DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN

Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Beberapa hari saja lagi kita akan berada dikemuncak perayaan sambutan hari puja usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang kita kasihi yang ke 60 tahun.

Parti Pembangunan Bangsa (NDP) tidak mahu ketinggalan untuk bersama-sama seluruh rakyat untuk menceriakan sambutan hari bersejarah tersebut dengan beberapa program yang termampu diungkayahkannya
.

 
 

Antara program “besar” sepanjang bulan perayaan yang diatur oleh NDP ialah pengaggihan berterusan beras kepada kumpulan sasar yang memerlukannya, Majlis Doa Selamat dan Dikir, Majlis Ilmu yang akan diisi dengan Seminar Mengenai Kepentingan Mempelajari Bahasa Arab, dan Perkampungan Belia. Bagi NDP persembah atau hadiah yang paling bermakna di persembahkan oleh seluruh anggota-anggotanya ialah azam untuk berkerja keras menolong dan membantu KDYMM dan Kerajaan Baginda membangun negara dengan setulus ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi kehadapan Majlis Paduka Seri Baginda Sultan dan zuriat-zuriat keturunan Baginda kerana Allah jua.

Brunei sebuah negara kaya tetapi rakyatnya masih ramai yang miskin. Yang sedihnya, majoriti yang dikategorikan miskin pula adalah kalangan rakyat beragama Islam.

Negara kita tidak akan berupaya untuk menjadi bangsa dan negara yang kuat jika keadaan terus begitu.

Seluruh ahli NDP hendaklah sedar betapa KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaullah adalah Sultan dan Ulil Amri yang amat prihatin terhadap kehidupan rakyat Baginda dan kemajuan negara yang Baginda pimpin dan tadbir.

Kearah itu, nasihat, harapan dan wawasan Baginda tidak putus-putus dizahirkan dan dititahkan oleh Baginda dari masa kesemasa.

Baginda turun padang keseluruh ceruk rantau menemui rakyat Baginda tanpa jemu-jemu, mendengar dan mengambil tindakan terhadap aduan mereka sehingga Baginda sanggup mengangkat halangan-halangan protokol demi kepentingan rakyat Baginda.

Justeru itu. tidak keterlaluan rasanya, kalau kita sepakati untuk meletakkan nilai keperihatinan KDYMM terhadap kehidupan dan kebajikan rakyat Baginda ini dengan keperihatinan yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz, seorang Khalifah yang disepakati oleh para ilmuan layak disamakan dengan empat Khalifah ar Rasyidin iaitu Abu Bakar as Siddiq, Umar al Khatab, Uthman ibni Affan dan Saidina Ali bin Abu Talib.

Pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz boleh dijadikan contoh dan model betapa dizaman beliau itu telah wujud keseimbangan (equilibrium) dalam sistem sosial yang ideal kerana semua komponen didalam sistem pemerintahannya bergerak cergas dan bekerja seiringan, yang Insyallah meletakkannya kearas pemerintahan Baldatun Thayibatun Warabun Ghafur.

Malangnya, Khilafah beliau tidak lama. sekitar dua tahun sahaja. Tetapi keadilannya berjaya mewujudkan satu contoh keadilan sosial yang sangat menakjubkan sepanjang sejarah. Belum ada selepasnya hingga hari ini dapat menyaingi keadilan sosial yang diperkenalkannya. Orang-orang kaya di zamannya tidak menemui orang-orang yang layak dan sedia menerima zakat.

Sekalian rakyat dan penduduk di bawah empayar Islam itu mempunyai pendapatan yang secukupnya dan masing-masing berharta. Justeru itu mereka tidak layak menerima zakat. Pendidikan atau tarbiyah yang beliau perkenalkan di dalam negara telah menjurus orang ramai menolak pemberian zakat disebabkan mereka mengetahui mereka mempunyai kecukupan, tidak layak lagi menerima zakat, malah sebaliknya, selayaknya pula merekalah yang mengeluarkan zakat.

Seluruh rakyat dibawah tadbiran beliau rata-rata memiliki sifat-sifat rajin bekerja, memberi dan tidak meminta, taat dan setia kepada yang setulus-tulusnya kepada Ulil Amri, gagah dan perkasa. Seluruh jentera pentadbirannya bergerak bersepadu melaksanakan tugasan dengan penuh amanah, dedikasi dan ketaqwaan..

Justeru itu, keseimbangan dalam sistem sosial yang wujud dalam pemerintahan beliau iaitu, antara Institusi Ulil. Amri, elit pentadbir dan Institusi-institusi kabilah yang ada ketika itu wajar dipelajari, dicontohi dan diteladani oleh kita semua.

Brunei mempunyai seorang Sultan dan Ulil Amri yang adil dan saksama, yang prihatin dan berihsan.

Apa yang hendak kita lakukan esok hari hendaklah kita lakukan hari ini dan apa yang hendak kita lakukan hari ini hendaklah kita lakukan sekarang! Justeru itu motivasi dan pendidikan berteraskan Islam seperti yang dilaksanakan di zaman Umar Abdul Aziz boleh dipelajari dan dijadikan iktibar untuk memacu rakyat Brunei menjadi umat yang lasak yang mampu melakukan apa jua pekerjaan, perkhidmatan dan amal ibadat.

