LIMBARUH HIJAU 14 APRIL 2009 - AHLI-AHLI Ranting NDP Berakas keluar mengundi kelmarin di Limbaruh Hijau, markas pusat Parti Pembangunan Bangsa (NDP).
Sesi pembuangan undi bermula sebaik sahaja Ranting Berakas selesai membuka rasmi Mesyuarat Agung Tahunan Ranting.
Awang Abdul Rahman Yusup, Pengerusi Tetap NDP telah diundang untuk menjadi tetamu kehormat dumajlis perasmian tersebut.
Dalam ucapannya beliau menekankan perlunya ahli-ahli parti terus memperkukuhkan semangat juang mereka dan membuktikan kepada masyarakat bahawa warga NDP akan terus maju kehadapan membela bangsa dan negara walaupun sering menerima hambatan-hambatan dari perlaksanaan peraturan-peraturan yang kurang mesra politik.

Awang Abdul Rahman Yusup, tetamu kehormat berucap di majlis perasmian
|

Pg Hj Abu Bakar, wakil SPU menyampaikan taklimat
|

Pg Haji Amir Al Haj membuang undi
|

Bung Asnan membuang undi |
|
|
Beliau juga membacakan sebuah sajak yang diilhamkannya semasa dalam perjalanan menuju ke Limbaruh Hijau.
Sementara itu sebaik sahaja ahli-ahli Ranting Berakas selesai membuang undi, merek beredar kembali ke dewan syura untuk meneruskan mesyuarat tahunan.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengiran Haji Metrasad selaku pengerusi sementara Ranting Berakas.
|