|
|
| |
 |
|
| |
Berusaha kearah kebaikkan masa depan |
|
|
| |
LUMUT 05 APRIL 2007: TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP), sdra Mahmud Morshidi Othman telah menekankan pentingnya generasi sekarang berusaha gigih menyediakan dasar-dasar pembangunan yang mantap dan berwawasan serta prasarana-prasarana yang boleh memudahkan generasi akan datang membangun bangsa dan negara dengan lebih efektif lagi dalam suasana negara aman, damai, sejahtera dan sentiasa mendapat keredhaan Allah.
“Kita semua bergembira dan berbangga dengan meluaran seorang putera raja YTM Pengiran Muda Al-Muntaqim iaitu cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan. Apabila kita melihat wajah cucunda Baginda Sultan itu kita juga melihat masa hadapan negara. Dengan izin Allah cucunda KDYMM Baginda Sultan itu merupakan bakal pemimpin dan raja kepada anak-anak dan cucu kita dimasa hadapan”. |
Sdra Morshidi disesi muzakarah MT NDP dan Lembaga Penasihat |
“Insya Allah dalam masa akan datang tapuk pemerintahan negara ini akan dipeggang oleh cucunda Di-Raja yang dikasihi dan anak cucu kita pula akan menjadi rakyat dan pengikut raja yang terus setia. Dan ketika itu penduduk negara ini, dengan izin Allah, mungkin akan mencecah lebih sejuta orang”.
“Dalam memandang jauh ini kita sewajarnya merasa risau akan situasi ketika mana usaha membangun bangsa dan negara akan lebih mencabar berbanding dengan sekarang dimana penduduk negara ini hanya sekubit”, ujar sdra Morshidi di sesi muzakarah antara ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) NDP, ketua-ketua jawatankuasa dalam MT bersama Pengerusi Tetap dan ahli-ahli Lembaga Penasihat NDP.
Sesi muzakarah yang bertujuan untuk memupuk persefahaman dan mengeratkan silaturahim sambil merungkai segala isu dan permasalahan semasa telah berlangsung di Fresh Air Café yang dipunyai oleh salah seorang ahli NDP di Kampong Lumut. |
Tuan Haji Abdul Rahman Yusup, Pengerusi Tetap NDP berseru kepada ahli-ahli MT dan Ketua-ketua JK dalam MT untuk terus menanai perjuangan parti dengan baiknya |
|
“Dalam konteks ini, adalah wajar bagi elit-elit pentadbir dan semua pihak yang berkepentingan termasuk parti-parti politik berinisiatif dengan penuh iltizam dan keikhlasan untuk menyediakan dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan yang |
mantap dan berwawasan dan prasarana-prasarana yang boleh memudahkan generasi akan datang meneruskan usaha untuk memastikan Negara Brunei Darussalam berterusan menjadi sebuah negara yang berdaulat, aman, makmur, sejahtera dan sentiasa mendapat keampunan Allah jua”. |
 |
Dalam erti kata lain, tambah sdra Morshidi, segala dasar-dasar pembangunan yang dilakar dan dilaksanakan serta langkah-langkah pembangunan yang kita ambil sekarang akan menjadi penentu masa hadapan negara dan generasi akan datang justeru adalah penting bagi kita semua memastikan semua dasar-dasar bernegara dan pembangunan |
bangsa terus mantap dan berwawasan. “Adalah tidak wajar kita mewariskan masalah-masalah seperti gejala rasuah, masalah sosial, pengganguran, masalah perumahan dan kemiskinan umpamannya kepada generasi akan datang”, tegasnya lagi.
“Pada masa sekarang semua masalah seperti gejala rasuah, pengganguran, masalah sosial dan kemiskinan masih boleh dapat ditangani dan dikawal dengan baik akan tetapi apabila penduduk negara ini sudah mencecah lebih satu juta orang setentunya ianya tidak lagi semudah sekarang apabila masalah-masalah ini menjadi berganda”, ujar sdra Morshidi.
“Sehubungan dengan itu, NDP sebagai sebuah parti terbesar di Brunei telah mengambil inisiatif untuk terus menyokong dan mendokong segala usaha Baginda Sultan dan Kerajaan Baginda dalam menyediakan dasar dan asas yang mantap dan berwawasan untuk negara terus maju kehadapan dengan cemerlang agar generasi akan datang dapat sama-sama menikmati keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang sedang kita nikmati ini”.
“NDP melalui manifesto parti telah mengajukan berbagai-bagai cadangan dan idea yang meliputi semua aspek pembangunan untuk masa 10 tahun akan datang ini”, tambah sdra Morshidi sambil menunjukkan senaskah manifesto parti.
Katanya selaku parti politik rakyat yang direstui manifesto ini adalah manisfestasi aspirasi NDP dan merupakan sumbangan buah fikirkan dan cadangan yang membangun kepada negara dan bangsa.
“Justeru kita mengharapkan elit-elit pentadbir dan pihak-pihak yang berkepentingan melihat sumbangan ini dengan fikirkan terbuka dan satu perkara yang baik. Kita berharap elit-elit pentadbir dan semua pihak yang berkepentingan tidak memandang NDP ini sebagai saingan dan tidak memandang serong terhadap NDP. Usaha yang diungkayahkan oleh NDP ini bertepatan dengan objektif parti untuk menjadi rakan strategik kepada KDYMM Baginda Sultan dan Kerajaan Baginda dalam sama-sama membangun bangsa dan negara”, tegas sdra Morshidi.
|
|
|
| |
 |
|
|
|
| |
|
|
|
|