Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Dasar mendiskriminasikan wanita dihapuskan?

LIMBARUH HIJAU 16 APRIL 2009 - PARTI Pembangunan Bangsa (NDP) mengalu-alukan langkah baik kerajaan untuk menghapuskan dasar-dasar dan amalan-amalan yang jelas mendiskriminasikan kaum wanita di negara ini.

"NDP terutama Himpunan Wanita (HAWA) menyambut baik langkah kerajaan untuk menghapuskan amalan yang menghendaki pekerja-pekerja wanita diberhentikan perkhidmatan tetap setelah berkahwin dan diambil berkhidmat semula secara sebulan ke sebulan", ujar Hajah Saemah Hj Zulkefli, Ketua HAWA ketika diminta pandangan berhubung Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bilangan 2/2009 bertarikh 22 Safar 1430 bersamaan 18 Februari 2009.

Dalam surat keliling tersebut dinyatakan bahawa dengan perkenaan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, amalan yang menghendaki pekerja-pekerja wanita diberhentikan daripada Perkhidmatan Tetap setelah berkahwin dan diambil berkhidmat semula secara Sebulan Ke Sebulan ditiadakan.

Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Awang Haji Ibrahim bin Haji Hassan di sesi Taklimat Jerayawara 'Peniadaan Perkhidmatan Sebulan ke Sebulan' baru-baru ini, "dengan perubahan tersebut bererti pegawai dan kakitangan perempuan yang berkahwin akan diubah ke dalam perkhidmatan secara tetap dan akan menerima kemudahan serta keistimewaan yang sebelumnya hanya diterima oleh pegawai kakitangan yang dalam Perkhidmatan Tetap".

"Alhamdullilah, HAWA NDP mengucapkan ribuan terima kasih kehadapan majlis KDYMM atas perkenaan menghapuskan amalan tersebut yang jelas mendiskriminasikan pekerja-pekerja wanita di negara ini".

"NDP melihat langkah tersebut sebagai sambutan baik pihak kerajaan kepada usul parti yang bertajuk 'Memertabatkan Kaum Wanita' yang disampaikan oleh Dr Hajah Ra'yah binti Mohamad Ali di Kongres Agung Tahunan NDP ke-3 tahun lepas".

Sehubungan dengan itu NDP memandang jauh kehadapan dengan harapan Kerajaan KDYMM akan terus memberikan perhatian meneliti semula semua dasar-dasar dan amalan-amalan yang jelas mendsikriminsakian kaum wanita di negara ini, selaras dengan semangat Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW)", tegas Hajah saemah lagi.

"Seperti yang ditekankan di kongres tersebut NDP melihaat kaum wanita Brunei telah banyak memberikan sumbangan yang besar dalam semua aspek pembangunan negara dengan  menunjukkan keupayaan dan prestasi cemerlang, dan dalam masa yang sama masih mampu memelihara dan membangunkan institusi kekeluargaan yang tidak mampu dilakukan oleh kaum lelaki".

"Sedihnya dasar yang digunapakai oleh majikan-majikan termasuk di sektor perkhidmatan awam berat sebelah dan seperti tidak menghargai sumbangan kaum wanita ini. Terdapat amalan diskriminasi terhadap kaum wanita di negara ini yang bekerja di sektor awam dan juga di sektor swasta", keluh Dayang Hajah Saemah.

"Antaranya terdapat syarikat-syarikat swasta yang tidak membayar gaji semasa cuti bersalin selama dua bulan, tidak diberikan peluang untuk mengikuti skim latihan selayaknya dalam perkhidmatan, dan tidak disediakan kemudahan perumahan dan imbuhan-imbuhan lain yang sewajarnya", tambah Ketua HAWA lagi.

Beliau berharap amalan-amalan seperti ini akan terus dihapuskan agar memberikan peluang yang sama rata kepada kaum wanita untuk terus maju jaya menyumbangkan khidmat bakti kepada negara dan bangsa seperti juga kaum lelaki.

Beliau juga mengajak peminat-peminat laman web ini serta pemerhatipemerharti politik untuk sama-sama mendalami kedudukan NDP dalam isu ini dengan mengklik pautan dibawah ini:

IKUTI SETERUSNYA USUL 'MEMERTABATKAN KAUM WANITA'

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.