berkaitan, telah mendorong Parti Pembangunan Bangsa untuk melihat sistem kepimpinan Beraja yang dipakai ketika ini adalah yang paling sesuai bagi Negara Brunei Darussalam, maka hendaklah ianya dikekal dan diperkukuh".
"Ianya amatlah bersesuaian dengan budaya dan adat resam kami, serta berperanan melindungi kepentingan golongan terbesar warga Brunei di samping melindungi hak-hak golongan minoriti', jelas Presiden NDP kepada ahli-ahli Perlimen Jerman itu.
Apa yang diungkapkan oleh Ayahnda Yasin Affandy itu merupakan pendirian rakyat yang berdiri diatas pelantar NDP sebuah parti politik yang diwujudkan atas kesedaran untuk menyokong dan membantu Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan dalam mengekalkan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara Melayu, Islam, Beraja dan demokratik sebagaimana yang telah diamanatkan oleh Baginda melalui Titah Pemasyhuran Kemerdekaan pada 01 Januari 1984.
Dari itu NDP juga berpendirian yang sama dalam hal penglibatan negara dalam proses membentuk Piagam Asean yang akan merangkumi antara lain perundagan berhubung hak asasi manusia peringkat Asean, urus tadbir baik dan prinsip demokrasi.