Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Semangat demokrasi terserlah di Bebuloh

BEBULOH 06 APRIL 2009 - Pemilihan umum barisan kepimpinan parti bagi sesi 2009 - 2012 yang berlangsung di Kampong Bebuloh, Daerah Brunei-Muara kelmarin mengukuhkan lagi keyakinan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) bahawa rakyat Brunei sebenarnya sudah bersedia untuk berpartisipasi dalam sistem demokrasi dan pilihanraya jika di berikan ruang dan peluang secukupnya.


Awang Mantar Perayam, Ketua Ranting Bebuloh menyampaikan ucapan alu-aluan

Andaian bahawa parti politik tidak mendapat sambutan dan rakyat belum bersedia ternyata satu andaian yang tidak lagi relevan. Jelas ianya satu andaian yang di buat-buat oleh segelintir elit-elit pentadbir dan konco-konco mereka yang berkepentingan yang tidak inginkan perubahan kerana masih selesa dalam takuk yang lama, selesa dengan status quo yang sedang mereka nikmati dan sangat curiga kepada niat baik rakyat yang lebih selesa bersuara melalui pelantar politik.

Ahli-ahli Ranting Bebuloh dan ahli terus sedang meneliti barisan calun-calun yang bertanding bagi kerusi MT Brunei-Muara

Pengiran Abu Bakar, wakil SPU memberikan taklimat tatacara pengudian di jalankan

Di sesi pemilihan umum yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kampong Bebuloh kelmarin, ahli-ahli Ranting Bebuloh dan ahli-ahli tanpa ranting (ahli terus) yang tinggal di persekitaran kawasan Kampong Bebuloh datang beramai-ramai untuk melaksanakan tanggunjawab mereka mengundi barisan kepimpinan parti bagi sesi 2009 -2012.

Tidak ada pun perkara-perkara yang tidak di ingini berlaku jauh sekali menggangu ketenteraman awam di persekitaran kawasan dewan yang terletak di kawasan perumahan di kampong tersebut. Begitu juga halnya di sesi-sesi yang terdahulu yang telah di adakan di Jerudong, Tutong dan Temburong. Semuanya berjalan dengan aman tidak seperti yang di andaikan oleh pihak-pihak berkenaan yang khuatir mesyuarat tahunan ranting atau aktiviti-aktiviti politik boleh mengangu ketenteraman awam.

Sesi pembuangan undi yang di laksanakan oleh Suruhanjaya Pemilihan Umum (SPU) di mulakan sebaik sahaja selesai majlis pembukaan rasmi Mesyuarat Agung Tahunan Ranting bagi Ranting Bebuloh diadakan.

Mesyuarat Agung Tahunan Ranting Bebuloh di buka rasmi oleh tetamu kehormat, Malai Hassan Othman atas kapisiti beliau selaku Pengerusi Panitia Kongres Agung Tahunan NDP ke-4.

Sebelum pembuangan undi di mulakan, Pengiran Haji Abu Bakar bin Pengiran Mohamad, selaku wakil SPU mengambil kesempatan memberikan sedikit taklimat kepada semua yang hadir mengenai tatacara pengundian di jalankan dan cara yang tepat mengisikan kertas undi.

Dayang Aming binti Eling berumur lebih 90 tahun masih bersemangat untuk melaksanakan hak beliau untuk memilih dan mengundi calun-calun MT Brunei-Muara pilihan beliau

Dayang Aming mendaftar diri sambil di bantu oleh Haji Wan Zain, Pengerusi SPU

Dayang Aming di bantu wakil beliau yang di sahkan SPU mengisikan kertas undi

Beliau juga memberikan penerangan mengenai calun-calun yang bertanding dan jawatan yang di pertandingkan. Seperti yang di terangkan hanya 10 calun dari Brunei-Muara bertanding bagi 7 kerusi ahli Majlis Tertinggi (MT) Brunei-Muara manakala 6 kerusi MT Belait, 4 kerusi MT Tutong dan 2 kerusi MT Temburong tidak ada pertandingan.

Sementara itu sebaik sahaja ahli-ahli selesia membuang undi mereka beredar semula ke ruang dewan untuk memulakan Mesyuarat Tahunan Ranting mereka.

Awang Mantar, Ketua Ranting Bebuloh yang di bertanding bagi jawatan MT Brunei-Muara membuang undi

Dayang Siti Mariam binti Abdullah, membentangkan usul mengenai bantuan kebajikkan

Di mesyuarat tersebut selain mengsahkan minit mesyuarat tahunan ranting 2008, mengsahkan laporan tahunan dan laporan kewangan 2008, ahli-ahli juga berpeluang membentangkan dan membahaskan usul-usul berkaitan isu-isu yang menyentuh kemaslahatan masyarakat di persekitaran dan isu sempadan serta tuntutan Brunei keatas Limbang yang sangat dekat di hati mereka sebagai penduduk yang tinggal berdekatan persempadanan yang di pertikai dan masih mempunyai harta warisan dalam wilayah yang di pertikai.

Mesyuarat juga menyaksikan ahli-ahli dengan di bantu oleh SPU memilih dan melantik Ketua, Timbalan Ketua dan 11 ahli-ahli Majlis Eksekutif Ranting bagi sesi 2009 - 2012 dengan mengunakan kaedah syura.

Mesyuarat yang bermula dari jam 10 pagi selesai pada jam 1 tengah hari.

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.