Berjimat dalam berbelanja

 
 
LIMBARUH HIJAU 28 DISEMBER 2006: PRESIDEN Parti Pembangunan Bangsa (NDP) kelmarin menyeru semua ahli-ahli Jawatankuasa Panitia Kongres Agong NDP kali ke 2 agar dapat mengambil langkah menggelakkan pembaziran dalam perbelanjaan mengadakan Kongres Agong itu nanti.

NDP telah menetapkan 18 - 20 Mei sebagai tarikh berlangsungnya Kongres Agong NDP kali ke 2 . Untuk memastikan Kongres Agong akan datang berjalan dengan cemerlangnya, sebanyak lebih 20 Jawatankuasa telah ditubuhkan.

Ketua-ketua Jawatan-jawatan Kuasa ini kelmarin mengadakan mesyuarat untuk menyelaraskan tindakan-tindakan kerja masing-masing dan mengenalpasti tarikh-tarikh perlaksanaan tugas wajib dislesaikan.

Ayahnda Yasin Affandy dalam mesyuarat tersebut mengingatkan semua ahli-ahli JK Panitia Kongres agar dapat berjimat cermat dalam perbelanjaan melaksanakan Kongres itu nanti.

"Contohnya jika dapat dielakkan, kita tdak perlu menyewa bilek-bilek hotel untuk kegunaan perwakilan-perwakilan tempatan. Kawan-kawan disini yang berkemampuan boleh menghulurkan bantuan dengan menjemput mereka tinggal sementara di rumah-rumah mereka sepanjang hari Kongres berlangsung", kata Ayahnda Yasin Affandy.
Apa yang penting, tambahnya, kita boleh mengadakan Kongres dengan cemerlang dengan perbelanjaan yang berpatutan.

Sementara itu, Setiausaha Agong NDP, Awang Haji Aminorashid Ghazali menekankan pentingya semua ahli-ahli Jawatankuasa Panitia Kongres memastikan semua tugas dapat dilaksanakan tepat pada waktu yang sudah ditetapkan dalam jadual kerja.

Katanya sebelum Kongres diadakan satu raptai kongres akan diadakan pada masa yang akan ditetapan kemudian untuk mengenalpasti semuanya akan berjalan seperti yang direncanakan.

Kongres Agong NDP kali ke 2 akan datang ini, menurut beliau, berbeza dengan Kongres Agong NDP pertama. Dalam kongres yang akan datang ini ranting-ranting NDP diseluruh negara akan dikehendaki menghantar 6 perwakilan dari ranting-ranting mereka masing-masing.

"Dari itu kita memnta kepada semua JK Pehubungan NDP di keempat-empat daerah dan ranting-ranting untuk mengambil langkah dari sekarang melaksanakan proses mengemaskinikan ranting-ranting dan pemilihan perwakilan-perwakilan. Adalah penting bagi kita memilih perwakilan-perwakilan yang benar-benar boleh memberikan komitmen. Kehadiran perwakilan di Kongres itu nanti adalah wajib", tekan Setiausaha Agong.

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.