Beriman dan berhemah dalam bertindak

 
 
LIMABRUH HIJAU 7 JUN 2007 - AHLI-AHLI Biro Disiplin dan Hisbah telah di ingatkan agar sentiasa berhemah dalam menjalankan tugas dan tanggunjawab memelihara dan mengawal disiplin dalam parti serta memelihara nama baiknya daripada sebarang pencemaran.

Ahli-ahli Biro Disiplin dan Hisbah berkewajiban menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka dengan professional dan berhemah tinggi. Mereka perlu bertindak secara adil untuk menggelakkan penyalahunaan kuasa, penginyaaan, pilih kasih dan dari membuat tindakan yang bersandarkan kepada fitnah, nasihat sdra Mahmud Morshidi Othmn, Timbalan Presiden NDP di sesi taklimat Biro Disiplin dan Hisbah kepada ahl-ahli Majlis Tertinggi NDP.
Sesi taklimat berlangsung pada Rabu baru ini di Limbaruh Hijau, marks pusat NDP di Jerudong.

Sdra Morshidi di sesi taklimat itu berkata adalah penting bagi Biro tersebut mempunyai sistem yang mantap dan adil dalam proses menerima aduan, pengumpulan maklumat, penyiasatan dan tindakan-tindakan selanjutnya dalam megadili ahli-ahli yang dipercayai telah salah laku dan melanggar tata tertib parti.

Ujarnya apa yang perlu diingat Biro Dsiplin dan Hisbah di wujudkan bukan semata-mata untuk menghukum pesalah laku akan tetapi objektif utama ialah untuk memelihara disiplin dan nama baik parti.

Justeru, tambahnya, adalah wajar bagi biro tersebut berjalan atas konsep memelihara disiplin dan nama baik parti bukannya atas dasar kuasa yang diberikan untuk menghukum pelaku.


Awang Haji Aminorashid, Setiausaha Agong NDP di sesi tersbut juga turut menasihatkan ahli-ahli Biro Disiplin dan Hisbah agar sentiasa professional dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.

Katanya adalah penting bagi biro tersebut dapat menaggani segala aduan yang diterima dengan baik dan mengenalpasti sama ada masalah itu benar-benar ada hubungkait dengan masalah disiplin atau ianya hanya masalah pentadbiran dan masalah prosedur pengurusan.


Taklimat Biro Disiplin dan Hisbah kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi NDP disamapikan oleh Haji Awang Damit selaku Ketua Biro Disiplin dan Hisbah.

Dalam taklimatnya belau memperkenalkan ahli-ahli biro dan menjelaskan tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Disiplin dan Hisbah dan Kuasa Majlis Tertinggi Mengawal Disiplin dalam parti menurut Perlembagaan Parti Bab Kesebelas Artikel 41, 42 dan 43.
Antaranya:

1- Jawatankuasa Disiplin dan Hisbah boleh merangka dan menguatkuasakan kod etika dan displin untuk dipatuhi oleh ahli-ahli parti, dan menyusun prosedur proses tindakan displin dengan persetujuan majoriti Ahli-ahli Majlis Tertinggi.

2. Jawatankuasa ini, dalam menguatkuasakan kod etika dan disiplin, dibolehkan:

a. Memberi amaran kepada seseorang ahli parti.

b. Melucutkan hak-hak seseorang ahli dalam parti.

c. Menggantung keahlian seseorang ahli parti.

d. Menggantung dan melucutkan apa apa jawatan yang dipegang oleh ahli ahli parti di semua peringkat.

e. Memecat dari menjadi ahli parti.

f. Mencadangkan kepada Majlis Tertinggi bagi menggantung dan mengambil alih pentadbiran Parti Pembangunan cabang oleh Majlis Eksekutif Pusat dan Parti Pembangunan ranting oleh Majlis Eksekutif Cabang apabila perlu.

3. Jika berlaku sebarang keraguan berikutan penguatkuasaan kod etika dan disiplin seperti dalam Klausa 2, Artikel 42, atau wujud sebarang aduan mengenainya maka, Majlis Tertinggi berhak menyiasat sebarang aduan mengenai kesalahan disiplin yang dilakukan oleh mana-mana ahli dan, dengan persetujuan majoriti daripada ahli-ahlinya, boleh mengambil tindakan disiplin terhadap mana mana jua ahli parti sama ada yang memegang apa apa jua jawatan atau portfolio atau ahli ahlinya yang tidak memegang apa apa jawatan atau portfolio dalam parti.

Artikel 43: Rayuan dan Prosesnya:

1. Majlis Tertinggi, dengan apa-apa jua cara yang difikirkan munasabah, hendaklah menimbang dan memutuskan rayuan mana-mana ahli yang telah dikenakan tindakan disiplin, dengan syarat ahli tersebut mengemukakan rayuannya secara bertulis kepada Majlis Tertinggi melalui Setiausaha Agungnya tidak lewat daripada tiga puluh hari dari tarikh keputusan mengenai tindakan disiplin ke atasnya telah dimaklumkan kepadanya oleh Jawatankuasa Disiplin dan Hisbah, dan keputusan Majlis Tertinggi mengenai rayuannya adalah muktamad.

2. Sebarang keputusan yang dicapai oleh Majlis Tertinggi mengikut peruntukan yang diberikan kepadanya di Klausa 1, Artikel 43, hendaklah dengan persetujuan majoriti daripada ahli-ahlinya.

 

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.