Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Jangan mudah patah semangat

SERIA 20 APRIL 2009 - PRESIDEN Parti Pembangunan Bangsa (NDP) kelmarin menasihatkan ahli-ahli parti di Daerah Belait agar terus istiqamah memperkukuhkan semangat juang untuk berkhidmat kepada bangsa dan negara melalui pelantar politik.

"Kita jangan mudah jemu dan patah hati dalam perjalanan kita menuju kearah meralisasikan visi, misi dan objektif parti ini", nasihat Ayahnda Yasin Affandy dalam ucapan perasmian Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Ranting-Ranting dan Kongres Tahunan Badan Perhubungan NDP Belait.

"Apa pun rintangan dan halangan semuanya itu merupakan cabaran-cabaran yang peranannya ialah untuk memperkukuhkan lagi komitmen dan semangat juang kita bukan sebaliknya", ujar Ayahnda Yasin Affandy sambil merujuk masalah yang dihadapi oleh NDP Belait untuk mengadakan mesyuarat ranting-ranting dan kongres tahunan berikutan larangan pihak ROS tidak membenarkan mengadakannya di rumah-rumah persendirian.

Perkara tersebut juga disentuh oleh Naib Presiden NDP Belait, sdr Suliaman Metrasad dalam ucapan alu-aluan beliau.

"Kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana merahmati NDP Belait ini dengan ramai ahli-ahli yang bersemangat kental hingga segala rintangan dan halangan untuk kita mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ranting-Ranting dan Kongres Tahunan Badan perhubungan tahun ini dapat diatasi".

"Rintangan dan halangan yang saya maksudkan ialah halangan pertauran yang tidak membenarkan Ranting-Ranting NDP mengadakan aktiviti-aktiviti di rumah-rumah persendirian termasuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan seperti yang dikehendaki oleh Perlembagaan parti".

"Peraturan tersebut telah dikuatkuasakan oleh Pendaftar Pertubuhan iaitu ROS  atas dasar mengawal ketenteraman awam walaupun jelas dalam masa sama ianya boleh menyekat perkembangan parti".

"Setentunya lah perkara ini sangat mengecewakan, tetapi Alhamdullilah bak kata pepatah dalam setiap kesempitan itu ada kesempatan yang perlu diambil. Ada hikmah disebalik larangan tersebut", tegas sdr Sulaiman.

"Hikmah yang saya maksudkan ialah kejayaan yang kita sama-sama saksikan hari ini iaitu mengdakan Mesyuarat Agung Tahunan Ranting-Ranting dan Kongres Tahunan Badan Perhubungan Daerah secara serentak di premis yang cantik di tepi pantai yang indah ini", tambahnya.

Ahli-ahli NDP Belait mendaftar kehadiran sebaik tiba di Big Top OGDC

"Dan kejayaan yang kita saksikan hari ini juga merupakan natijah semangat kental dan semangat kesatuan ahli-ahli NDP Belait yang saya sebutkan tadi dalam sama-sama menghadapi dan mendepani  segala cabaran dan rintangan dalam perjalanan kita menuju ke kecemerlangan dan kedewasaan berpolitik dalam era negara memasuki kedewasaan bernegara setelah 25 tahun merdeka".

Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada OGDC Syarikat Minyak Brunei Shell kerana sudi membenarkan NDP Belait mengunakan tempat tersebut dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak-pihak keselamatan terutama pihak Polis Di-Raja Brunei Daerah di Panaga kerana tidak menghalang NDP untuk mengadakan majlis yang berkebajikkan ini serta kepada ROS yang juga telah mengambil maklum dan tidak ada halangan untuk kita berkumpul di Big Top OGDC ini.

Juga turut berucap Malai Hassan Othman, selaku Pengerusi Majlis. Majlis perasmian turut dihadiri oleh Haji Hanafi Hj Mohd Daud, Naib Presiden NDP Tutong, Haji Metussin, Ahli Lembaga Penaisaht NDP merangkap Timbalan pengerusi Tetap NDP dan beberapa ahali-ahli majlis Tertinggi dari daerah Tutong dan Brunei-Muara.

Sementara itu sebaik selesai perasmian ahli-ahli NDP Belait yang hadir terus beredar ke tempat pembuangan undi untuk melaksanakan tanggunjawab mereka memilih dan mengundi barisan kepimpinan peringkat pusat bagi sesi 2009- 2012.

Seramai 10 orang dari Daerah Brunei-Muara telah dicalunkan bagi merebut 7 kerusi Majlis Tertinggi (MT) yang dipertandingkan, manakala 6 kerusi MT Belait, 4 kerusi MT Tutong dan 2 kerusi MT Temburong tidak ada pertandingan.

Sesi pembuangan undi dikendalikan oleh Suruhanjaya Pemilihan Umum (SPU) 2009 dengan cekapnya tanpa mendapat sebarang teguran dari ahli-ahli yang sebilangan ramai baru pernah ikut serta dalam pilihanraya sedemikian.

Sebaliknya ramai yang meluahkan rasa gembira kerana berpeluang melalui pengalaman demokrasi sedemikian. Suasana pilihanraya dan suasana demokrasi dapat dirasakan dan ini sangat menyenangkan, kata sebilangan ahli-ahli yang diminta pandangan kelmarin.

Sebaik selesai membuang undi ahli-ahli ranting (NDP belait mempunyai sebanyak 6 ranting) kembali ketempat masing-masing untuk meneruskan Mesyuarat Agung Tahunan mereka.

Disebelah tengah hari ahli-ahli Majlis Ekeskutif Ranting dan anggota-anggota kongres yang lain yang terdiri dari perwakilan dari Badan perhubungan, Himpunan Wanita, Pemuda dan Non-Muslim Daerah bersidang di Kongres Tahunan Badan Perhubungan Daerah di tempat yang sama.

Di Kongres Tahunan tersebut selain mensahkan laporan kongres tahun lalu, laporan tahunan dan kewangan Badan Perhubungan, perwakilan juga membentangkan dan membahaskan usul-usul untuk di angkat ke Kongres Agung Tahunan parti Jun depan ini.

 

 

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.