Bersama berhibur di sambutan Adou Gayoh

 
 
UKONG, TUTONG 14 MEI 2007: PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) akan terus berusaha menyokong dan membantu KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Baginda dalam usaha mejadikan bangsa Brunei yang terdiri dari 7 puak etnik campur 1 puak Iban sebagai sebuah bangsa yang bersatupadu dan sentiasa hidup harmoni dalam suasana negara yang berterusan aman damai dan sejahtera.

Perkara ini ditekankan oleh Awang Haji Abdul Rahman Yusuf, Pengerusi Tetap NDP dalam ucapan beliau mewakili Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP di majlis sambutan Adou Gayoh Sang Jati Dusun kemarin.

Sambutan Adou Gyoh Sang Jati Dusun berlangsung di Kampong Ukog di perkaranagn rumah Awang Buah dan isteri beliau Dayang Rosina selaku pengajur sambutan yang penuh keriangan itu.

Ayahnda Yasin Affandy telah di jemput selaku tetamu kehormat di majlis yang di hadiri oleh lebih 200 orang tetamu-tetamu yang terdiri dari ahli-ahli masyarakat puak Sang Jati Dusun di Ukong, ahli-ahli NDP serta keluarga.

Awang Haji Abdul Rahman dalam ucapan beliau menambah adalah menjadi salah satu matlamat perjuangan NDP untuk memastikan kekayaan warisan budaya, kesenian dan identiti puak-puak etnik di negara ini tidak pupus malahan akan terus disegarkan dan di jadikan pengikat kuat semangat kesataun bangsa Brunei.

Menyentuh seminar silang budaya yang di anjurkan NDP baru-baru ini, Awang Haji Abdul Rahman berkata seminar 2-hari tersebut telah berjaya memberikan peluang kepada peserta-peserta yang terdiri dari wakil-wakil puak etnik termasuk puak Iban untuk meluahkan segala kerisauan dan harapan mereka sebagai komponen dalam bangsa Brunei yang juga ingin melihat negara terus maju jaya, aman damai dan sejahtera.
NDP, tambahnya melihat segala kerisauan dan harapan yang diluahkan oleh perwakilan-perwakilan puak etnik itu sangat penting dan perlu di ambil kira dalam usaha kita menanamkan kesetiaan dan rasa kepunyaan (sense of belonging) dalam diri setiap individu di negara ini agar dengan itu mereka boleh menjadi rakyat yang dapat menyumbang kearah kecemerlangan negara.
Sambutan Adou Gayoh kemarin di serikan dengan persembahan-persembahan tarian kebudayaan puak Sang Jati Dusun oleh kumpulan belia remaja 'Generasi Baru Penerus Harapan Budaya Bangsa'.

Acara di mulakan dengan para jemputan dan peserat-peserta menyanyikan lagu Kabangsaan Negara Brunei Darussalam dan di ikuti dengan nyanyian patriotik NDP, 'Demi Brunei Tercinta' oleh kumpulan "Generasi Baru Penerus Harapan Budaya Bangsa'.

Kumpulan tersebut juga mempersembahkan persembahan keyan (olahan) Temarok, satu persembahan kesenian puak Sang Jati Dusun yang lazimnya dilakukan sempena menyambut padi baru.


Tamarok diadakan setiap tahun dan melambangkan harapan puak Sang Jati Dusun agar tahun-tahun akan datang membawa lebih banyak kebaikkan dan rezeki yang di perolehi.

Juga turut di persembhkan di acara tersebut ialah persembahan 'mengajat'

oleh Awang Gumpul bin Runtup, seorang ahli Majkis Perundingan Kampong Bukit Udal yang mahir dalam seni 'mengajat'. Mengajat lazim dipersembahkan di majlis-majlis bersuka ria seperti majlis perkahwinan dan sebagainya.

Selesai persembaan 'mengajat', para tetamu dihiburkan lagi oleh kumpulan Generasi Baru Penerus Harapan Budaya Bangsa' dengan persembahan 'mengalai' yang hampir serupa dengan 'mengajat'.

Juga turut dipersemabhakn di acara tersebut ialah persembahan budaya yang di gelar 'bersiram' dalam bahasa Sang Jati Dusun dan 'bermukun' dalam bahasa Melayu Brunei.

Persembahan bersiram dibuat oleh Dayang Jipun binti Sidek, seorang warga emas dengan diiringi oleh cucu-cucu beliau. .

Acara persembahan diakhiri dengan persembahan tarian 'Ancaya' oleh 3 orang remaja dari kumpulan Generasi Baru Penerus Harapan Budaya Bangsa,.

Tarian 'Ancaya' ialah sebuah tarian untuk mengalu-alukan kepulangan para pahlawan Sang Jati Dusun selepas bertempur.

Acara sambutan Adou Gayoh diakhiri dengan majlis penyampain cendera hati kepada peserta-peserta persembahan oleh Ayahnda Yasin Affandy.

Acara kemarin bertambah unik lagi apabila tuan rumah meminta Haji Wan Mohd Zin menyempurnakan penutup majlis dengan do'a selamat.

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.