40 tahun lalu rantau Asia Tenggara bergolak hangat dengan kebangkitan-kebangkitan rakyat menentang penjajahan dan imperialisme Eropah dalam masa sama ianya diselubungi dengan cuaca genting Perang Dingin.
Keamanan, ketenteraman dan keselamatan suatu perkara yang hanya bagaikan impian
dan angan-angan rakyat dan penduduk di banyak negara di rantau ini.
Namun demikian impian dan angan-angan tersebut tidak hanya tinggal anggan-anggan apabila beberapa negara di rantau ini, seperti Malaysia, Philippines, Singapura dan Indonesai berjaya menuntut semula kedaulatan bangsa dan negara mereka serta menuntut semula hak untuk mereka menentukan nasib sendiri.
Pemimpin-pemimpin negara tersebut termasuk Thailand menjadi pengasas awal penubuhan Asean.
Hasrat anggota Asean 5 ketika itu jelas iaitu untuk melaksanakan impian mewujdukan rantau ini menjadi rantau aman, bebas dan sejahtera dimana rakyat dan penduduknya saling berkerjasama, hormat-menghormati antara satu dengan yang lain dan harmoni.
Hasrat mereka juga ialah untuk menjadikan rantau Asia Tenggara ‘kawasan aman, bebas dan berkecuali (Zone of peace, Freedom and Neutrality atau ZOPFAN). Konsep ini selari dengan pendirian ASEAN ketika itu.
Itulah agenda politik Asean 5 ketika itu dan untuk melaksanakan agenda besar ini memerlukan satu pakatan yang kukuh dan strategi yang mantap.
MALAYSIA PENARAJU UTAMA GAGASAN ZOPFAN |
Tun Abdul Razak yang diberikan laluan sebagai Perdana Menteri oleh Tunku Abdul Rahman Putra, berperanan dalam pentadbiran negaranya sebagai persiapan untuk menerajui Malaysia.
Langkah awal dilakukan beliau ialah mendekati negara-negara berkecuali sejak mengambil alih tampuk pemerintahan Malaysia dari tahun 1970.
Beliau tidak teragak-agak untuk merombak dasar luar Malaysia dan terjun terus ke dalam Gerakan Negara-Negara Berkecuali iaitu NAM.
Dalam sidang kemuncak NAM yang ke-V di Sri Langka iaitu pada tahun 1976, Tun Abdul Razak yang baru menjadi Perdana Menteri telah mengetuai delegasi Malaysia buat kali pertamanya.
Pada sidang kemuncak itu, Malaysia secara rasmi menjadi anggota NAM, malah sejak itu Malaysia menawarkan diri menjadi tuan rumah kepada persidangan selepas itu.
Komitmen Tun Abdul Razak dalam gerakan negara berkecuali tidak terhad untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berkecuali.
Beliau menyedari Keamanan dan keselamatan Malaysia tidak terjamin jika jiran-jiran serantau di Asia Tenggara mengambil pendekatan yang berbeza.
ASEAN, pertubuhan serantau Asia Tenggara yang dianggotai Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand yang ditubuhkan selepas tamatnya konfrantasi boleh dijadikan pentas terbaik untuk menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai rantau berkecuali.
Menteri Luar Thailand, Thanat Khoman mengambil pandangan Tun Abdul Razak lalu menyediakan kertas cadangan menjadikan Asia Tenggara zon aman, bebas dan berkecuali yang dikenali sebagai ZOPFAN (Zone Of Peace, Freedom and Neutrality).
Cadangan itu kemudianya dibentangkan dalam satu sidang khas di Bangkok dan diterima oleh kelima-lima negara anggota ASEAN tersebut dalam Deklarasi ASEAN di Bangkok
Thailand dan Filipina yang sebelumnya bersama Malaya membentuk ASA, Persatuan Asia Tenggara, tidak menjadi anggota NAM, kerana mereka terikat dengan dasar pro-barat.
Thailand dan Filipina menjadi hos kepada pangkalan tentera Amerika, manakala Malaya mempunyai perjanjian pertahanan lima negara terdiri dari Inggeris, Australia, New Zealand, Singapura dan Malaya.
Dasar pro barat itu bertujuan untuk melindungi Malaya dari sebarang ancaman, sebaliknya apa yang berlaku ialah, ia telah menjerumuskan negara itu dalam kancah persengketaan.
Tun Abdul Razak berjaya memujuk kedua negara jirannya itu untuk bersama menjadikan Asia Tenggara rantau yang tidak memihak ke mana-mana.
ZOPFAN menuntut jaminan dari semua kuasa besar. Justeru, Malaysia mengisytiharkan untuk mengamalkan hubungan dasar luar yang sama jarak dengan Amerika, Soviet Union dan China.
Bagi meyakinkan kuasa-kuasa besar maka negara Asia Tenggara secara berasingan mengambil langkah mengadakan hubungan diplomatik dengan semua negara besar.
Malaysia yang anti komunis sewaktu Malaya telah mengadakan hubungan diplomatik dengan Soviet Union. Malaysia juga menjadi negara ASEAN pertama menjalin hubungan diplomatik dengan China dan mula mengurangkan pergantungannya dalam pakatan ketenteraan lima negara bersama bersama Inggeris.
Usaha mula dilakukan untuk menarik lima lagi negara Asia Tenggara yang belum menyertai ASEAN.
Keadaan begitu menggalakkan apabila Amerika ketika itu menunjukkan hasrat untuk meninggalkan pangkalannya di Thailand dan Filipina.
Persoalan besar ialah bagaimana hendak meyakinkan semua kuasa besar untuk menjamin dasar perkecualian itu, jika Brunei masih menjadi tanah jajahaan Inggeris di mana dasar luar dan pertahanan Brunei di tangan Inggeris?.
Jika keadaan itu berkekalan, sudah pasti dasar pengecualian itu dilihat oleh semua pihak sebagai tidak sempurna, malah boleh dilihat sebagai idealisme kosong semata-mata.
Amerika tidak teragak-agak untuk menyokong ZOPFAN kerana Amerika tidak ada masalah dalam hubungan dua halanya dengan negara-negara rantau ini. Akan tetapi, bagaimana China dan Soviet Union boleh yakin jika Inggeris masih berada di situ sedangkan hubungan dua hala mereka dengan negara-negara rantau Asia Tenggara ini tidak sebaik hubungan Amerika dengan negara-negara berkaitan.
Ia menyukarkan usaha untuk meminta Soviet Union dan China keluar dari sekutunya di Vietnam, Laos dan Kampuchea.
(Bersambung 'Brunei menjadi cabaran gagasan ZOPFAN')
|