BANDAR SERI BEGAWAN 01 Mei 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) sangat mengalu-alukan kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Brunei berhubung persetujuan Malaysia dengan Brunei untuk menyelesiakn isu sempadan yang dipertikai kedua buah negara.
Datuk Seri Najib telah membuat kenyataan tersebut ketika ditemuramah wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan beliau ke Brunei Rabu kelmarin. Dalam lawatan dua hari itu Datuk Seri Najib juga membuat pertemuaan empat mata dengan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam di Istana Nurul Iman.
Dalam kenyataan tersebut Datuk Seri Najib telah memberikan kepastian bahawa isu tuntutan Brunei keatas Limbang tidak disebut dalam persetujuan yang telah dicapai. Apa yang hanya dibincangkan dan dipersetujui ialah penyelesian isu sempadan darat dan maritim yang dipertikai kedua-dua buah negara.
NDP dalam hal ini sangat mengalu-alukan penjelasan tersebut yang turut memperkukuh lagi pandangan NDP dan rakyat Brunei pada umumnya bahawa isu sempadan dan isu tuntutan Brunei keatas Limbang merupakan dua isu yang berasingan.
Sehubungan dengan itu NDP memandang jauh kehadapan penyelesaian isu sempadan akan dapat dimuktamadkan secepat mungkin dengan tidak merugikan Brunei.
Dengan penyelsaian sedemikian kedua-dua belah pihak akan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada usaha mempertingkat dan memperkukuh lagi hubungan erat dan persefahaman antara kedua-dua buah negara terutama diperingkat rakyat dengan rakyat.
NDP juga memandang jauh kehadapan dengan harapan tinggi Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib akan dapat memberikan tumpuan perhatian bagi menyelesaikan beberapa isu-isu lain yang tertunda.
Seperti yang kita sedia maklum masih ramai lagi rakyat Brunei yang masih berkelana di Malaysia dibawah suaka politik yang diberikan oleh kerajaan Malaysia di era pimpinan Allahyarham Tun Razak, ayahnda Datuk Seri Najib.
NDP berharap isu seperti ini akan dapat diselesiakan dengan segera untuk memberikan laluan yang lebih luas lagi bagi kedua-dua buah negara meningkatkan hubungan persaudaraan yang sedia ada yang terbina atas dasar kesefahaman dan saling hormat menghormati antara satu dengan yang lain.
Dalam konteks ini NDP juga memandang jauh kehadapan hubungan baik dua hala dan kesefahaman yang sedia ada diperingkat atasan akan diperkukuhkan lagi diperingkat hubungan antara rakyat dengan rakyat kedua buah negara.
NDP bersedia untuk memainkan peranan bagi mencapai hasrat murni ini.
Justeru NDP berharap parti-parti politik di Malaysia akan dapat mengiktiraf kewujudannya sebagai sebuah pergerakkan politik terbesar yang sah di Brunei kerana ini akan memudahkan lagi NDP melaksanakan tugas dan tanggunjawab menyokong dan mendokong usaha KDYMM dan Kerajaan baginda kearah memelihara hubungan erat, kerjasama dan persefahaman antara rakyat Brunei dengan Malaysia.