LIMBARUH HIJAU 22 APRIL 2009 - AHLI-AHLI Ranting Gadong kelmarin mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan mereka di marks pusat parti di Limbaruh Hijau Jerudong.
Mesyuarat dibuka rasmi oleh Awang Haji Metusin bin Haji Ibarhim, Timblan Pengerusi Tetap NDP.
Diperasmian tersebut beliau mengingatkan ahli-ahli agar terus berpandukan kepada perlembagaan parti dalam segala tindak tanduk dan gerak kerja dalam usaha mereka memajukan parti di kawasan mereka.
|
|
Beliau juga mengingatkan ahli-ahli akan tanggungjawab mereka kepada parti seperti contoh melunaskan yuran tahunan sebanyak $5 aitu tanggunjawab yang paling asas sebagai seorang ahli.
Sebelum perasmian Malai Hassan Othman, selaku anggota Biro Penyeledikkan dan Organisasi merangkap Pengerusi Panitia Kongres ke-4 juga mengambil kesempatan memberikan taklimat berhubung aturan dan peraturan mengadakan mesyuarat agung tahunan.
Ahli-ahli juga diberikan kesempatan untuk membuang undi bagi memilih 7 dari 10 calun-calun yang bertanding bagi kerusi Majlis Tertinggi Daerah Brunei-Muara.
Pembuangan undi dikendalikan oleh Suruhanjaya Pemilihan Umum (SPU).
|