Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

 

Ranting Bebuloh Adakan Mesyuarat Agung Tahunan

2 Mei 2010: Ranting Bebuloh telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ranting kali ke 2 pada 18 April lepas. Mesyuarat telah diadakan di Dewan Serbaguna Kampong Bebuloh, Daerah Brunei Dan Muara.

Mesyuarat Agung Tahunan Ranting Bebuloh dimulakan dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh Sdra Haji Mohidin D.P Pengarah Haji Othman, Naib Presiden merangkap Ketua Perhubungan NDP Brunei-Muara.

Antara yang hadir di majlis perasmian tersebut selain ahli-ahli ranting ialah ahli-ahli Majlis Tertinggi, Ketua-Ketua Ranting, Ketua-Ketua Biro, Ketua Himpunan Non-Muslim, Ketua Himpunan Wanita, Ketua Pemuda serta Puteri disamping ahli-ahli NDP lain yang dijemput.

Di majlis tersebut, Penolong Ketua Ranting, Sdra Bandang Perayam memaklumkan disebabkan masalah kesihatan Ketua Ranting Bebuloh tidak dapat hadir dan beliau telah diberikan kuasa untuk meneruskan Mesyuarat Agung Tahunan tersbut.

Sdra Bandang dalam ucapan beliau turut menyentuh mengenai penglibatan aktif ahli-ahli Ranting Bebuloh dalam soal-soal kewangan, kebajikan, kemaslahatan ahli-ahli akar umbi NDP.

Sdra Bandang juga menekankan pentingnya warga NDP, terutama ahli-ahli Ranting Bebuloh sentiasa peka dan mengamati-amati titah-titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan sesuai dengan dengan slogan Parti Pembangunan Bangsa, iaitu '' MENJUNJUNG TITAH MEMBANGUN BANGSA.

Majls juga menyakisakan penyampaian sijil-sijil penghargaan serta pin kepada ahli-ahli NDP Ranting Bebuloh seramai 13 orang yang turut serta didalam perbarisan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 26 tahun.

Selesai majlis perasmian, Mesyuarat Agung Tahunan Ranting Bebuloh diteruskan dengan didahului ucapan alu-aluan Sdra Seudin Pungut selaku Pengerusi Mesyuarat. Mesuarat seterusnya membentang dan mensahkan Minit Mesyuarat Tahunan tahun 2009, yang dibacakan Penolong Ketua Ranting. Juga turut dibentangkan dan diterima lah Lapuran Perjalanan Ranting yang telah dibacakan oleh Penolong Setiausaha iaitu Saudara Mohd Rahmat Abdullah. Semen itu Sdari Nur Ni'mah selaku Bendahari Ranting telah membentangkan Lapuran Kewangan yang berakhir 31 December 2009. (Laporan Erin Kisar)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.