Semenatara itu masalah isu sempadan juga masih sama-sama menghantui penduduk-penduduk di Daerah Beait.
Rata-rata orang Belait terkilan bagaimana sempadan Brunei yang dua tiga puloh tahun dahulu bermula dari tebing Sungai Baram sekarang tersasar berpuloh kilometer kedalam sampai di Sungai Tujoh, Kuala Belait.
"Dimana salah dan silapnya kita sehingga membolehan sempadan ini tersasar hingga kita kehilangan beratus kilometer persegi wilayah kita", ujar Awang Sulaiman Metrasad.
"Jika kita bongkar semula beberapa kawasan di tebing Sungai Baram itu, pasti kita akan menjumpai bekas-bekas yang menandakan kawasan tersebut pernah menjadi tempat pos kawalan imigresen Brunei dan perhentian teksi-teksi Brunei pada satu ketika dulu", tambah Naib Presiden NDP Belait itu.
Katanya NDP berharap agar isu sempadan ini dapat diselesaikan dengan segera demi kepentingan keselamatan dan kesejahteraan perhubungan persahabatan kedua-dua buah negara.
|
|
Pandangan beliau dikongsikan bersama oleh Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP ketika dihubungi untuk mendapatkan komen beliau mengenai dengan isu sempadan Brunei-Malaysia dan pencapaian Rundingan Tahunan KDYMM Baginda Sultan dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini.
"Kita turut sama-sama bergembira dengan pencapaian yang diperolehi di Rundingan Tahunan ke 11 tersebut terutama sekali dengan pembaharuan komitmen untuk menyelesaikan isu sempadan maritim dengan segera".
 |
"Sejak pertama kali format Rundingan Tahunan (JCM) ini diperkenalkan 11 tahun yang lalu banyak- isu-isu penting melibatkan kedua buah negara dapat diselesaikan dengan baik dan berhemah diperingkat kepimpinan teratas kedua buah negara yang berjiran, serumpun, sebangsa dan seagama ini".
"Dalam masa sama banyak juga inisiatif-inisiatif dan program-program berdaya maju untuk meluaskan lagi ruang mengeratkan hubugan persaudaraan yang sedia akrab anatra kedua buah negara dapat dilahirkan melalui pelantar JCM itu", ujar Ayahnda Yasin Affandy.
"Menyentuh mengenai isu sempadan kita amat bersyukur kerana sejauh ini kedua pihak tidak melihat perlunya campur tangan dari pihak ketiga untuk menyelesaikannya seperti membawa isu tersebut ke mahkamah antarabangsa". |
Pemimpin-pemimpin kita masih lagi kental dengan peggangan idealisma, nilai-nilai kemanusiaan yang murni
dalam usaha memelihara hubungan persahabatan dan persaudaraan yang sedia rapat dan akrab anatar kedua buah negara, tambah Presiden NDP.
"Justeru kita mestilah mengambil kesempatan suasana yang harmoni dan sihat ini
untuk mempercepatkan usaha menyelesaikan setidak-tidaknya isu pertindihan sempadan ini dahulu sebelum kita menimbangkan tuntutan Brunei keatas Limbang".
"Kita khuatir dalam suasana era globalisasi yang berdaya maju dan berdaya saing yang hebat ini suasana boleh sahaja bertukar corak dengan cepatnya.
Era globaliasi ini tidak disangkalkan telah membentuk masyarakat global yang juga berdaya maju dan berdaya saing akan tetapi dalam masa yang sama ianya juga boleh membentuk masyarakat yang materialistik yang akan lebih pentingkan kepada kepentingan survival individu dahulu dari kepentingan negara jiran".
Ayahnda Yasin Affandy berpendapat golongan realist ini jika memeggang tampuk pimpinan akan boleh menyulitkan keadaan kerana peggangan mereka berlainan dengan cara berfikir golongan idealis yang sentiasa dipengaruhi oleh sentimen-sentimen sejarah, survival bangsa Melayu sejagat, semangat kekeluargaan, semangat berjiran dan sebagainya.
"Bagi golongan realis pula sentimen-sentimen ini tidak begitu relevan berbanding sentimen memperjuangkan kedaulatan dan survival bangsa dan negara mereka diutamakan, justeru mereka akan lebih cendrung mengambil jalan penyelesaian kepada sebarang masalah dan pertikaian isu sempadan umpamanya melalui langkah-langkah kekerasan.
Makanya kita melihat keperluan untuk penyelesaian segera isu-isu pertindihan sempadan ini dan juga tuntutan Brunei kaatas Limbang.
"Kita yakin kedua belah pihak menyedari akan hakikat ini dan yakin langkah-langkah bijaksana sedang diambil untuk menyelesaikan pertikaian tersebut dengan baiknya", kata Ayahnda Yasin Affandy lagi.
NDP katanya sentiasa berdoa dan merayu agar isu tuntutan Brunei keatas Limbang dapat diselesaikan setidak-tidaknya isu pertindihan sempadan dapat di segerakan dahulu.
Setiap hari beratus rakyat Brunei ulang alik melalui pos kawalan
Kuala Lurah dan Sungai Tujuh dan tidak heran setiap kali akan terdetik dihati-hati rakyat mengenai dengan isu sempadan ini yang sentisa mencabar jati diri mereka sebagai rakyat Brunei yang merasa hak mereka sudah dicabuli.
Dari itu kita perlu menangani isu ini dengan baik dan berhemah kerana ianya boleh menjejaskan keselamatan dan keharmonan hubungan persahabatan kedua-dua buah negara, kata Presiden NDP lagi.
Tambahnya lagi bagi Brunei keperluan untuk menyelesaikan masalah sempadan ini lebih mendesak lagi
jika kita ambil kira pada masa ini negara sedang berada dalam 'injury time' setelah berpuluh tahun ketinggalan oleh negara-negara yang lebih awal memperolehi kemerdekaan dan mendapatkan kembali hak penuh untuk menentukan nasib sediri dari penjajah.
Menurt beliau NDP akan terus bersedia memberikan sokongan dan bantuan keatas segala usaha untuk memudahkan penyelesaian isu tuntutan Brunei dan isu sempadan ini.
NDP katanya juga akan bersedia membantu memupuk persefahaman dan mengertakan tali persaudaraan rakyat kedua negara agar dengan adanya keakraban dan semangat setiakawan sebegini kedua negara akan dapat menyelesaikan isu-isu yang berbangkit dengan penuh keikhlasan dan kejujuran.