Anak miskin akhir hayat di tali gantung

 
 

Dayang Dulang

KAMPONG BARU SERIA 04 MEI 2007: KEKECEWAAN jelas terbayang di wajah seorang ibu berbangsa iban warga Brunei diatas pemergian anak perempuannya yang baru berumur 12 tahun yang telah di dapati mati tergantung disebuah bilek kosong di perkampongan setinggan di Seria minggu lepas.

"Aku pun binggung kenapa ia samapai hati membuat macam ani", keluh Dayang Dulang anak Rumpai sambil menggeleng-gelengkan kepalanya apabila ditanya mengenai kematian anak perempuannya Dayang Norbaizura anak Belinang.


"Entah...aku pun nda tahu apa disusahkannya atie (hati) sampai ia gantung diri macam atu", tambah Dayang Dulang lagi kepada Timbalan Presiden NDP sdr Mahmud Morshidi Othman yang datang berziarah ke rumah Dayang Dulang dan keluarga yang terletak di kawasan perumahan setinggan diKampong Baru Seria petang kemarin.

Sdr Morshidi berkunjung ke rumah tersebut bersama Awang Halim bin Haji Jumat, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Menjunjung Titah dan Pengaduan Awam, Awang Mahdi Suhaili, Pengarah Bahagian Kesenian, Kebudayan dan Warisan di Biro Kesenian, Kebudayaan dan Warisan (KeKWa) NDP dan Malai Hassan Othman, Pengerusi JK Perhubungan Antarabangsa dan Keamanan NDP.


Sdr Morshidi menziarahi Awang Mohd Sofian bin Abdullah dan isteri Dayang Mariam binte Abdullah, nenek kepada simati Dayang Norbaizura anak Belinang di rumah setinggan di Kampong Baru Seria

Tujuan lawatan tersebut ialah untuk menyampaikan ucapan takziah dan meluahkan rasa kesediahan seluruh warga NDP kepada Dayang Dulang dan keluarga atas kematian ngeri anak perempuan mereka.

Menurut Dayang Dulang anaknya, Dayang Norbaizura, penuntut Darjah Lima di Sekolah Melayu Muhammad Alam Seria, telah ditemui mati tergantong di sebuah bilek kosong disebelah ruang bilek mereka tinggal sekeluarga.

Menurutnya, anaknya yang sudah tidak kelihatan sejak petang hari Ahad selepas dia memberitahu hendak ke tandas untuk buang air besar dijumpai tergantung dalam bilek tersebut oleh ayahnya Awang Belinang anak Depa pada pagi berikutnya iatu pada hari Isnin.



Sedikit derma makanan untuk keluarga Dayang Norbaizura yang hidup dalam kemiskinan dan terpinggir

Pihak NDP di maklumkan pihak Polis masih lagi menyiasat kes tersebut untuk memastikan dengan jelas sama ada ianya kes bunuh diri atau mungkin melibatkan kes jenayah.

Sdr Morshidi telah menasihatkan Dayang Dulang dan keluarga agar tabah hati dan bersabar serta terus memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis yang sedang menjalankan penyiasatan keatas kes tersebut.

Beliau juga menasihatkan mereka untuk tidak segan-segan berjumpa dengan Ketua Kampong dan Penghulu di Mukim Seria untuk mengadukan segala permasalahan yang mereka hadapi.


Dayang Mariam binte Abdullah seorang nenek penyayang meluahkan rasa terperanjat dansediah atas kematian cucunya

Ketika berkunjung ke pondok usang Dayang Dulang, rombongan NDP mendapati ibu dan bapa mertua Dayang Dulang merupakan 2 orang mualaf. Mereka berdua berasal dari ulu Tutong dan telah memeluk agama Islam lebih 20 tahun yang lalu. Dayang Dulang pula berasal dari Buau Sukang.

"Saya dulu berkerja di Bandaran dan kemudian di JKR", jelas Awang Mohd Sofian bin Abdullah, berumur 80 tahun, apabila ditanya mengenai latar belakang dirinya.

Walaupun lahir di bumi Brunei, beliau dan isteri masih memeggang kad pengenalan unggu.


Ketua HAWA mendengarkan keluhan seorang nenek yang kehilangan cucu
Begitu juga dengan anak-anak mereka semuanya merupakan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam.

Sementara itu Ketua Himpunan Wanita (HAWA) juga turut berkunjung ke rumah Dayang Dulang untuk mengucapkan takziah kepada beliau dan keluarga atas kematian anak mereka yang mengejutkan itu.

Dayang Hajjah Saemah berkata HAWA turut bersedih atas kematian Dayang Norbaizura dan berasa risau dengan keadaan hidup keluaraga simati yang dalam kemiskinan dan terpinggir itu.

Beliau juga menasihatkan Dayang Dulang dan keluarga agar sentiasa tabah dan bersabar menghadapi musibah yang menimpa mereka itu.



Awang Belinang, ayah Norbaizura dan keluarga


Rumah tempat tinggal keluaraga simati, Dayang Norbaizura anak Belinang di kawasan setinggan Kampng Baru Seria


Kakak kepada Dayang Norbaizura, berumur 13 tahun, bersama neneknya Dayang Mariam binte Abdullah sedang membuai anaknya yang baru berumur 2 bulan


Di dalam bilek kosong inilah Dayang Norbaizura mengakhiri hayatnya. Di temui mati tergantong dari ceiling bilek yang sudah lama dikosongkan ini. Gambar sebelah menunjukkan laluan menuju ke tandas dan bilek kosong ini


 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.