Brunei satu cabaran kepada gagasan ZOPFAN

 
 

Pada masa negara-negara anggota Asean sedang berusaha gigih membina rantau Asia Tenggara sebagai sebuah rantau yang aman dan stabil melalui konsep ZOPFAN Brunei pula masih lagi bergelutan untuk menentukan masa depan politik nya.

Seperti permainan tarik kalat, golongan artistokrat-monarki dan rakyat yang masih dibawah 'perlindungan dan jagaan' Inggeris 'betarik-tarikan' dalam menentukan nasib dan masa depan politik negara.

Dalam pusingan pertama A.M Azahari dan Parti Rakyat Brunei (PRB) di tumpaskan dalam percaturan yang jelas mendapat campur tangan Inggeris dan juga Malaysia.

Dalam pusingan kedua pula setelah ketiadaan Azahari dan PRB, senario di arena politik Brunei jauh berubah. Golongan aristokrat-monarki tidak lagi berhadapan dengan pencabar-pencabar politik utama setelah berjaya memadamkan sebuah parti poltik rakyat yang vokal, kuat dan popular.

Kejayaan golongan aristokrat-monarki ini walaupun pada dasarnya mampu menjamin negara dari terus mengalami kegawatan politik tapi dalam masa sama ianya juga merupakan satu tamparan hebat kepada semangat nasionalisme rakyat, kepada kemajuan dalam usaha membentuk sebuah kerajaan yang bertanggunjawab dan negara yang mengamalkan demokrasi.

Dengan kuasa penuh yang ada, golongan aristokrat-monarki terus berusaha melambatkan sebarang kemajuan kearah mewujudkan sebuah kerajaan yang popular.

Keadaan ini berterusan dari tahun 1960an hingga ke tahun 1970an.

Selepas peristiwa kebangkitan rakyat pada 1962, partai-partai politik seperti parti Parti Bersatu Brunei (Brunei United Party - BUP), Pertubuhan Kebangsaan Brunei (Brunei National Organisation - BNO) dan 2 lagi parti politik lain yang kecil mencari kekuatan politik dengan bergabung menubuhkan Parti Bersekutu Brunei (Brunei Alliance Party).

Presiden Brunei Alliance Party (BAP), Haji Hasbollah, bekas Presiden BUP mengistiharkan matlamat perjuangan BAP untuk membawa Brunei masuk Malaysia. Harapan mereka dengan menyokong gagasan Malaysia pasti mendapat sokongan Kerajaan Malaysia bagi penubuhan sebuah kerajaan bersekutu di Brunei.

BAP cuba memboktikan ianya sebuah parti loyalist untuk mendapat sokongan Istana. Sultan ketika itu jelas senang dengan sokongan tersebut akan tetapi tidak berminat untuk berkongsi kuasa dengan mana-mana parti politik. Terdapat tanda awal kurang minat Sultan terhadap idea sedemikian.

Pada Februari 1963 Sultan menghantar enam anggota delegasi ke Kuala Lumpur untuk merundingan syarat-syarat Brunei masuk Malaysia. BAP meminta agar perwakilannya dibawa sama dalam delegasi perunding tersebut tetapi BAP dan permohoannya tidak mendapat layanan.

Ini menimbulkan kemarahan BAP dan mendorong Presiden parti membuat kenyataan terbuka mengkritik tindakan Sultan itu.

Langkah BAP disokong oleh Brunei People Party (BPA) yang juga turut meluahkan pandangan perlunya dibentuksebuah Kerajaan yang demokrasi sebelum Malaysia ditubuhkan pada 31 August 1963.

Parti-parti politik di Brunei menerima satu lagi pukulan apabila pada tahun yang sama rundingan delegasi Brunei dengan Malaysia gagal mencapai persetujuan dan Sultan akhirnya mengambil keputusan untuk tidak membawa Brunei masuk Malaysia. Langkah Sultan itu dikesali oleh parti-parti politik tersebut yang beriya-iya sangat untuk menjadkan Brunei sebagai wilayah Malaysia.

Perkembangan seterusnya melihat barisan gabongan parti-parti politik kecewa dan hilang harapan sehngga tidak lagi berdaya meneruskan perjuangan dan akhirnya parti-parti politik tersebut dibubarkan.

