Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Membantu golongan miskin keluar dari kepompong kemiskinan

ISU kemiskinan bukan isu baru di Negara Brunei Darussalam. Masalah kemiskinan sudah sekian lama wujud.

Sebelum merdeka lagi negara sudah berhadapan dengan masalah tersebut. Brunei sendiri dizaman pemerintahan Al-marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien merupakan sebuah negara yang sedang merangkak-rangkak untuk membangun dengan matlamat untuk meningkatkan taraf hidup rakyatnya ketika itu.

Pasca kemerdekaan, negara penghasil minyak dan gas ini sudah mula mencipta nama sebagai antara negara terkaya di rantau ini. Masalah kemiskinan tidak lagi menjadi isu. Bukan bererti ianya tidak wujud tetapi senghaja disembunyikan disebalik definasi dan takrifan kemiskinan. Di Brunei kata mereka tidak ada miskin tegar tetapi miskin relatif jika dibanding dengan negara-negara seperti Filipina, Indonesia dan Bangladesh.

Persoalannya dalam menangani isu kemiskinan ini kenapa harus dibanding Brunei sebagai sebuah negara yang kaya dengan negara miskin? Kenapa tidak dibanding dengan negara yang setaraf dengannya yang sudah berjaya mengurus isu kemiskinan dengan baiknya?

Apa pun takrifan yang diberikan hakikatnya terdapat golongan masyarakat yang susah, miskin dan papa kedana dan mereka ini bukan sahaja dari kalangan orang islam tetapi juga orang bukan islam. Dan paling membimbangkan hak sebilangan mereka untuk mendapat pembelaan dari sistem zakat mungkin telah dinafifkan.

Brunei dengan kekayaan yang berlambak-lambak sebenarnya mampu mengatasi masalah kemiskinan ini. Tetapi apa yang menjadi rintangan ialah masalah sikap, masalah 'denial syndrome' dimana pihak-pihak berkenaan lebih cendrung menafikan hakikat sebenar isu tersebut.

Nah sekarang setelah 25 tahun merdeka kita kembali berhadapan dengan kenyataan bahawa kurang lebih 20,000 rakyat dan penduduk termasuk mereka dari kalangan non-muslim hidup dalam kemsikinan.

Paling menyedihkan apabila kita mendapat tahu wang zakat yang terkumpul mencecah BND 200 juta, tetapi isu kemiskinan tidak berkurang malahan bertambah.

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam sendiri terasa terkilan dengan perkara ini dan menaruh harapan pihak-pihak berkenaan yang diamanahkan mengurus pengutipan dan pengagihan wang zakat akan mengambil langkah-langkah kehadapan menyelesaikan isu kemsikinan ini melalui pengurusan zakat yang lebih efisyen dan efektif.

Bercakap mengenai pengurusan zakat yang efsiyen dan efektif ini, Parti Pembangunan bangsa (NDP) rasa cemburu juga apabila dimaklumkan berkenaan langkah-langkah yang diambil oleh Lembaga Zakat Selangor dalam usaha menangani isu kemiskinan ini.

Berikut dikongsikan sebuah artilkel yang disediakan oleh Rosanani Saad dari Malaysia. Mudah-mudahan ianya boleh memberikan idea kepada pihak-pihak tertentu di Brunei dalam usaha mereka menanganai isu kemsikinan melalui pengurusan zakat yang lebih efsisyen dan efektif.

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyasarkan untuk melahirkan 1, 000 usahawan dalam kalangan golongan miskin (asnaf) menjelang akhir tahun ini.

            Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, Program Keusahawanan Golongan Miskin yang dilaksanakan dan dianjurkan oleh LZS adalah  salah satu kaedah penyaluran wang zakat.

            Menurutnya, sepanjang tahun lalu, sejumlah RM 1.7 juta bantuan disalurkan LZS kepada seramai 343 asnaf menerusi program berkenaan, yang mana setiap usahawan akan menerima antara RM 3,000 sehingga RM 50,000 setahun, berdasarkan jenis perniagaan yang diceburi.

            “Program jangka masa panjang LZS ini bertujuan melahirkan usahawan dalam kalangan golongan miskin, dalam usaha mengatasi kemiskinan di Selangor dan LZS dari masa ke masa akan mengenal pasti golongan miskin yang berpotensi untuk dilatih menjadi usahawan.

            “Mereka yang terpilih menerima bantuan perniagaan daripada LZS akan dibantu, dibimbing dan dipantau bagi memastikan mereka benar-benar menjadi usahawan tulen yang berjaya  dan seterusnya  keluar dari belenggu kemiskinan.

            “Malah bagi memastikan perniagaan mereka berdaya maju, suntikan modal tambahan akan disalurkan berdasarkan potensi dan kebolehupayaan usahawan itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pelancaran Promosi D’Asnaf Kraf, disini, semalam.
Menurutnya, LZS memperuntukkan RM 4 juta dalam bentuk bantuan modal bagi menggalakkan serta membudayakan bidang keusahawanan  dalam kalangan golongan miskin dan ia termasuklah menyediakan skim bantuan perniagaan berbentuk pakej dan tanaman kontrak.

            “LZS juga akan membantu usahawan dari golongan ini untuk meneroka bidang perniagaan baru seperti francais selain  mengadakan kerjasama dengan agensi di Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di peringkat persekutuan.

            “Sebanyak 268 daripada 343 usahawan terlibat dalam perniagaan berskala sederhana dan sederhana besar, melibatkan beberapa bidang termasuklah perniagaan berasaskan makanan, perkhidmatan, perusahaan serta peruncitan dan industri asas tani.

            “Nilai aset dan keuntungan keseluruhan usahawan di bawah program dianggarkan berjumlah hampir RM 2.4 juta dan kita berharap agar mereka akan menjadi usahawan  atau petani yang mampu berdikari serta mampu menjana pendapatan lumayan, dengan pendapatan antara RM 2, 000 hingga RM 11, 000 sebulan bagi membolehkan mereka keluar dari garis kemiskinan dan seterusnya layak membayar zakat,” katanya.

            Turut dilaksanakan di bawah program berkenaan adalah projek berkelompok iaitu pasar rakyat Asnaf ( Seksyen 3 dan TTDI Jaya ), program Pengedar Gas LPG ( tiga peserta ), dan Program Bergerak/Mobile ( 10 peserta ).

            Sementara itu, sebagai bantuan berterusan Mais Zakat Sdn. Bhd turut ditubuhkan bagi memberikan focus kepada pembangunan usahawan, yang mana sebelum ini tugas itu dipikul LZS.

            “Peruntukan RM 4 juta akan disalurkan kepada asnaf melalui Mais Zakat Sdn. Bhd yang juga akan bertindak untuk mengenal pasti individu serta kesesuaian projek yang akan dilaksanakan.
“Dalam pada itu, LZS juga akan membantu usahawan untuk meluaskan pasaran produk sedia ada terutama yang dihasilkan sendiri oleh mereka melalui sayap pemasaran yang diwujudkan iaitu S’Asnaf Edar,” katanya.

            Sehingga kini terdapat seramai 173 jurukraf daripada kalangan asnaf yang masih aktif yang mana keseluruhannya menerima upah RM 12, 000 sebulan.

 

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.