LIMBARUH HIJAU 7 APRIL 2009 - Ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Sengkurong A keluar mengundi kelmarin di Limbaruh Hijau, markas pusat NDP di Jerudong.

Pembukaan rasmi Mesyuarat Tahunan Ranting Sengkurong A |

Sesi pembuangan undi di mulakan - ahli-ahli menunggu giliran untuk mendaftar diri sebelum membuang undi
|

Pengiran Ismail, wakil Suruhanjaya Pemilihan Umum 2009 memberikan taklimat tatacara mengundi
|

Awang Haji Antin merupakan ahli Ranting Sengkurong A pertama membuang undi
|

Awamg Haji Hidup, Ketua Ranting Sengkurong A melaksanakan haknya untuk mengundi
|
Sesi pembuangan undi bagi memilih 7 dari 10 calun-calun yang bertanding kerusi ahli Majlis Tertinggi Brunei-Muara bermula sebaik sahaja Ranting NDP Sengkurong A selesai membuka rasmi Mesyuarat Agung Tahunan Ranting.
Awang Haji Antin bin Ahad, Naib Presiden NDP Brunei-Muara merangkap Ketua Perhubungan yang telah di undang selaku tetamu kehormat merupakan ahli pertama dari Ranting NDP Sengkurong A membuang undi di ikuti oleh Awang Haji Hidup bin Lamit, Ketua Ranting Sengkurong A dan ahli-ahli yang lain.
Sebaik sahaja selesai sesi pembuangan undi, ahli-ahli yang hadir beredar semula untuk mengambil tempat masing-masing di Dewan Syura Limbaruh Hijau untuk meneruskan Mesyuarat Agung Tahunan.
|
|
|
|
|
Antara agenda yang di bincangkan di mesyuarat tersebut ialah mensahkan minit mesyuarat tahunan ranting tahun lepas perkembangan Ranting Sengkurong A sepanjang 2008 seperti yang tersenarai dalam laporan tahunannya serta laporan kewangan ranting tersebut.
Juga turut di bincangkan ialah usul-usul yang akan di angkat ke Kongres Tahunan Badan Perhubungan Daerah Brunei-Muara pada bulan Mei akan datang ini dan juga yang di cadangkan untuk di angkat ke Kongres Agung Tahunan NDP ke-4 pada bulan Jun depan.
|
Ahli-ahli yang hadir juga memilih dan melantik Ketua, Timbalan Ketua dan 11 ahli Majlis Eksekutif Ranting yang baru bagi sesi 2009 -2012 selain melantik 6 wakil-wakil dan 3 pelapis wakil untuk mewakili Ranting Sengkurong A di Kongres Agung Tahunan NDP kali ke-4 nanti.
Ranting Sengkurong A merupakan ranting NDP yang ke 6 mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dalam persiapan NDP menghadapi Kongres Agung Tahunan parti kali ke-4 pada 19 hingga 21 Jun akan datang ini.
|