Bantuan untuk mangsa banjir

 
 
UKONG TUTONG 08 MEI 2007: BEBERAPA BATANG JALAN MENUJU KE KAWASAN di mukim Ukong, ulu Tutong masih di tenggelami air kemarin menyebabkan operasi menghantar derma bantuan kepada ahli NDP yang tinggal di kawasan yang di landa banjir sejak Khamis tidak berhasil.

Walau bagai manapun di beberapa kawasan lain tahap air sudah mulai surut dan ini memudahkan operasi bantuan yang di ketuai oleh Timbalan Naib Presiden NDP Tutong, untuk menghantar barang bantuan tersebut kepada seramai 15 ahli-ahli NDP termasuk jiran-jiran mereka yang terjejas oleh banjir tersebut.

Awang Maidin Momin, Tim. Naib Presiden NDP Tutong menyampaikan derma bantuan kepada salah seorang ahli NDP

Juga turut sama dalam operasi itu ialah Awang Haji Aminorashid Haji Ghazali, Setiausaha Agong NDP, Awang Peter Saging, Ketua Ranting Ukong, Pengiran Hamzah, Pembantu Khas Timbalan Presiden NDP dan bebrapa orang lagi ahli-ahli NDP yang lain.

Mereka meniaki 3 buah kereta pacu empat roda jenis Ford Ranger untuk membawa derma-derma bantuan untuk di agih-agihkan kepada lebih 50 orang ahli-ahli NDP yang tinggal di kawasan-kawasan yang terjejas.

Oleh kerana beberapa kawasan di Mukim Ukong masih di tenggelami air, tidak semua derma bantuan tersebut berjaya di hantar kepada ahli-ahli NDP yang menjadi mangsa banjir di Mukim Ukong.


Awang Peter menyampaikan derma bantuan kepada mangsa banjir

Hari ini rombongan yang sama di jangka akan meneruskan lagi operasi tersebut bermula dari rumah Awang Bajau bin Bundan, Ahli Lembaga Penasihat NDP yang juga turut mengalami masalah 'kedalaman' akibat banjir tersebut.

Menurut beberapa orang anak kampong di Mukim Ukong masalah banjir di kawasan Mukim Ukong tidak lagi mendapat perhatian umum oleh kerana ianya sudah di anggap perkara biasa.

"Tapi bagi kami yang sering menghadapi masalah banjir ini berharap 'masalah biasa' ini satu hari nanti akan dapat diberikan perhatian serious oleh pihak-pihak tertentu. Mungkin ini masalah biasa bagi orang luar, tapi bagi kami ia satu penderitaan tahunan yang terpaksa kami hadapi dengan tabah sementara menanti untuk masalah ini diberikan perhatian", keluh beberapa orang anak kampong.

"Masalah banjir ini sebenarnya dapat di atasi dan kesannya kepada penduduk dapat di kurangi jika perhatian di berikan kepada sistem pembentungan di tepi-tepi jalan utama di kawasan ini yang kebanyakkan nya tidak mendapat perkhidmatan pemeliharaan yang baik serta sungai Tutong yang sudah tidak mampu menampong limpahan air dari kawasan Mukim Ukong", jelas mereka.

"Selagi ianya tidak di berikan perhatian selama itulah kami disini terpaksa menghadapi penderitaan tahunan ini yang sering menjejaskan kesejahteraan penduduk-penduduk di Mukim Ukong", tambah mereka lagi.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR OPERASI HANTAR DERMA BANTUAN DI UKONG

 

 

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.