Ahli puak etnik NDP Temburong juga ikut marayakan Majlis kesyukuran meluaran

 
 
BANGAR, TEMBURONG 21 MEI 2007: LEBIH 100 orang ahli-ahli NDP termasuk kaum keluarga, sahabat handai dan kenalan Naib Presiden NDP Temburong berkumpul di markas Perhubungan NDP Temburong Jumaat lepas untuk sama-sama memeriahkan majlis kesyukuran sempena meluaran YTM Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim ibnu Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah.

Beberapa orang ahli-ahli Majlis Tertinggi dari Brunei-Muara, Tutong dan Daerah Belait juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama Awang Ahmad Tmpus di Bangar Temburong menjayakan majlis yang di anjurkan beliua secara peribadi itu.

Juga jelas sangat menyentuh perasaan Awang Ahmad Timpus ialah kehadiran sebilangan besar kenalan beliau dari puak etnik non-Muslim yang sudi hadir untuk bersama-sama meramaian majlis yang diadakan semata-mata untuk meluhkan rasa gembira dan kesyukuran rakyat akar umbi atas meluaran cucunda di-raja yang bakal menjadi pewaris tampuk pemerintahan negara di generasi anak cucu kita akan datang.

Beberapa orang ahli masyarakat Iban dari rumah-rumah panjang dan perkampungan puak Iban berdekatan dan juga ahli-ahli masyarakayt Murut walaupun bukan beragama Islam turut merasakan keindahan dikir yang di bawakan oleh ahli-ahli dikir yang di jemput khas untuk memeriahkan majlis.

Kehadiran mereka benar-benar membuatkan majlis tersebut unik dan mengambarkan kesatuan dan keharmonian bangsa Brunei yang terdiri dari 7 puak etnik campur 1 puak Iban dan mengambarkan perbezaan agama, budaya dan kepercayaan bukan penghalang kepada usaha menyatupadukan bangsa.

Beberapa matlamat telah dapat di capai melalui majlis tersebut. Pertama usaha menyuburkan rasa kasih sayang dan ta'at setia kepada KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di Pertuan Negara Brunei serta zuriat-zurait Baginda berhasil bukan sahaja dikalangan rakyat Melayu Brunei akan tetapi juga di kalangan puak etnik minoriti Brunei kesampaian.

Kedua usaha menyuburkan semangat persaudaraan antara kaum berjaya dizahirkan melalui majlis tersebut dan ketiga majlis tersebut mengambarkan keindahan agama Islam yang benar-benar cintakan kedamaian, kesataun dan keharmonian semua lapisan masyarakat yang hidup di bawah naungannya.

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.