Bingkisan dari seorang pejuang kemerdekaan yang dilupakan

 
 

"WALAIKUMSALAM....AAAH KEBETULAN SAUDARA DATANG...sahut Pak Latif dengan nada yang agak terperanjat menyambut salam sdra Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP yang sudah berada di anak tangga rumah yang usang itu.

Pak Latif yang hanya memakai kain sarong sedang duduk dilantai menulis sesuatu. Dia kelihatan agak sipu-sipu melihat sdra Morshidi dan rakan-rakan yang sudah berada dihadapan pintu rumahnya yang usang itu.

Sdra Morshidi yang di temani oleh Awang Haji Mustafa dan Malai Hassan Othman singgah untuk menziarahi Pak Latif di Kampong Satria, Limbang dalam perjalanan pulang ke Brunei selepas membuat lawatan ke markas baru Perhubungan NDP Temburong di Bukit Tuau.

"Sebetulnya hamba baru menyiapkan surat untuk ditujukan kepada saudara...nah 'tekeduhung' (kebetulan) saudara ada di sini hamba serhakan sahaja surat ini kepada saudara", sambungnya sambil menyerahkan surat yang baru disiapkan nya itu kepada sdra Morshidi.

Surat dari Pak Latif untuk sdra Morshidi
Sdra Morshidi lantas menerima surat yang diserahkan dan membaca isi kandungannya.

Dari raut wajahnya jelas ada sesuatu yang tidak menggembirakan hati sdra Morshidi apabila membaca isi kadungan surat tersebut.

"Hamba harap saudara memahami saya...", ujar Pak Latif seolah-olah menjawab bicara senyap dalam hati sdra Morshidi yang baru sahaja selesai membaca bingkisan pejuang kemerdekaan yang di lupakan itu.

Dalam surat itu Pak Latif menulis..."Saudaraku Tuan Haji Morshidi Othman...hamba amat terharu atas kepercayaan yang diberikan ke-


pada hamba kerana berhasrat ingin membawa hamba ikut bersama kedalam wadah perjuangan bangsa yang begitu mulia".

"Ini adalah satu penghormatan yang paling tinggi untuk itu diaturkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang setinggi-tingginya serta tidak akan dilupakan buat selama-lamanya" .


"Bagi diri hamba amat dukacita lantaran tidak lagi berdaya memenuhinya hasrat murni dan tulus lagi mulia Tuan Haji itu".

Faktor penyebabnya amat banyak, pertama masih trauma politik, kedua fakir pengetahuan, ketiga suasana di tanah air amat merapuhkan hati. Selain itu faktor usia sudah hampir kehujungnya".

"Bagi hamba politik itu penuh retorik dan simbolik. Social justis dan freedom hanya himbauan tidak bermaya, mati dalam debu keghairahan nafsu manusiawi yang memburu keaggongan, kekuasaan, kemewahan yang tiada terbatas".
"Ma'af tiada maksud untuk menyinggung kerana ini adalah fakta dan realti manusia kini di jagat raya ini".

"Hamba adalah insan kerdil yang fakir lagi daif segala, mana mungkin dapat berbuat apa-apa jauh sekali bersaing berlari di padang pacuan luas. perahu hamba perahu usang retak seribu sedang pengayuh nya rumpung dan mumut, mana mungkin mengharungi lautan yang bergelora".

"Mental dan fizikal hamba hari demi hari kian lusuh, sedang beban yang digalas itu adalah beban berat, tugas dan

amanah yang amat besar, amanah bangsa, amanah rakyat terbanyak yang sentiasa mengharapkan pembelaan keadilan dan kesaksamaan dalam segala bidang kehidupan di negara yang mengamalkan DEMOKRASI".

"Buat penutup bicara, hamba berdoa semoga Allah memberkati niat anda semua demi kebahagiaan bersama".

Pak Latif juga menulis..."Bagilah hamba mengasu dalam meniti sisa-sisa hayat ini agar dapat memfokus dalam pemburuan mencari DIA untuk DIA. Ini saja yang hamba cari dan buru kini. Yang lain akan lenyap hancur lebur".

"Insya Allah, hamba akan terus berdoa kehadrat Allah SWT agar kejayaan demi kejayaan akan berterusan dan sentiasa dalam bimbingan Allah dan perlindungannya yang berkekalan. Amin, amin,amin Yaa Rabbal Alaamiin".

"Segala puji bagi Allah, Ya Allah Yaa Rahmaan Yaa Raahim kurniakanlah kejayaan kemajuan dan kemenangan yang berterusan perjuangan NDP...Amin! Amin! Amin!"

P.A LATIF

8-3-2007

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.