Allah selamatkan mempelai diraja

 
 

LIMBARUH HIJAU AHAD 3 JUN 2007 - PRESIDEN DAN SELURUH ANGGOTA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) menyembahkan setinggi-tinggi tahniah sempena istiadat perkahwinan diraja antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolqiah dengan Pengiran Khairul Khalil Pengiran Syed Haji Jaafari.

Presiden dan seluruh anggota NDP mendoakan agar Allah mencucuri rahmat yang mencurah-curah kepada kedua mempelai diraja dan semoga berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat.

Ayahnda Yasin Affandy dalam utusan tahniah juga menyembahkan ucapan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas perkenaan menjemput beliau untuk menghadiri majlis istiadat membuka gendang jaga-jaga kemarin.

Istiadat membuka gendang jaga-jaga telah berlangsung di Lapau d hadapan majlis Duli Yang Teramata Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah selaku wakil kepada KDYMM Paduk Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Berlangsung meriah

 

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.