Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

PIAT bantu taklimatkan usaha tanaman padi

TEMBURONG 18 APRIL 2009 - Pihak Biro Perindustrian, Perusahaan dan Asas Tani (PIAT) telah mengadakan satu perjumpan dan taklimat khas mengenai projek penanaman padi.

Taklimat diadakan di markas Badan Perhubungan Temburong. Ianya merupakan usaha berterusan pihak NDP dalam merealisasikan usul keselamatan permakanan yang pernah diangkat ke Kongres Agung Tahunan Ke-3 NDP tahun lepas.

Taklimat tersebut disampaikan oleh Sdra. Gelawat bin Ukang selaku Pengerusi Bersama Biro PIAT dan dihadiri oleh 45 orang petani daridaerah berkenaan.

Sdra. Gelawat menerangkan perancangan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh pihak Jabatan Pertanian dalam membantu para petani khususnya yang menanam padi antaranya ialah memberikan bantuan benih padi yang kini sedang dalam proses menyemai oleh pihak jabatan berkenaan di pusat sementara mereka di Limpaki yang mempunyai keluasan 10 hektar.

Benih-benih padi tersebut akan diagihkan kepada semua petani pada bulan April dan Mei ini untuk ditanam yang dijangka membawa petani bertanam padi dua kali setahun.

Selain itu para petani juga akan dibantu bantuan subsidi baja asas dengan sistem kad yang diberikan kepada semua petani yang berdaftar dengan Jabatan Pertanian,

Selain itu bantuan berupa khidmat nasihat juga akan diberikan oleh pegawai-pegawai yang berkelayakan bagi membantu para petani yang menghadapi masalah seperti padi rosak.

Turut juga diterangkan oleh beliau ialah bantuan mesin mengetam dan setrusnya pembelian padi oleh jabatan berkenaan dengan harga subsidi $1.60 sekilo.

Pihak Aspirasi dimaklumkan bahawa pada masa ini keluasan tanaman padi di daerah Temburong berjumlah 382.4 hektar dengan 354 orang petani dan dapat menghasilkan 264.5 metrik tan.

Sementara itu menurut maklumat yang diperolehi bahawa pihak Jabatan Pertanian akan mengadakan kajian kawasan baru  bagi mengkaji kesesuaian untuk bertanam padi di Kampong Piasau-Piasau dengan keluasan 1,000 hektar.

Sasaran awal pihak jabatan ialah untuk menghasilkan padi 20% pada tahun 2010 daripada 3.15% peratus yang dicapai pada tahun 2007.

Sdra. Gelawat menyeru kepada semua petani yang hadir supaya berusaha bersungguh-sungguh dengan tekun dan sabar serta mendengar nasihat dan tunjuk ajar yang akan diberikan oleh pegawai-pegawai Jabatan Pertanian nanti serta jangan lupa mengadu dan meminta nasihat sekiranya mereka menghadapi masalah.

Usaha berterusan dan gigih daripada para petani adalah satu sumbangan besar kepada ekonomi negara selain dapat mengurangkan kebergantungan  kita kepada negara luar, dapat menjimatkan wang dari keluar dan juga dapat meningkatkan  pendapatan sendiri. (Laporan Juned Ramli)

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.