LIMBARUH HIJAU 12 APRIL 2009 - MAJLIS TERTINGGI Parti Pembangunan Bangsa (NDP) berseru agar pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan lebih mesra NDP agar memudahkan lagi pergerakkan politik rakyat ini menunaikan janji dan sumpah untuk sama-sama mempastikan negara terus stabil, maju, aman dan makmur serta semua rakyat hingga keanak cucu kekal taat setia kepada raja, bangsa dan negara.
Majlis Tertinggi yang bersidang di mesyuarat bulanan kali ke-32 pada 8 April baru lalu membuat seruan ini ketika membincangkan isu-isu berkaitan larangan ROS tidak membenarkan NDP mengadakan aktiviti-aktiviti politik di rumah-rumah persendirian atas alasan aktiviti-aktivit tersebut boleh menjejaskan ketenteraman awam.
Di mesyuarat tersebut ahli-ahli Majlis Tertinggi juga membincangkan saranan terbaru ROS untuk menaikkan had umur layak keahlian dari 18 tahun ke 21 tahun serta saranan untuk menaikkan had jumlah keahlian bagi melayakkan penubuhan
|
|
sebuah ranting dari 35 orang ke 50 orang.
Semua ini, termasuk larangan-larangan ROS yang terdahulu seperti pengunaan bendera rasmi parti di markas-markas daerah, dilihat oleh parti sebagai sekatan yang boleh menghambat kemajuan pergerakkan parti kearah merelisasikan visi, misi dan objektif parti yang telah direstui sendiri oleh ROS.
"Kita sangat berharap pihak ROS dan juga pihak-pihak berkenaan yang lain akan dapat memahami dengan baik perjuangan murni NDP iaitu semata-mata untuk sama-sama berusaha mempastikan keamanan, kemakmuran dan kestabilan yang sedang kita nikmati hari ini akan terus terpelihara dan dapat dinikmati pula oleh anak cucu kita akan datang"
"Sepanjang 25 tahun yang lepas sejak kita memasuki era kemerdekaan negara yang
|
|
dulunya dikategorikan sebagai negara mundur sekarang sudah menjadi negara yang sedang membangun dengan menyaksikan banyak perkembangan dan kemajuan pesat dipelbagai bidang termasuk bidang ekonomi, pendidikkan, kesihatan dan sosial"
"Dalam masa sama sepanjang 25 tahun lalu kita juga menyaksikan pertumbuhan penyakit sosial yang membimbangkan, masalah kemiskinan meningkat, program menyediakan perumahan kepada seluruh rakyat tidak menepati sasaran sehingga kurang lebih 40, 000 rakyat yang hingga kini tidak mempunyai rumah sendiri, isu pengahihan zakat yang kurang sempurna, pengganguran dikalangan belia menigkat serta masalah penyakit jiwa yang dihidapi lebih 30,000 rakyat dan penduduk di negara ini".
"Semua ini mengambarkan terdapatnya dasar yang kurang mantap serta kebocoran dalam sistem pengurusan dan pentadbiran, tegas sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP ketika mempengerusikan mesyuarat bulanan MT ke-32.
"Rakyat dan penduduk perlu memainkan peranan dalam sama-sama mempastikan 25 tahun akan datang masalah ini berkurangan dan dasar serta sistem pengurusan dan pentadbiran dapat dimantapkan bagi kepentingan bersama".
"Peranan NDP disni ialah untuk menyumbangkan buah fikiran yang membina yang boleh membantu memantapkan lagi dasar serta sistem pengurusan negara. NDP mempunyai peranan menyumbangkan khidmat bakti dengan mendekati rakyat dan penduduk, mendapatkan 'feedback' dan idea-idea dari akar umbi untuk disalurkan kepada pihak-pihak berkenaan untuk tindakan sewajarnya".
"Kebimbangan NDP ialah jika pandangan-pandangan rakyat akar umbi ini tidak diberikan perhatian secukupnya dan ruang untuk mereka menyuarakan semua ini disekat, akan lahirlah bibit-bibit kekecewaaan yang akhirnya boleh menghakis kesetiaan rakyat kepada raja, bangsa dan negara", tambah sdr Morshidi.
"NDP tidak ingin melihat kesetiaan rakyat kepada raja, bangsa dan negara terutama dikalangan generasi muda ditanam melalui peraturan dan undang-undang keselamatan negara yang membuatkan rakyat takut untuk berfikir, bersuara dan untuk bergerak dari atas pelantar parti politik. Apa yang kita usahakan ialah membantu menanamkan kesetiaan yang tulen dan sejati dikalangan rakyat dan penduduk yang lahir dari rasa cinta yang mendalam terhadap raja, bangsa dan negara", ujar sdr Morshidi.
"Sedihnya sejauh ini suasana dalam negara tidak mesra politik, pihak-pihak berkenaan kurang mesra NDP. Ini menyebabkan agak sukar bagi NDP untuk memainkan peranannya", keluh sdr Morshidi sambil menyeru bagi pihak ahli Majlis Tertinggi yang bersidang agar pihak ROS dan pihak-pihak berkenaan yang lain lebih mesra NDP.