LIMBARUH HIJAU 07 MACH 2007: HAMPIR 100 ORANG TERMASUK lebih 40 ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) golongan remaja mengikuti sesi taklimat yang diberikan oleh Biro Kawalan Narkotik berhubung isu penyalahgunaan dadah di Negara Brunei Darussalam.
Sesi taklimat yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perhubungan Himpunan Pemuda dan Wanita NDP dengan kerjasama BKN telah berlangsung di markas NDP di Limbaruh Hijau Jerudong pagi tadi. Ianya merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh NDP sempena bulan memperingati hari ulang tahun Hari Kebangsaan kali ke 23.
Taklimat disampaikan oleh Awang Pungut bin Haji Besar, Pegawai Kanan Bahagian Pencegahan dan Pendidikan BKN dengan bantuan teman sekerja Pengiran Wisma Dino.
Awang Pungut dalam sesi taklimat tersebut telah mengongsikan maklumat mengenai sejarah pertubuhn BKN, visi dan misi BKN diwujudkan serta cabaran-cabaran yang dihadapi oleh BKN dalam usaha memerangi najis dadah dari terus merebak dan merosakkan masyarakat terutama golongan muda yang merupakan aset negara.