Turut menjayakan sistem pemerintahan beliau yang boleh diteladani ialah, tidak terdapatnya sebarang bentuk halangan yang menjarakkan interaksi (muzakarah dan mesyuarah) diantara pelaku-pelaku (players) didalam sistem sosial ketika itu, malah semua pelakunya bergerak dan berkerja seiringan dan sejalan.
.

Negara yang kaya raya ini pula mempunyai potensi yang membolehkannya merancang dan bekerja ke arah mewujudkan masyarakat Brunei tanpa orang yang layak dan bersedia menerima zakat kerana kemiskinan.

Kekayaan alam semula jadi – di darat dan di perairan – merupakan satu kekuatan bagi Brunei menjadi negara berkeupayaan dari segi kewangan dan tenaga, yang jika penggunaannya dirancang dan diurus dengan baik oleh elit pentadbir Insyaallah akan boleh melahirkan rakyat dan bangsa Melayu Brunei yang aman makmur tanpa seorang pun yang layak menerima zakat kerana kemiskinan.

Sekali ia gagah dari segi kewangan, elit pentadbir yang cekap, pengurusan dan pentadbiran yang telus serta mempunyai sumber tenaga berkualiti, rakyat yang rajin bekerja, taat dan setia yang setulus nya kepada Ulil Amri, Insyaallah akan dengan sendirinya meletakkan negara kita ke aras yang kuat, gagah dan perkasa pada kaca mata manusia dan pada penilaian Allah SWT.

Soalnya sekarang, adakah rakyat Brunei sudah disediakan dengan program-program konkrit untuk menyambut rancangan dan cita-cita menjadikan masyarakat tanpa penerima zakat seperti yang wujud dalam empayar Islam di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz dulu?

Brunei sebuah negara kaya tetapi rakyatnya masih ramai yang miskin. Yang sedihnya, majoriti yang dikategorikan miskin pula adalah kalangan rakyat beragama Islam.

Negara kita tidak akan berupaya untuk menjadi bangsa dan negara yang kuat jika keadaan terus begitu.

Brunei Darussalam yang kaya raya dengan penduduknya yang sedikit ini mesti bergerak dan digerakkan tanpa bertangguh lagi kearah sebuah masyarakat tanpa penerima zakat kerana miskin.

Apa yang hendak kita lakukan esok hari hendaklah kita lakukan hari ini dan apa yang hendak kita lakukan hari ini hendaklah kita lakukan sekarang! Justeru itu motivasi dan pendidikan berteraskan Islam seperti yang dilaksanakan di zaman Umar Abdul Aziz boleh dipelajari dan dijadikan iktibar untuk memacu rakyat Brunei menjadi umat yang lasak yang mampu melakukan apa jua pekerjaan, perkhidmatan dan amal ibadat.

Turut menjayakan sistem pemerintahan beliau yang boleh diteladani ialah, tidak terdapatnya sebarang bentuk halangan yang menjarakkan interaksi (muzakarah dan mesyuarah) diantara pelaku-pelaku (players) didalam sistem sosial ketika itu, malah semua pelakunya bergerak dan berkerja seiringan dan sejalan.

Hasrat dan titah KDYMM sentiasa membawa mesej agar rakyat Brunei terus menerus dirangsang, dididik dan dibantu agar mereka bersedia menyambut apa saja yang dirancang oleh Kerajaan sehingga membolehkan mereka memperolehi pendapatan yang lebih.

Disatu pihak lain, tanggungjawab elit pentadbir dan mereka yang berkeupayaan pula ialah sewajibnya menyokong dan membantu merealisasikan hasrat dan harapan Baginda itu serta usaha semua pihak untuk membebaskan diri dan masyarakat dari belenggu kemiskinan.

Sebagai sebuah organisasi politik, NDP tentunya tidak mahu memencilkan diri dalam sebarang usaha yang berkebajikan seperti ini sesuai dengan ikrarnya yang digarapkan di dalam salah satu Misinya iaitu untuk “menyokong dan membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaullah dan zuriat Baginda membangunkan Negara Brunei Darussalam dalam semua sektor, termasuk ekonomi, sosial, budaya dan pendidikan, sehingga menjadi dan berterusan berkekalan sebagai sebuah negara Melayu Islam yang progresif, berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain dan negara yang merdeka di arena antarabangsa”.

Mungkin kita tidak dapat menyamakan ketaqwaan dan mutu kemanusiaan orang zaman ini dengan umat zaman Umar Abdul Aziz, tetapi dengan penuh keinsafan kita masih boleh mempelajari dan mencontohi apa yang diamalkannya, Insyaallah mudah-mudahan akan dapat memberi inspirasi dan barakah yang sama dengan apa yang dicapainya.

Maka dengan itu, sempena kita merayakan Dirgahayu KDYMM ke 60 tahun ini, marilah kita, seluruh anggota-anggota NDP membaharui ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dengan iringan doa semoga Baginda kekal karal diatas tahta Kerajaan dengan segala kesihatan dan kekuatan.

Bersempena hari yang penuh bersejarah ini, NDP mengajak seluruh anggota-anggotanya berazam untuk merobah sikap kepada yang lebih positif, rajin bekerja, membebaskan diri, keluraga dan masyarakat sekeliling dari belenggu kejahilan dan kemiskinan sebagai persembah atau hadiah yang lebih bermakna untuk Baginda Sultan, rakyat dan negara Brunei Darussalam yang kita cintai.

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.