Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Hanya ilmu mampu tangani kemiskinan umat, negara Islam

Oleh Azrina Sobian

KEMISKINAN ditakrifkan sebagai paras kesejahteraan di bawah keperluan minimum isi rumah dari segi pemakanan, pakaian, kesihatan dan keperluan asas lain.

Kemiskinan tegar tidak boleh atau sukar diubah meliputi semua keperluan hidup.

Kemiskinan diukur dengan membandingkan paras mutlak pendapatan isi rumah dengan pendapatan diperlukan bagi perbelanjaan minimum atau apa yang mungkin diistilahkan sebagai pendapatan garis kemiskinan.

Islam menggalakkan umatnya bekerja dan berusaha bagi mengelakkan kemiskinan tegar. Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, hingga mereka mengubah nasib (perbuatannya) sendiri.” (Surah ar Raad, ayat 12)

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Allah lebih menyayangi orang mukmin yang kuat daripada orang mukmin yang lemah.” (Hadis riwayat Muslim)

Kemiskinan, menurut Program Makanan Sedunia (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu), setiap 3.5 saat seorang penduduk dunia mati atau 24,685 orang setiap hari akibat kelaparan. Anehnya dan menyedihkan kebanyakan mereka adalah masyarakat Islam.

Statistik itu membuktikan kemiskinan masih membelenggu umat Islam di seluruh dunia yang masih tercicir dalam pelajaran, kesihatan dan pemakanan.

Masalah kelaparan dan kebuluran berkait rapat dengan kemiskinan. Oleh itu, umat Islam digalak berkorban bagi membantu umat Islam lain yang kelaparan dan kebuluran.

Setiap amal kebaikan adalah sedekah. Rasulullah SAW bersabda bermaksud “Setiap kebaikan adalah sedekah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pengorbanan dan kasih sayang antara umat kaya kepada yang miskin amat penting. Semangat ukhuwah membantu mereka yang miskin dengan mengambil semangat korban. Pengorbanan dan kasih sayang ialah pencetus kepada kejayaan ummah di dunia ini.

Krisis globalisasi dikatakan meninggikan ekonomi dan pertumbuhan keluaran dihasilkan petani, nelayan serta pengusaha industri kecil. Hal ini dapat mengurangkan kemiskinan di luar bandar.

Namun, sesetengah ahli ekonomi menyatakan perlu ada dasar sosial yang baik untuk membantu rakyat miskin kerana kemiskinan dan taraf sosial tidak mempunyai hubung kait dengan globalisasi.

Oleh itu, umat Islam mesti berusaha mempertingkat ilmu agar masalah kemiskinan dapat diatasi. Jika umat Islam mempunyai ilmu dalam bidang ekonomi, pertanian, perusahaan dan perniagaan masalah kemiskinan dapat diatasi.

Benarlah sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Keadaan orang mukmin menakjubkan kerana segala keadaan yang dihadapinya menjadi baik baginya, jika dia mendapat keuntungan dia bersyukur dan itu adalah baik baginya. Sebaliknya, jika dia menghadapi kesusahan dia bersabar dan itu adalah baik baginya.” (Hadis riwayat Muslim)

Justeru, umat Islam mesti mempunyai kekuatan mental dan fizikal menghadapi masalah kemiskinan. Imam Syafi’e menyatakan kemiskinan menyebabkan kemenangan dalam menuntut pengetahuan.

Sementara itu, kemiskinan tidak patut dijadikan alasan seseorang tidak berjaya. Kemiskinan bukanlah hina, malah malas berusaha dan bekerja adalah lebih hina.

Sesungguhnya, kemiskinan boleh membawa kebinasaan. Umat Islam tidak digalak berhutang yang boleh membawa kesusahan. Allah berfirman bermaksud: “Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan.” (Surah al-Baqarah, ayat 195) (Dipetik dari Berita Harian)

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.