TUTONG 11 APRIL 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) sebagai sebuah pertubuhan politik rakyat mesti merakamkan pendiriannya dalam isu sempadan dan tuntutan Brunei keatas Limbang agar sejarah nanti dapat menilai dimana kedudukan rakyat yang diwakili oleh NDP dalam proses menyelesaikan isu-isu tersebut.
Sama ada orang suka atau tidak senang dengan pendekatan ini, kita sebagai sebuah pertubuhan politik rakyat mesti terus menyuarakan pendirian kita sehingga ianya selesai.
Perkara ini ditekankan oleh sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP diperasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ranting NDP Telesai kelmarin. Majlis diadakan di Pusat Tarbiyah NDP Tutong.
Menyentuh isu sempadan yang dipertikai dan tuntutan Brunei keatas Limbang, sdr Morshidi berkata,"NDP sangat mengalu-alukan kenyataan yang dibuat oleh Pehin Dato Lim Jock Seng, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri baru-baru ini yang menyatakan isu tuntutan Brunei keatas Limbang tidak pernah dibincangkan dalam perundinagn bagi menyelesaikan isu sempadan antara Brunei dan Malaysia".
"Kenyataan tersebut mengambarkan pendirian Brunei berkenaan isu tuntutan Brunei keatas Limbang dan ianya akan dirakamkan oleh sejarah".
Sehubungan dengan itu, tambah beliau, NDP juga berpandangan kita sebenarnya berhadapan dengan dua kes berasingan. Pertama ialah isu persempadanan dan kedua ialah isu tuntutan Brunei keatas Limbang.
"Kita bersyukur, nampaknya kes pertama itu pada dasarnya telah berjaya dirungkai, walaupun belum sejelas mana perincian pencapaian persetujuan tersebut telah dicapai, namun kita memandang kehadapan bahawa Brunei kelak tidak berada dipihak yang rugi".
"Mengenai kes kedua pula, sama ada Brunei berhasrat hendak menggugurkan atau tidak tuntutan keatas wilayah Limbang adalah isu lain. Isu ini dilihat lebih kompleks dari isu membetulkan garis persempadanan kedua negara", tegas sdr Morshidi.
"Justeru kita berpandangan adalah wajar agar pihak-pihak berkenaan turut merundingi, mendengar suara dan pandangan rakyat terutama NDP yanag merupakan satu-satunya pertubuhan politik rakyat yang sah di brunei sebelum sebarang keputusan mengenai masa depan tuntutan Brunei keatas wilayah Limbang di putuskan".
Awang Haji ismail bin Trip, Ketua Ranting Telesai yang baru bagi sesi 2009 - 2012 berucap di mesyuarat tahunan ranting 2009 |

Awang Haji Ismail bin Haji Ibrahim, Ketua Ranting Telesai yang lama membuang undi
|
|
|
|
Dengan merundingi rakyat yang menjadi ”stake holder” terbesar dalam kes ini dan bermaufakat mengambil kata sepersetujuan tentulah akan membawa natijah yang baik dan barakah. Dari kaca mata sejarah rakyat dan pemerintah tentunya akan dilihat bebas dari perlakuan sumbang dan jenayah sejarah, tegas beliau lagi.
Sementara itu sebaik selesai majlis perasmian mesyuarat agung tahunan ranting, ahli-ahli
|
Ranting NDP Telesai turut diberikan taklimat mengenai
proses pemilihan umum bagi barisan kepimpinan parti peringkat pusat sebelum mereka diminta beredar ke ruang pembuangan undi untuk mendaftar diri sebelum membuang undi bagi memilih 7 dari 10 calun-calun yang bertanding bagi kerusi ahli Majlis Tertinggi Daerah Brunei-Muara.
Pebuangan undi dikendalikan oleh Suruhanjaya Pemilihan Umum 2009.
Kelmarin juga menyaksiakn Ranting NDP Telesai memilih dan melantik Ketua, Timbalan Ketua dan 11 ahli Majlis Eksekutif Ranting yang baru bagi sesi 2009 - 2012 selain melantik 6 perwakilan dan 3 pelapis perwakilan untuk mewakili Ranting Telesai di kongres agung tahunan parti pada bulan Jun akan datang ini.