LIMBARUH HIJAU 27 JULIAI 2007 - Saranan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui titah Baginda sempena memperinagti hari puja usia Baginda ke 61 tahun, agar semua pihak perlu menhargai sumbangan kumpulan SME dan bersama-sama turut menangani permasalahan mereka demi untuk kecemerlangan ekonomi negara sangat jelas dan tepat.
Mesej titah jelas dan tepat iaitu walaupun perniagaan-perniagaan kumpulan SME kecil dan sederhana dari segi saiz namun sumbangan mereka secara kolektif kepada pertumbuhan eknomoi negara sangat besar justeru suasana untuk mereka terus berkembang sewajarnya di mudahkan bukan di sempitkan.
Seperti yang di titahkan Baginda Sultan agensi-agensi kerajaan mestilah menyediakan laluan untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka supaya lebih benar-benar menjadi sektor yang akan dapat sama-sama berperanan dalam memajukan negara.
"Mana-mana agensi yang masih memakai peraturan-peraturan atau proses-proses yang boleh melambatkan pencapaian dan juga menghalangi perkhidmatan yang efisyen hendaklah mereka itu dengan segeranya mengubah pandangan mereka", titah Baginda Sultan.
Menurut perangkaan Jabatan Pendaftar Syarikat (Registrar of Companies and Names) sehingga penghujung 1997 sejumlah lebih 40,000 buah perniagaan milik perseorangan, rakan kongsi dan sejumlah 2,000 syarikat telah di daftarkan. Dapat kita anggarkan jumlah ini telah bertambah sepanjang 10 tahun yang lalu dari 1997 hingga ke 2007 ini.
Keseluruhan perniagaan-perniagaan ini di kategorikan dalam kumpulan SME dan seperti juga di negara-negara lain, kumpulan SME di Negara Brunei terus memainkan peranan penting dalam menyumbang kearah pertumbuhan ekonomi negara.
Pada tahun 1994 sahaja, SME telah menyumbangkan kira-kira 66.2 % kepada GDP (Keluaran Dalam Negeri) negara seperti yang dihuraikan dalam Rancangan Pembangunan Negara ke 7.
Sumbangan SME ini terus meningkat kepada 68.4 % pada tahun berikutnya.
Kumpulan SME juga merupakan penyumbang besar dalam menyediakan peluang-peluang pekerjaan di sektor swasta di negara ini. Sejumlah 70 peratus pekerjaan di sektor swasta di sediakan oleh kumpulan SME.
Di bidang perkhidmatan dan pembuatan kumpulan SME juga telah di catat menyumbangkan sebanyak 38 ke 40 % kepada GDP negara pada tahun 1995.
Justeru seruan Baginda Sultan berhubung dengan perlunya ditingkatkan usaha dan komitmen untuk memudahkan lagi perkembangan dan kemajuan kumpulan perniagaan SME ini sangat relevan sekali.
Tidak di sangkalkan berbagai usaha dan inisiatif serta program-program telah diambil dan di ungakayhkan oleh agensi-agensi kerajaan untuk membangunkan dan memperkasa perniagaan kumpulan SME ini namun kejayaannya belumlah begitu terserlah.
Setakat ini syarikat-syarikat SME yang berjaya mencapai taraf cemerlang yang boleh dibanggakan oleh bangsa dan negara boleh dikatakan dapat dihitung dengan jari dan yang dapat dikumpulkan sebagai kumpulan cemerlang ini pun masih juga
berhempas pulas untuk terus bertahan dalam kedudukan mereka yang boleh digugat oleh suasana perniagaan yang kurang memberangsangkan.
Dala erti kata yang lain, nisbah jumlah peniaga-peniaga cemerlang di banding dengan jumlah peniaga-peniaga kumpulan SME yang gagal dan muflis sangat jauh sekali dengan jumlah kegagalan lebih tinggi dari yang cemerlang.
Dan antara penyumbang kepada kegagalan kumpulan SME ini ialah suasana yang tidak memberangsangkan untuk pertumbuhan perniagaan dan perusahaan, sistem delivery yang kurang mantap serta gejala birokrasi dalam mengatur kawal perniagaan dan perusahaan SME di negara ini.
Perkara ini juga telah berkali-kali ditekankan oleh Baginda Sultan dalam titah-titah Baginda yang lalu dan juga dalam titah baru-baru ini.
Sehubungan dengan titah Baginda Sultan baru-baru ini dan atas kesedaran untuk ingin sama-sama menyambut dan menjunjung titah Baginda Sultan ada baiknya di kesempatan ini digariskan kesajajaran pandangan dan harapan antara Baginda Sultan dan NDP berhubung perkara yang sama.
Ayahnda Yasin Affandy dalam hal yang sama pernah menyentuh mengenai pentingnya usaha memperkasa keupayaan Perkhidmatan Awam dalam ucapan dasar beliau di perasmian Kongres Agong NDP ke 2 pada bulan Jun baru lalu ini.
