Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Lembaran baru isu sekuriti permakanan

LIMBARUH HIJAU 29 APRIL 2009 - MAJLIS pelancaran penanaman padi besar-besaran di Wasan pada pagi Isnin 27 April 2009 merupakan lembaran baru dalam sejarah negara memajukan bidang tanaman padi di negara ini.


Gambar ehsan Pelita Brunei

Bersejarah kerana KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam sendiri bersama anaknda-anaknda baginda telah beluai di sawah untuk menekankan hasrat murni baginda untuk melihat bidang penanaman padi dapat dimajukan hingga berupaya memberikan jaminan sekuriti permakanan di negara ini.

Bersejarah kerana penglibatan baginda mencetuskan 'momentum' atau daya hebat kepada usaha melaksana program-program memantapkan lagi dasar sekuriti permakanan di negar ini.

Sudah hampir setengah abad negara cuba memajukan bidang tanaman padi tetapi hasilnya masih kurang memuaskan.

Mengikut statistik pertanian 2007, jumlah keperluan beras bagi penduduk Negara Brunei Darussalam adalah sebanyak 31,242 metrik tan setahun yang dianggarkan bernilai sejumlah BND37.05 juta. Dalam perkataan lain jumlah penggunaan per kapita dianggarkan sebanyak 80.1 kg setiap orang setahun. Akan tetapi hingga saat ini hanya lebih kurang 3.12 peratus dari jumlah tersebut dapat dipenuhi. Selebihnya negara masih bergantung kepada beras impot untuk memenuhi keperluan tersebut.

Insya Allah dengan penglibatan terus dan komitmen yang ditunjukkan oleh baginda pada Isnin bersejarah itu negara akan menyaksikan usaha kali ini mempunyai harapan besar untuk berjaya.

Negara sebenarnya tidak ada pilihan. Kebergantungan terus negara pada beras impot mendedahkan keselamatan negara, kedaulatan bangsa dan survival negara kepada kemungkinan-kemungkinan yang tidak diingini.

Dasar sekuriti permakanan negara tidak dipertikaikan belum begitu mantap lagi untuk menjamin kekebalan keselamatan bangsa dan negara dari ancamana-ancaman yang boleh sahaja menjejaskan kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara yang sedang kita nikmati ini.

Inilah sebenarnya yang sering menjadi kebimbangan Parti Pembangunan Bangsa sejak awal penubuhannya lagi pada 31 Ogos 2005.

Makanya isu sekuriti permakanan menjadi antara agenda utama NDP dalam perjalanannya menyokong dan membantu apa jua usaha KDYMM dan Kerajaan baginda untuk mempastikan Negara Brunei Darussalam berkekalan menjadi sebuah negara Melayu, Islam Beraja yang berkekalan aman, makmur dan sentiasa mendapat keampunan Allah.

Isu sekuriti permakanan merupakan antara faktor penting kearah merelisasikan wawasan ini.

Sejak awal lagi NDP menyedari dan mengenalpasti faktor ini dan atas kesedaran ini NDP telah tidak jemu-jemu memberikan perhatian kepada isu tersebut, isu penghasilan beras negara, serta isu-siu berkaitan seperti memajukan bidang penghasilan sago yang juga merupakan makanan asas kedua penting bagi negara.

Walaupun dengan keupayaan yang terhad namun tidak menghalang NDP untuk melaburkan wang ringgit, masa dan tenaga demi untuk menjadi pemangkin semangat pembaharuan pemikiran dan pendekatan, sebagai agen perubahan atau dalam bahasa yang gemar digunakan di zaman ini pemangkin anjakan paradigma dalam mendepani isu sekuriti permakanan ini.

Justeru tidak keterlaluan jika dikatakan NDP juga telah memainkan peranan penting mendepani agenda sekuriti permakanan dan strategi meningkatkan penghasilan beras negara ketahap sara diri yang sekarang kita sama-sama saksikan sedang dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

Sehubungan dengan itu NDP ingin mengambil kesempatan ini untuk berdatang sembah kehadapan majlis KDYMM untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih atas inisiatif baginda untuk memberikan daya baru yang hebat kepada isu-isu penting. Baginda telah berjaya meniupkan 'political will' dan meniupkan semangat baru kedalamnya.

NDP menaruh harapan 'momentum' atau daya hebat yang didorong KDYMM itu akan terus berlaku dengan perlaksanaan berterusan strategi yang bersepadu dalam usaha membentuk sekuriti makanan negara.

Dalam lain perkataan bukan sahaja usaha meningkatkan keupayaan pengeluaran beras perlu dikukuhkan dari sekarang tetapi dalam masa sama persoalan berhubung rizab atau simpanan bekalan beras dalam negeri untuk sekuriti permakanan mesti juga diberikan perhatian serious.

Sekurang-kurangnya dalam masa kita berusaha meningkatkan penghasilan beras (melalui pelan jangka pendek) daripada 3.15 peratus sara diri (982.9 metrik tan setahun) kepada 20 peratus sara diri (kira-kira 5,800 metrik tan setahun) pada tahun 2010 dan seterusnya ke tahap 60 peratus sara diri ( kira-kira 18,000 metrik tan setahun) pada tahun 2015 melalui pelan jangka sederhana, rizab beras dalam negeri perlu dapat menampung keperluan beras negara bagi tempoh setahun.

Perkara ini menjadi tanggunjawab kita sebagai sebuah negara Islam. Ia adalah menjadi kewajipan kerajaan mempastikan bahawa setiap rakyat mendapat bahan makanan yang mencukupi, berkhasiat dan halal sebagai salah satu keperluan asas kehidupan.

Negara perlu mewujudkan satu stockpile dalam negeri bahan makanan ruji sekurang-kurangnya untuk satu tahun bagi memastikan bekalan yang terjamin pada masa krisis, pada harga yang berpatutan.

Ikuti artikel-artikel awal yang berkaitan:

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.