Bertindak menjunjung titah

 
 

LIMBARUH HIJAU 14 OGOS 2007 - BIRO BERTINDAK MENJUNJUNG TITAH akan mula mengadakan program pemahaman dan penghayatan titah-titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang akan disasarkan kepada barisan pemimpin-pemimpin akar umbi Parti Pembangunan Bangsa (NDP).

Untuk memastikan usaha tersebut berjaya Biro akan mengunakan pendekatan melalui program jerayawara, Awang Abdul Halim Haji Jumat, Ketua Biro Bertidak Menjunjung Titah (BBMT) menjelaskan di mesyuarat pertama AJK BBMT.

Mesyuarat tersebut berlangsung di Limbaruh Hijau, markas pusat NDP di Jerudong pada 04 Ogos 2007.  Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Ayahnda Presiden Yasin Affandy dan Timbalan Presiden sdr. Mahmud Morshidi Othman.

Menurut Awang Halim objektif utama jerayawara ialah untuk memastikan setiap Ketua-Ketua Biro dan AJK dibawahnya dapat memahami dan menghayatai dengan baik bukan sahaja mesej yang tersurat malahan yang tersirat dalam titah-titah Baginda Sultan.

Harapan kita dengan adaya kefahaman yang baik setiap Ketua-ketua Biro dan AJK dibawahnya akan dapat menyahut setiap yang di titahkan KDYMM selama ini, jelas Awang Halim. 

AJK Bertindak Menjunjung Titah juga berhasrat dengan peningkatan kefahaman itu nanti Ketua-Ketua Biro dan AJK dibawahnya akan dapat menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab masing-masing sesuai dengan jawatan/portofolio mereka dengan lebih berkesan bertepatan dengan dasar-dasar, seruan-seruan dan harapan-harapan yang diluahkan dalam titah-titah Baginda Sultan.

Katanya lagi AJK BBMT akan mengupas kembali kumpulan Titah-Titah KDYMM semenjak tahun 1984 hingga sekarang dan akan membuat satu penilaian serta analisis yang bertepatan dalam teks-teks Titah Baginda yang relevan kepada semua peringkat Ketua Biro.

Dalam mengemaskinikan sistem filing semua Titah-Titah KDYMM, Timbalan Presiden menyarankan agar semua Titah KDYMM itu akan dapat disimpan melalui sistem IT. 

Pengerusi menerima pakai ide Timbalan Presiden itu dengan memberikan cadangan pengunaan sistem e-kiosk untuk memudahkan Ketua-Ketua Biro menyemak titah-titah yang dimuatpindah dalam sistem itu. 

Dalam mesyuarat itu Pengerusi juga berharap Ketua-Ketua Biro dapat berusaha bagi menjunjung Titah Baginda sebagai satu dasar untuk dilaksanakan bagi pembangunan masyarakat disegala bidang.

Pengerusi mengambil contoh mengenai titah KDYMM sempena ulangtahun Keputeraan Baginda Yang Ke 61 Tahun berhubung kemaslahatan peniaga-peniaga kecil dan sederhana (SMEs) di negara ini.

Titah Baginda jelas menekankan peranan SMEs sebagai penyumbang dan penggerak yang tidak kurang penting kepada pertumbuhan ekonomi negara. Justeru, dalam konteks Titah Baginda ini Majlis Tertinggi yang memegang jawatan atau portfolio dalam bidang usahawan atau seumpamanya diharap akan lebih proaktif bergerak bagi menjunjung Titah Baginda itu, tambah Awang Halim lagi.

Berhubung dengan Titah Baginda ini, Timbalan Presiden mengongsikan pandangan dengan mengambil contoh-contoh perkhidmatan sokongan yang diberikan kepada SMES luar negara.

Bandar Capetown, Benua Afrika telah diberikan kepercayaan menjadi Tuan Rumah Bolasepak Piala Dunia pada tahun 2010. 

Sehubungan dengan itu Malaysia Trade Development Council (Matrade) pula telah di berikan peluang untuk mengambil bahagian mengenalkan produk-produk keluaran Malaysia diacar besar tersebut. 

Menurut Timbalan Presiden Pegawai-pegawai Matrade telah bertolak kebandar Capetown, Benua Afrika pada 05 Ogos 2007 hingga 15 Ogos 2007 bagi mengenalkan produk-produk melalui usahawan-usahawan SMEs di Malaysia.

Inilah satu contoh dimana sokongan kuat dan tindakan proaktif agensi-agensi kerajaan dan SMEs yang perlu kita pelajari dalam usaha kita membantu perkembangan SMEs kita di negara ini dengan lebih berkesan.

Awang Halim dalam menerima baik contoh yang di berikan oleh Timbalan Presiden itu berharap agensi-agensi kerajaan di negara in dan juga kelompok SMEs akan dapat sama-sama mengembeleng tenaga untuk bertindak dengan lebih proaktif seperti yang dilakukan oleh negara jiran tersebut.

Katanya adalah menjadi hasrat Baginda Sultan dalam titah baru-baru ini untuk melihat produk-produk tempatan dapat menembusi pasaran export justeru bagi menyahut Titah usahawan-usahawan SMEs tempatan harus merebut peluang yang sama seperti yang diberikan kepada Matrade. 
  
Di akhir mesyuarat, Pengerusi berharap semua MT akan dapat bekerjasama bagi menyahut program jerayawara yang telah di aturkan jadualnya bersama AJK Bertindak Menjunjung Titah.

 

 

 

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.