Belaiu antara lain menyentuh perlunya dinilai semula bagi mempertingkatkan tahap keberkesanan sistem delivery Perkhidmatan Awam dan perlunya ada kerjasama antara 'players' yang terdiri dari Sektor kerajaan selaku regulator, pemudahcara, pengawal selia, penyatu dan pembekal perkhidmatan-perkhidmatan; sektor swasta sebagai penggerak ekonomi dan organisasi siasah pula mewakili rakyat akar umbi sebagai pemantau dan “end user”.
Belaiu juga menyentuh perlunya usaha yang serious dan komitmen yang jitu untuk membantu pertumbuhan SME di negara ini.
Menurut Presiden NDP setentunya kita tidak menafikan adanya beberapa kesan positif dan pencapaian daripada Wawasan Perkhidmatan Awam Abad ke 21.
"Setiap organisasi kerajaan telah disaran supaya lebih kreatif kerana kreativiti itu dapat membantu survival Negara atas kesedaran bahawa, current practice needs change. Pengalaman silam adalah guru dan panduan terbaik untuk kita sama-sama belajar bagaimana untuk membangun dan melakar kemajuan masa hadapan", ujaar Ayahnda Yasin Affandy menyentuh mengenai isu perjalanan Perkhidmatan Awam di Brunei yang berperanan penting menentukan kecepatan maju mundur nya pembangunan bangsa dan negara.
Ujarnya apa yang dapat kita amat-amati ialah best practices negara-negara jiran sering diteliti oleh Perkhidmatan Awam kita dan dijadikan perbandingan dan teladan sebagai salah satu usaha untuk menuju ke arah urus tadbir yang baik atau good governance.
Beliau tidak menyangkalkan terdapat usaha-usaha untuk memodenkan Perkhidmatan Awam iuntuk mewujudkan beberapa management tools khusus untuk menggerakkan lagi mekanisme Kerajaan.
Tambahnya satu lagi program ialah program pensejajaran. Program ini melibatkan setiap kementerian dan jabatan supaya menyediakan perancangan strategik organisasi masing-masing. Ini dapat mensejajarkan atau ‘syncronise’ kesemua usaha dan tindakan setiap Kementerian dan Jabatan selaras dengan hasrat, wawasan dan aspirasi Negara, tambahnya.
"Dari sudut amalan bernegara yang diterima pakai umum, ini merupakan satu ‘political will’ untuk memastikan bahawa Negara ini terus berada dalam suasana aman, makmur, sejahtera, seiring dengan warga dan bangsa lain, di samping menikmati kesetabilan Negara"
Walau bagai manapun, tegas Ayahnda Yasin Affandy kesemuanya ini setentunya mudah dicapai jika benar-benar wujud ‘political will’ yang sedemikian rupa, di antara ‘players penting’ terdiri dari Kerajaan, swasta dan organisasi siasah, apa lagi jika ianya dijalin dengan kesefahaman dan kerjasama yang erat dan tulus ikhlas.
Katanya kerjasama erat seumpama itu dikalangan “major players” amat mustahak sebagai daya tarikan kepada pelabur-pelabur asing. Sektor kerajaan selaku regulator, pemudahcara, pengawal selia, penyatu dan pembekal perkhidmatan-perkhidmatan; sektor swasta sebagai penggerak ekonomi dan organisasi siasah pula mewakili rakyat akar umbi sebagai pemantau dan “end user”.
Beliau seterusnya menekankan senario seumpama itu tiada cacat celanya namun, sebahagian besar rakyat masih tetap melihat dan merasakan seperti terdapat pelbagai kepincangan dan kelemahan dalam sistem penyampaian Perkhidmatan Awam.
"Dari perspektif siasah, keadaan seumpama ini mungkin terjadi kerana ketiadaan institusi siasah yang mewakili rakyat yang berani menegur dan mengkritik apa jua kepincangan dan kelemahan dalam konteks sekatan dan imbangan atau ‘check and balance’". tegasnya lagi .
Beliau memberikan satu contoh di mana terdapatnya kepincangan tersebut sehingga tanah-tanah tumpang sementara (TOL) pertanian yang dikhaskan kepada rakyat tempatan boleh terlepas ke tangan kepada orang asing.
Sedihnya dalam hal ini orang asing telah menjadi peneroka, pekebun, peraih, pemborong dan peruncit. Lebih sedih lagi, orang asing inilah yang menjadi “taukey” sebenarnya,keluh Presiden NDP sambil menambah sebaliknya tuan tanah seperti hamba dan kuli, ke hulu ke hilir menguruskan berbagai keperluan dan kemudahan seperti mendapatkan permit kerja hingga mendapatkan baja, pagar dan racun subsidi dari pihak berkenaan untuk orang-orang asing ini.
Apa yang tuan tanah kedaung ini perolehi hanyalah komisen yang tidak seberapa. Sedangkan orang asing jauh lebih lumayan, keluhnya lagi menekankan pentingnya usaha dibuat dari sekarang untuk membetulkan kepincangan-kepinangan dalam Perkhidmatan Awam ini.
