SERIA 31 DISEMBER 2007 - SERAMAI 33 orang anak-anak ibu tunggal NDP Belait kelmarin menerima sumbangan beg-beg sekolah dan baucer-baucer untuk pembelian peralatan sekolah dari Himpunan Wanita NDP (HAWA).
Sumbangan-sumbangan disampaikan oleh Dayang Halimah Janai, Timbalan Ketua HAWA di majlis penyampaian yang diadakan di Seria.
 |
Menurut Dayang Halimah sebanyak lebih 70 borang-borang selidik telah diedar-edarkan kepada ibu-ibu tunggal dalam NDP dan hanya 57 borang permohonan dikembalikan.
Menurutnya lagi sumbangan-sumbangan beg dan baucer-baucer adalah hasil kutipan derma dari ahli-ahli NDP seluruh negara dan juga sumbangan dari Jabatan Setiausaha Agung NDP (JASA).
Belaiu berharap sumbangan-sumbangan tersebut akan dapat serba sedikit meringankan bebanan ibu-ibu tunggal terutama yang tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk menyara keluarga.
|
Katanya NDP melalui HAWA akan terus berusaha melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti serupa selaras dengan matlama HAWA untuk menjadi gerakan wanita yang pemedulian dan berusaha kearah membela nasib-nasib kaum hawa di selurh negara.