Brunei antara negara paling bahagia di dunia

 
 
Negara Brunei Darussalam bukan semata-mata sebuah negara yang aman dan bahagia pada nama sahaja tapi sudah disahkan antara negara-negara yang mempunyai rakyat dan penduduk paling bahagia di dunia.

Ini menurut para llmuan di Universiti Leicester London yang menjalankan satu kajian keatas tahap kesihatan, kesejahteraan, pendidikan, kesedaran identiti bangsa dan kualiti kecantikkan lanskap di 167 buah negara di seluruh dunia. Dan Brunei tergolong antara 10 teratas negara yang mempunyai rakyat dan penduduk paling bahagia di dunia ini.
Di tangga pertama ialah Denmark diikuti oleh Switzerland dan Australia dan Brunei ditangga 9 selepas Austria, Iceland, Bahamas, Finland, Sweden dan Bhutan. Kanada pula jatuh ditangga ke 10.

Menurut agensi AFP yang melaporkan kajian bagi menghasilkan World Map of Happiness (Peta Dunia Kebahagiaan) itu, keputusan kajian diperolehi melalui penganalisaan sebanyak 100 bentuk soalan yang telah diajukan kepada seramai 80,000 penduduk dunia yang dilibatkan dalam kajian yang dijalankan.

Adrian White, pakar saikologi sosial yang menjalankan kajian tersebut dilaporkan sebagai berkata, “apabila seseorang ditanya adakah mereka berasa bahagia maka orang-orang yang tinggal dinegara yang memberikan penjagaan kesihatan yang baik, tahap GDP (gross domestic product) yang tinggi dan kemudahan pendidikan yang baik akan mudah memberikan jawaban bahawa mereka bahagia”.

Hasil kajian juga menunjukkan Amerika Syarikat jatuh ditangga ke 23, German ditangga 35, dan Britain ditangga 41. Disebelah rantau sini, Malaysia jatuh ditangga ke 17, Singapura ditangga 53, Indonesia ditangga 64, Thailand ditangga 76 dan Philippine dfitangga 78.

10 teratas:
1. Denmark
2. Switzerland
3. Austria
4. Iceland
5. Bahamas
6. Finland
7. Sweden
8. Bhutan
9. Brunei
10. Kanada


Negara lain yang terpilih:
15. Netherlands
17. Malaysia
19. Norway
22. UAE
23. United States
26. Australia
31. Saudi Arabia
38. Kuwait
45. Qatar
46. Spain
53. Singapore
62. France
63. Hong Kong
64. Indonesia
76. Thailand
78. Philippines
82. China
90. Japan
109. South Africa
125. India
166. Pakistan
167. Russia

Sementara itu imam-imam melalui khutbah Jumaat kemarin mengingatkan semua umat Islam, terutama sekali kakitangan dan pegawai-pegawai kerajaan yang baru saja memperolehi durian runtuh berikutan titah berkenaan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaikkan gaji dan elaun sara hidup mereka, agar sentiasa mensyukuri nikmat rezeki yang bnanyak yang sentiasa dicucuri Allah SWT kepada negara dan penduduknya.

Akan tetapi imam-imam melalui khutbah Jumaat itu ‘lupa’ memperkuatkan seruan mereka dengan mengingatkan umat Islam di Brunei akan penderitaan yang sedang dihadapi oleh saudara seIslam kita di Lubnan, Gaza dan Tebing Barat yang pada masa ini dalam ketakutan berikutan serangan ganas dan pencerobohan berdarah oleh tentera Zionis.

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.