Biro Penerangan Penyebar Maklumat Tepat

 
 

LIMBARUH HIJAU 22 DISEMBER 2007 - AHLI-AHLI JAWATANKUASA BIRO PENERANGAN NDP telah diseru agar terus berusaha memantapakan diri dengan ilmu pengetahuan yang mendalam mengenai hal ehwal perjalanan parti.

Mereka juga diseru agar sentiasa bersikap jujur dan amanah dalam menyampaikan maklumat parti kepada semua lapisan ahli-ahli NDP dan juga kepada orang ramai am nya.

Seruan ini dibuat oleh Pengiran Mohamad

bin Pengiran Said, Ketua Biro Penerangan di sesi mesyuarat Biro Penerangan yang diadakan di markas pusat NDP baru-baru ini.

"Ahli-ahli Jawatankuasa Biro Penerangan memeggang peranan penting sebagai penyampai maklumat yang tepat mengenai hal ehwal semasa dan dasar-dasar parti kepada semua lapisan ahli-ahli NDP. Dalam masa Biro Penerangan juga berperanan sebagai jentera perhubungan awam parti".

"Justeru adalah penting bagi semua AJK Biro Penerangan terus berusaha mendalamkan ilmu pengetahuan mereka mengenai dengan dasar-dasar parti, visi, misi dan objektif parti. Mereka juga mestilah arif dengan perjalanan parti seperti yang telah dihuraikan dalam Manifesto Parti bagi tahun 2006 - 2016", tegas Pengiran Mohamad.

Beliau juga menekankan pentingnya semua maklumat-maklumat mengenai parti yang disampaikan kepada ahli-ahli NDP dan juga orang ramai bukan sahaja tepat akan tetapi mestilah diselaraskan dan diseragamkan bagi mengelakkan kekeliruan dan salah tafsir ahli-ahli dan orang ramai.

Ketua Penerangan, Awang Haji Juned dan Malai Hassan Othman, Ketua Media juga turut memberikan pandangan di sesi mesyuarat tersebut.

Antara perkara yang dibincangkan ialah cadangan untuk mengadakan program pemahaman perlembagaan dan manifesto parti bagi ahli-ahli biro dan juga program jerayawara bagi perkara yang sama untuk disasarkan kepada ahli-ahli NDP seluruh negara.



 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.