Belaiu menambah, "dDemikian juga kita melihat limpahan kedai-kedai runcit di seluruh negara yang juga diusahakan oleh orang-orang asing. Di manakah silapnya perkara ini?
"Apa yang kita nampak ialah bahawa seluruh sistem berkaitan, dari pemberian permit kerja, kuota buruh, pemberian tanah, pemasaran dan bantuan, berhajat kepada kajian semula pada kadar segera", seru Presiden NDP lagi.
Katanya kepincangan ini perlu diperbetulkan segera sebelum rakyat negara ini menerima padah bak kata kiasan, ayam dikepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan; kera di hutan disusukan, anak di pangkuan mati kebuluran; dagang lalu nasi ditanakkan, suami pulang lapar tak makan.
Suatu contoh lain yang yang di sentuh oleh Presiden NDP ialah mengenai dapatan satu kajian terhadap Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SME) di Negara Brunei Darussalam dalam tahun 2005.
Menurutnya kajian tersebut dilakukan oleh sebuah firma juru perunding dari Malaysia yang berwibawa melibatkan 67 industri kecil dan seherhana (SME) Brunei di bidang pemperosesan makanan.
Dapatan kajian ini boleh memberikan justifikasi yang kuat tentang perlunya rombakan besar-besaran dilakukan di dalam sistem penyampaian.
Dapatan kaji selidik berkenaan mendapati responden memerlukan bantuan dari pihak-pihak berkenaan dalam perkara-perkara berikut:-
1. Maklumat lengkap tentang peralatan dan mesin memproses makanan.
2. Khidmat nasihat tentang pembungkusan dan persembahan produk.
3. Modal untuk membeli bangunan perniagaan.
4. Modal Pusingan
5. Promosi Pemasaran
6. Khidmat nasihat tentang keselamatan dan kebersihan makanan
7. Kepakaran Pengurusan
8. Khidmat nasihat pengurusan perkilangan
Di samping itu, kaji selidik berkenaan turut menemui masalah yang mereka hadapi iaitu:
1. Perbekalan bahan mentah untuk pemperosesan dan bahan pembungkusan yang tidak menentu.
2. Kos pengeluaran yang sentiasa meningkat
3. Kualiti produk yang rendah
4. Pasaran tempatan yang terhad
5. Pengeluaran yang tidak economik
6. Penggambilan pekerja luar yang dikenakan syarat terlalu ketat
7. Modal pusingan tidak mencukupi
8. Penawaran harga yang rendah dari barangan yang sama yang di import
9. Teknologi yang berkemampuan untuk meningkatkan pengeluaran (menggunakan jumlah buruh yang minima)
Tambah Presiden NDP kita tidak perlu bersusah payah membandingkan nasib SME di negara kita dengan kejayaan SME negara-negara yang sudah lebih maju seperti Korea, Jepun, Singapura dan lain-lain.
"Memadai rasanya kita bandingkan dengan salah sebuah negara jiran dan mempelajari bagaimana kerajaan Negara berkenaan menggerakkan agensi-agensinya untuk membangunkan SME mereka dengan menyediakan kemudahan-kemudahan dan bantuan yang begitu banyak".
Kata Presiden NDP dalam bidang penyelidikan misalnya, terdapat lima buah agensi yang sedia membantu para pengusaha dan bakal pengusaha.
Terdapat tujuh agensi pemasaran yang sedia membantu memasarkan produk SME di dalam dan keluar negara.
Negara tersebut turut menyediakan tujuh agensi khusus memberikan khidmat pendidikan dan latihan.
Di samping itu terdapat enam buah agensi pemberi kredit, enam buah agensi promosi keluar negara, tujuh buah agensi yang membantu pemindahan teknologi, enam agensi yang menyediakan kemudahan tempat perniagaan, empat buah agensi yang menyediakan kemudahan penyewaan peralatan untuk pemprosesan dan tujuh buah agensi yang menyediakan incubator perniagaan.
Bandingkanlah dengan apa yang disediakan kepada SME kita. Apakah bilangan agensi bantuan yang ada kini memberi gambaran yang kita adalah sebuah negara yang serius membantu dan membangunkan SME?
Menurut Presiden NDP sebagai parti politik yang bertanggungjawab dan rakan strategik Kerajaan Kebawah DYMM, NDP berazam untuk membantu pihak-pihak yang berkenaan setakat yang termampu, terutama sekali usaha bagi membantu ahli-ahli dan bukan ahli melalui program-program khidmat nasihat terutama sekali dibidang pertanian dan industri tani.
Namun demikian kejayaan yang boleh dicapai banyak bergantung kepada seluas mana pemudah cara yang dibuka oleh jabatan awam dan agensi-agensi kerajaan kepada NDP sebagai pelaku (player) dalam sistem sosial dan politik negara, tegas Ayahnda Yasin Affandy..