TUTONG 9 APRIL 2009 - SEBILANGAN besar ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dari Ranting Ukong 1 dan 2 enggan hadir di Mesyuarat Agung Tahunan Ranting mereka masing-masing yang telah diadakan di Pusat Tarbiyah NDP Tutong pada sebelah pagi dan petang hari isnin baru lepas berikutan surat larangan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak membenarkan sebarang aktiviti parti yang ditakrifkan ROS sebagai aktiviti politik termasuk mesyuarat diadakan di rumah-rumah persednirian.
|

Hajah Armah, wakil SPU memberikan taklimat mengenai tatacara pengundian kepada ahli-ahli Ukong 1
|
|
|
Rancangan awal, seperti juga ranting-ranting yang lain, Ranting NDP Ukong 1 dan 2 sepatutnya mengadakan mesyuarat-mesyuarat tersebut di rumah-rumah ketua ranting untuk memudahkan ahli-ahli yang sebilangan besar terdiri dari warga emas yang tinggal di persekitaran kawasan ranting untuk menghadirkan diri.
Malangnya pihak ROS tidak merestui rancangan tersebut atas alasan mesyuarat yang akan diadakan di rumah-rumah persendirian boleh menggangu ketenteraman awam.
Namun demikian Ranting Ukong 1 dan 2 terpaksa juga meneruskan dengan mengadakan mesyuarat tersebut seperti yang telah diwajibkan oleh perlembagaan parti di Pusat Tarbiyah NDP Tutong yang terletak jauh dari Ukong1 dan 2. Atas sebab itu sebilangan ahli-ahli dari kedua buah ranting telah memutusakn untuk tidak hadir kerana kesulitan-kesulitan yang dihadapi untuk meninggalkan rumah ke tempat mesyuarat.

Mesyuarat Agung tahunan ranting Ukong 2
|

Pengiran Haji Abu Bakar, wakil SPU memberikan taklimat PEMILU 2009 kepada ahli-ahli Ranting Ukong 2
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullilah, mesyuarat yang diadakan oleh Ranting Ukong 1 dan 2 berjalan dengan baiknya dan tidak terdapat sebarang kejadian berlaku yang boleh dilihat sebagai menggangu ketenteraman awam dikawasan tersebut dibanding dengan aktiviti-aktiviti majlis perkahwinan, karoke, bergambus dan bermain mercun yang sering diadakan di rumah-rumah persendirian.
Di mesyuarat tersebut seperti yang dikehendaki perlembagaan parti Ranting Ukong 1 dan 2 membincangkan laporan tahunan dan kewangan bagi tahun 2008 dan tidak mebincangkan minit mesyuarat lepas memandangkan kedua-dua ranting buat pertama kalinya mengadakan mesyuarat ah=gung tahunan mereka.
Di mesyuarat tersebut kedua-dua ranting, dengan bantuan Suruhanjaya Pemilihan Umum (SPU) juga melantik Ketua, Timbalan Ketua dan 11 ahli Majlis Eksekutif Ranting (MER) yang baru bagi sesi 2009 - 2012 selain melantik 6 perwakilan dan 3 pelapis perwakilan masing-masing untuk menghadiri Kongres Agung Tahunan NDP ke-4 pada 19 hingga 21 Jun akan datang.
Sementara itu sebelum bermesyuarat tahunan ahli-ahli yang hadir dari kedua-dua buah ranting juga berpeluang membuang undi dalam pemilihan umum (PEMILU 2009) barisan kepimpinan parti peringkat pusat bagi sesi 2009 - 2012.
Dalam PEMILU 2009 ini hanya 7 kerusi Majlis Tertinggi (MT) Brunei-Muara dipertandingkan sementara 6 kerusi MT Belait, 4 MT Tuting dan 2 MT Temburong tidak ada pertandingan.
Seramai 10 calun dari Brunei-Muara bertanding nagi merebut 7 kerusi MT daerah tersebut.
|