LIMBARUH HIJAU 9 DISEMBER 2007 - 45 TAHUN yang lalu pada 8 Disember 1962 rakyat dan penduduk Brunei berpecah apabila semangat persaudaraan dan kesatuan mereka di perkosa oleh percaturan politik kuasa pentdbir ketika itu.
Segolongan rakyat yang sudah bosan dengan karenah kuasa pentadbiran British yang enggan melepaskan cengkamannya dan ingin menyerahkan kedaulatan Brunei kepada Malaysia bangkit berjuang mempertahankan kedaulatan raja, bangsa dan negara manakala segolongan lagi mara untuk mempertahankan sistem pentadbiran penjajah yang ada pada masa itu.
Akhirnya pertikaian yang di cetuskan oleh percaturan politik kuasa pentadbir Bristish tersebut menggorbankan beberapa jiwa dan penderitaan berpanjangan kepada keluarga-keluarga di kedua-dua belah pihak.
Akan tetapi semuanya sudah berlalu
dan peristiwa 8 Dsiember 1962 sudah menjadi milik sejarah.
Brunei sudah menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Penjajahan kuasa asing sudah menajdi cerita lama begitu juga dengan kemasukkan Brunei kedalam Malaysia.
Walaupun demikian selama 45 tahun ini elit pentdbir yang mengambil alih masih membawa bersama 'excess baggage' (bagasi berlebihan) peninggalan British sehingga 'trauma' 8 Disember 1962 yang dialamai oleh masyarakat umum terutama golongan elit pentadbir susah untuk diubati hingga sekarang.
Begitu juga dengan legasi pentadbiran Inggeris ianya masih bermaya dalam sistem pentadbiran dan pengurusan negara walaupun sudah hampir setengah dekad peristiwa hitam dalam sejarah negara itu berlalu.
Pihak Istana sudah meyedari pentingnya kita mengurangkan 'baggasi berlebihan' ini dengan berdamai dengan sejarah. Ini penting untuk kita mara kehadapan kedalam era baru ini, menurut DYTM Paduka Seri Pengirn Perdana Wazir Pengiran Muda Mohamad Bolkiah dalam buku bertajuk ' Remember, remember...The 8th Of December'.
DYTM ketika peristiwa itu berlaku baru berumur belasan tahun dan tersangkut di Kuching dalam perjalanan pulang ke Brunei untuk bercuti sekolah. Ayahnda Yasin Affandy pula selaku pemimpin tertinggi Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU) dan Setiausaha Agung Partai Rakyat Bruei (PRB) terlibat secara langsun dalam kebangkitan rakyat itu.
|
|
Dan betapa indahnya, kedua-dua nya pihak iaitu pihak Istana dan rakyat yang diwakili PRB, sudah siap bersedia melalui cabaran untuk membuang yang keruh dan mengambil yang jernih.
Ayahnda Yasin Affandy pula yang sekarang merupakan Presiden NDP yang dianggotai oleh hampir 2000 ahli termasuk sebilangan bekas ahli-ahl PRB anak cucu dan keluarga-keluarga orang PRB sejak dua tahun lalu sering menekankan pentingnya kita berdamai dengan sejarah agar kita dapat mara kehadapan untuk megisi kemerdekaan ini dengan baiknya.
 |
Untuk itu kita perlu mengIkis segala rasa dendam dan permusuhan agar benih-benih baru semangat kesataun dan persaudaraan yang sudah berjaya dikikis oleh kuasa pentadbiran 45 tahun yang lalu dapat ditanamkan dan disuburkan semula.
Kata-kata ini dikotakan nya pada malam 8 Disember 2007 dengan menzirahi seorang balu Allahyarham Sarjen 20 Pengiran Ali bin Pengiran Ghani.
Allahyarham yang merupakan seorang pegawai polis tumbang pada 8 Disember
|
1962 mempertahankan balai polis Temburong dari ditawan oleh sekumpulan pejuang TNKU.
Ikut sama menziarahi Dayang Tinggal dan anak-anak ialah sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP dan beberapa orang ahli Majlis Tertinggi dan ahli-ahli NDP yang lain.
Memang susah untuk dibayangkan pertemuan antara kedua pihak yang dulunya bertikai boleh berlaku pada malam bersejarah itu. Namun semuanya kehendak Allah SWT yang maha kuasa. Kebenaran itu adalah milikNya.
 |
Pertemuan malam bersejarah itu sangat bermakna. Dalam suasana gembira bercampur sedih semua yang terpendam dalam hati balu dan anak-anak serta keluarga Allahyarham selama 45 tahun dapat diluahkan dan peristiwa hitam tersebut dapat diterima hakikatnya sebagai takdir Ilahi yang menentukan ajal dan maut seseorang.
Dengan terangkatnya taruma 1962 itu juga membukakan mata dan hati kedua-dua belah pihak yang selama ini tidak menyedari
|
bahawa antara Ayahnda Yasin Affandy dan Dayang Tinggal masih mempunyai talian keluarga.
Dayang Tinggal yang sudah berumur lebih 70 tahun sebenarnya adalah anak kepada sepupu sekali Ayahnda Yasin Affandy.
Berlinangnan air mata kedua-dua belah pihak apabila mengetahui perkara ini.
Itulah legasi peninggalan kuasa pentadbiran Inggeris yang telah berjaya memecah belahkan 83 ribu rakyat Brunei ketika itu dan telah berjaya menjarakkan kesatuan dan ikatan rohani antara Istana dengan rakyat yang sejak zaman berzaman merupakan teras kepada kedaulatan negara dan bangsa.
Dengan izin Allah SWT istana dan rakyat sekarang sudah bersedia untuk berdamai dengan sejarah dan sudan berusaha menyuburkan semula bibi-bibit semangat kesatuan yang tulen yang merupakan aset sebenar kekuatan negara dan bangsa yang sekian lama telah dicabuli oleh kuasa pentadbir penjajah ketika itu yang rakus kuasa.