Bantuan kebajikan kepada ahli-ahli NDP di Ukong

 
 
UKONG, TUTONG 06 OKTOBER 2007 - JAUH DI MATA TETAPI TETAP DEKAT DI HATI...begitulah sikapnya penyokong--penyokong dan ahli-ahli NDP terhadap warga parti yang kurang kemampuan apatah lagi bagi mereka yang tinggal jauh di daerah-dareah pendalaman.

Ahli-ahli NDP dan penyokong-penyokong NDP yang bersikap perihatin dan besar hati ini telah menyumbangkan bantuan derma berpa makanan asas seperti beras, gula dan minyak makan kepada Jawatankuasa Kebajikan dan Kesejahteraan
(KeKIn) untuk diagih-agihkan diseluruh negara kepada warga NDP yang kurang kemampuan.

Dan KeKIn sempena bulan ramadhan yang mubarak baru-baru ini telah pula menyerahkan sumbangan bantuan tersebut kepada Awang Bajau Bundan, ahli Lembaga Penasihat NDP untuk diagih-agihkan kepada 7 orang keluarga kurang kemampuan di Ukong Tutong.

Majlis penyerahan sumbangan bantuan tersebut telah disempurnakan di rumah Awang Bajau. Dayang Hajjah Armah Haji Othman, selaku Pengerusi KeKIn telah hadir untuk menyerahkan sumbangan bantuan tersebut kepada Awang Bajau. Juga turut hadir ialah ahli-ahli JK KeKIn yang lain iaitu Dayang Asmah dan Awang Haji Doloah din Silim.

 

 

 

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.