Walaupun parti-parti politik di Brunei ketika itu sudah menamatkan riwayat nya namun semangat perjuangan rakyat untuk menuntut kemerdekaan dari Inggeris tetap menyala. Mereka mungkin merasai kegaggalan-keggagalan mereka yang lalu semuanya adalah percaturan Inggeris yang mengepung kuat Sultan ketika itu.

Pada tahun August 1966 sebilangan aktivist-aktivist politik yang sudah kehilangan bahtera politik mereka termasuk aktivist-aktivist politik dari PRB bergabung semula dan menubuhkan sebuah parti politik baru yang bergelar Parti Barisan Kemerdekaan Rakyat (BAKER) di bawah pimpinan Hapidz Laksamana yang merupakan bekas Naib Presiden PRB.

Dengan tertubuhnya BAKER, semangat perjuangan PRB hidup semula.

BAKER mula menggunakan beberapa taktik dan strategi politik PRB. Parti tersebut mengritik kuasa penjajah Inggeris kerana enggan memerdekakan Brunei dan menghantar memorandum meminta British memberikan kemerdekaan kepada Brunei secepat mungkin.

Pada 12 Oktober 1971 Parti BAKER dibawah pmpinan Awang Zainal Abidin Puteh, juga bekas anggota PRB meneruskan tekanan kepada British dengan mengutus memo ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meminta PBB membuat tinjauan ke Brunei atas kegagalan pihak British menunaikan janji yang terkandung dalam Kertas Puteh 4/65 berkaitan penubuhkan sebuah sistem demokratik berparlimen di Brunei.

Langkah BAKER mendapat perhatian positif PBB.

PBB PADA 12 April 1972 mengeluarkan satu dokumen (A / AC 109/PET. 1197) yang di tandatangani oleh F.D. Popov, Chief Petitions Secretary Department of Trusteeship and Non-Self Governing Territories berkaitan perkara tersebut.

Inggeris yang jelas belum bersedia menghadapi tekanan antarabangsa untuk melepaskan Brunei dari genggamannya terkejut dengan layanan positif PBB tersebut.

Walaupun demikian jelas Inggeris masih belum begitu tercabar dengan langkah-langkah sedemikian dan parti-parti politik yang masih wujud pun jelas belum mampu menandingi keunggulan PRB.

Aktivis-aktivis politik yang masih bertahan akhirnya kecewa apabila menyedari Sultan ketika itu sebenarnya tidak berminat sangat untuk melibatkan mereka dalam proses menentukan masa hadapan negara walaupun mereka berusaha menonojolkan diri sebagai sebuah parti loyalist.

Perkembagan di Brunei ini tidak terlepas dari pandangan anggota negara Asean ketika itu yang sedang mengorak langkah mengembangkan konsep ZOPFAN di Asia Tengara.

Anggota negara Asean sudah dapat melihat dengan jelas tanpa A. M Azahari dan PRB, Brunei tampaknya tidak berminat untuk menuntut kemerdekaan dari Inggeris, tambahan pula yang menyelamatkan Brunei dari ancaman Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU) pimpinan Yasin Affandy dulu adalah Inggeris.
   
Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia Ke-2 pula yang berperanan menerajui usaha mengembangkan konsep ZOPFAN menyedari beliau tidak akan dapat memujuk Sultan Brunei membebaskan diri daripada pergantungan kepada Inggeris kerana hubungan Malaysia dengan kesultanan itu tidak sebaik mana setelah Brunei enggan menyertai Malaysia di saat terakhir.

Tembok pemisah antara Tun Razak dan Azahari pula tidak setebal antara Tun Abdul Razak dengan KDYMM Sultan.

Justeru, tidak banyak yang dapat dibuat untuk membawa Brunei ke dalam masyarakat Asia Tenggara yang berkecuali selagi ia tidak bercadang untuk menuntut kemerdekaan.

Apa yang patut dilakukan bagi menjadikan Brunei sebuah negara merdeka yang kemudiannya akan komited dengan gagasan ZOPFAN?

(Bersambung 'Tiada Musuh Yang kekal')
 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.