Ahli-ahli Pemuda NDP belajar cara jinakkan api

 
 
LIMABRUH HIJAU MACH 20, 2007: SERAMAI 30 ORANG ahli-ahli Himpunan Pemuda NDP kemarin mengikuti ceramah dan tunjuk cara mencegah kebakaran dan memadam api jika kebakaran berlaku.

Ceramah tersebut berlangsung di Limbaruh Hijau, markas NDP di Jerudong.

Ceramah dikendalikan oleh Awang Norzali bin Apong, Pegawai Bomba dari Jabatan Perhubungan Awam Bomba. Beliau dibantu oleh 2 orang pegawai bomba yang lain.


Awang Norzali berceramah mengenai bahaya api

Ceramah dianjurkan oleh Jawatankuasa Perhubungan Himpunan Pemuda dan Wanita NDP dengan kerjasama Pejabat Bomba bahagian Perhubungan AWam.

Di sesi ceramah tersebut Pegawai Bomba Awg Norzali menjelaskan selain tugas mengawal kebakaran, Jabatan Bomba juga memberikan perkhi-
dmatan-perkhdmatan menyelamat dan kesejahteraan awam yang lain. Antaraya ialah menyelamatkan mangsa kemalangan jalan raya yang terperangkap dalam kerita, membersihkan jalan raya yang terhalang oleh pokok tumbang, menangkap binatang liar yang boleh mengancam keselamatan awam seperti ular, membantu membersihkan ruang dalam rumah-rumah yang terjejas dalam bencana banjir dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan kesejahteraan awam.

Timbalan Presiden NDP, sdra Mahmud Morshdi Othman menyampaikan cendera hati kepada AWang Norzali
Beliau juga mengambil kesempatan mengingatkan kepada peserta-peserta pentingnya bersikap waspada dan selalu beingat-ingat kerana sikap sebegini, tambahnya boleh mengelakkan kita dari mengalami bencana kebakaran.

Suis-suis lampu dan alat-alat letrik seperti television mestilah dimatikan terlebih dahulu apabila meninggalkan rumah kerana kebanyakkan punca kebakaran bermula dari kecuain meninggalkan peralatan letrik yang belum dimatikan, tegas AwangNorzali.


Sesi ceramah dikuti dengan pertunjukkan cara-cara memadam api oleh ahli-ahli Bomba yang turut hadir di majlis tersebut.

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.