Bantuan untuk mangsa kebakaran

 
 
BELAIT 25 MEI 2007: HIMPUNAN WANITA NDP (HAWA) BERSAMA JK KEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN INSAN NDP (KeKIn) bertindak segera pagi tadi dengan menghulurkan bantuan berupa pakaian dan barang makanan kepada ahli-ahli NDP yang kehilangan rumah kediaman mereka akibat kebakaran yang meranapkan satu blok barik di Lorong 3 Selatan Pekan Seria.

Blok barek yang terlibat di diami oleh 16 keluarga. Bahagian tingkat atas barek tersebut musnah manakala tingkat bawah walaupun tidak di jilat api akan tetapi juga turut terjejas dalam usaha ahli-ahli bomba mengawal api dari terus merebak.

Harta benda dan dokumen-dokumen penting penghuni-penghuni di barek tersebut turut musnah dalam kebakaan tersebut.

Kebakaran di laporkan berlaku di sebelah petang kemarin dan ramai dari penghuni di barek tersebut sedang berkerja dan ada yang keluar rumah semasa kebakaan berlaku. Walau bagai mana pun tidak ada kehilangan jiwa di laporkan. Semua penghuni termasuk kanak-kanak dan anak-anak damit yang berada di dalam barek tersebut semasa kebakaran berlaku di laporkan selamat.

Punca-punca kebakaran belum dapat di pastikan dan menurut laporan pihak polis dan bomba masih lagi menyiasat punca kebakaraan tersebut.

Empat dari 16 keluarga yang menjadi mangsa kebakaran tersebut merupakan ahli-ahli NDP. Naib Presiden NDP Belait, Awang Sulaiman Metrasad, Awang Haji Damit, ahli Majlis Tertinggi NDP bahagian Belait dan Dayag Halimah Janai, Timbalan Ketua HAWA NDP di laporkan telah berkejar ke tempat kejadian untuk menemui ahi-ahli NDP dan juga mangsa-mangsa yang lain yang di timpa musibah tersebut.

Pagi tadi Timbalan Ketua HAWA dan wakil-wakil dari JK Kesejahteraan dan Kebajikkan Insan (KeKNi) telah menyampaikan bantuan-bantuan untuk meringankan kesedihan yang mereka hadapi.

 

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.