Bantuan buat Suzi

 
 
BELAIT 05 JANUARI 2007: Himpunan Wanita (HAWA) NDP sekali lagi mengambil inisiatif dalam pergerakkan membantu mereka yang memerlukan terutamanya di kalangan ahli-ahli parti tersebut.

Pada 1hb Januari 2007 HAWA NDP membuka lembaran baru dengan menyampaikan sumbangan berupa keperluan sekolah buku-buku dan pakaian kepada salah seorang anak kepada ahli wanita NDP yang pada masa ini sedang menjalani pemulihan di Pusat Al-Islah selama tiga tahun.

Dayang Suzihanafiza binti Mohd Norisyam, 13 tahun merupakan pelajar darjah lima pada tahun ini telah memulakan persekolahan dengan perasaan gembira setelah menerima sumbangan yang diperlukannya.

Sumbangan tersebut menerusi Projek Jejak Ehsan telah di serahkan oleh Ketua Himpunan Wanita kepada Dayang Suzihanafiza di rumah kediaman mereka di Jalan Jerambak Seria petang itu.

Turut hadir berkunjung ke rumah mereka ialah Naib Presiden Daerah Belait Awang Sulaiman bin Matarshad dan Naib Ketua 2 Wanita Ranting Pekan Seria Dayang Hasnah binti Haji Mohamad siapa yang juga turut menyumbangkan keperluan berbentuk pakaian sekolah.

Menyaksikan penyerahan itu ialah kakak kepada Dayang Suzihanafiza dan Nenek mereka Dyg Zubaidah Gawong, 79 tahun.

Mereka mengambil kesempatan menyampaikan rasa penghargaan dan terima kaseh atas bantuan dan keprihatinan yang telah diberikan oleh HAWA kepada ahli-ahli keluarga mereka dan berjanji akan melaksanakan tanggungjawab mereka dalam memberikan sokongan belajar kepada Dayang Suzihafiza.

Sementara itu Dayang Suzihafiza ketika menerima sumbangan turut menitiskan air matanya mungkin rasa gembira atau agak tersentuh mengenangkan ketiadaan ibu di sisinya, bagaimanapun kehadiran HAWA akhirnya dapat menceriakan perasaannya setelah dia di bawa bersama ke kedai untuk memilih sendiri pakaian serta kasut bagi keperluannya ke sekolah.(HAWA)

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.