LIMBARUH HIJAU 30 JANUARI 2007: RAMAI KELUARGA YANG MENARUH HARAPAN TINGGI untuk menikmati sedikit kesenangan dimusim hujan 'bonus' yang sedang melanda sektor kerajaan terasa amat kecewa sekali apabila bank-bank yang mereka anggap rakan hidup yang boleh dipercayai secara automatis 'menculik' rahmat yang mereka tunggu-tunggu ini.
Ramai mereka terperanjat mendapati rakan karib yang mereka berasa cukup selesa boleh mengendalikan kewangan mereka sebaliknya telah 'menelan' wang bonus atau wang hadiah mereka yang dimasukkan kedalam akaun mereka.
Hati mereka hancur berkecai, ada yang geram dan marah, dan ada pula yang pilu apabila menyedari jumlah wang bonus mereka hanya tinggal angka atas kertas sahaja.
"Bonus yang ditunggu-tunggu habis disapu oleh bank atas alasan untuk pembayaran balik pinjaman yang kami buat di bank-bank tersebut", jelas beberapa orang ahli-ahli keluarga NDP
yang mengalamai perkara ini.
Semua perancangan awal yang mereka buat untuk menggunakan wang lebih tersebut untuk keperluan-keperluan lain seperti untuk membeli keperluan sekolah anak-anak, membaiki rumah, membayar bil air dan letrik yang tertunggak dan juga untuk mengadakan sedikit majlis pertunanagan, dan ada pula berharap untuk mengambil kesempatan mengahwinkan anak mereka terpaksa dibatalkan, tambah mereka.
Dalam keadaan kecewa, sedih, marah dan geram ini, berbagai persoalan bermain-main di kepala mereka.
Antara persoalan yang timbul ialah: Kenapakah bank-bank ini bersikap tidak bertimbang rasa?, kenapa wang bonus yang bagi mereka adalah wang hadiah bukannya wang gaji biasa pun mesti disapu habis dan adakah mereka tidak ada hak langsung untuk menikmati kenikmatan mendapat bonus yang dikurniakan atas perkhidmatan mereka berkerja sepanjang 12 bulan yang lalu?.
Memang tidak dinafikan
ramai yang mengalamai masalah ini masih berhutang dengan bank dan setiap bulan sejumlah dari gaji mereka telah dipotong untuk menjelaskan pembayaran ansuran yang telah dipersetujui.
Akan tetapi ramai yang tertanya-tanya kenapa wang bonus pun mesti disapu habis? Jika sekiranya bank perlu menyelesaikan tunggakan yang belum dijelaskan, kenapa tidak dipertimbangkan untuk memotong sedikit sahaja dari jumlah bonus tersebut agar penerima masih boleh menikmati wang hadiah tersebut untuk kegunaan dan keperluan lain.
Sikap sebilangan bank yang mereka anggap 'kejam' dan pentingkan diri sendri ini membuatkan ramai mereka rasa terpedaya dengan keikhlasan bank-bank tersebut untuk memberikan perkhidmatan dan layanan yang terbaik kepada mereka.
Jelas bagi mereka sebilangan bank-bank ini walaupun dijelamai oleh manusia, sistem yang mereka amalakan tidak mengenal apa itu ehsan dan tidak memberi ruang kepada 'jelama-jelama' di bank-bank untuk bertimbang rasa.
Walau bagai manapun, sebilangan mereka yang mengalami masalah ini masih menaruh harapan agar pihak bank-bank berkenaan akan menilai semula perlaksanaan sistem pemotongan akaun bagi pembayaran balik hutang-hutang.
"Kita berharap jika dalam perjanjian awal hanya gaji biasa yang dipotong untuk pembayaran balik hutang-hutang secara bulanan, gaji bonus sepautnya tidak dilibatkan dalam perjanjian tersebut. Jika pun perlu, perundingan awal mestilah diadakan antara pihak bank dan si peminjam sebelum potongan dibuat. Cara ini boleh mengelakkan kekecewaan di pihak si peminjam dan membolehkan si peminjam merancang kewangan mereka dengan baik", ujar beberapa ahli-ahli keluarga NDP yang terlibat.