| |

|
| Di Kongres Agung ke-4 yang lalu yang berlangsung pada pada 25-27 Jamadil Akhir 1430 bersamaan 19-21 Jun 2009 di ICC, Berakas, kongres telah menerima dan mengesahkan sebanyak 42 usul-usul dari Badan-Badan Perhubungan Daerah. Dalam masa sama persidangan Kongres Agung Ke-4 juga bersetuju mengangkat semula mana-mana usul yang telah di luluskan di Kongres Agung ke-3 pada 2008 tetapi belum diambil sebarang tindakan oleh pihak-pihak berkenaan. Berikut usul-usul dari Badan Perhubungan Daerah.... |
PERANAN MAJLIS BANDARAN/PEJABAT DAERAH
- Mencadangkan kepada Kerajaan Kebawah DYMM supaya pihak-pihak berkenaan memberikan penerangan meluas mengenai peranan dan tanggungjawab Pentadbiran Jabatan Bandaran dan Pentadbiran Jabatan Daerah yang ditanggapi oleh orang awam sebagai mengelirukan; dan bahawa pihak-pihak berkenaan meneliti skop tugas dan tangungjawab kedua-dua agensi itu agar tidak bertindih (overlapping) antara satu sama lain.
- Mencadangkan kepada Kerajaan Kebawah DYMM supaya hanya mengenakan cukai pintu ke atas bangunan dan rumah-ruah kediaman yang disewakan dan bukan ke atas rumah persendirian yang didiami oleh tuan rumah itu sendiri; dan bahawa pihak berkenaan melonggarkan peraturan membolehkan rumah-rumah persendirian dijadikan premis perniagaan kecil-kecilan secara terkawal.
PONDOK BANTUAN KECEMASAN
- Mencadangkan kepada Kerajaan Kebawah DYMM mewujudkan pondok-pondok kecemasan yang berfungsi 24 jam sebagai tempat menunggu bantuan sekiranya berlaku kemalangan jalan raya atau kerosakan kenderaan pada jarak setiap 20 kilometer; dan bahawa pihak berkenaan menyediakan talian telefon percuma (toll free) yang disambungkan terus ke bilik gerakan bantuan kecemasan/ polis pada setiap 250 meter di sepanjang lebuh raya dan jalan-jalan kampung.
LALUAN KERETAPI KOMUTER
- Mencadangkan kepada Kerajaan Kebawah DYMM membina laluan keretapi komuter bermula dari sempadan Sungai Tujuh melalui pekan Belait, Seria, Tutong, Bandar Seri Begawan, Lapangan Terbang dan Pelabuhan Muara; dan bahawa projek mega ini adalah sebagai persediaan awal menghadapi kesesakan lalu lintas di masa hadapan sekaligus memudahkan pekerja yang memerlukan perkhidmatan pengangkutan awam yang cepat dan selesa lagi menjimatkan; dan bahawa pihak berkenaan menyediakan pengangkutan bas secukupnya dan pada jangka masa yang tetap, yang berulang alik dari stesen-stesen Keretapi Komuter berkenaan ke tempat-tempat awam; dan bahawa pihak berkenaan menggalakkan penggunaaan pengangkutan awam sebagai sebahagian dari kempen “negara hijau”.
CUTI UMUM ADAU GAYOH
- Mencadangkan kepada Kerajaan Kebawah DYMM mengisytiharkan hari kebesaran Adau Gayoh yang disambut setiap 1 Mei sebagai cuti awam.
|
|
| |
Presiden NDP |

Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy
|
Timbalan Presiden |
Malai Hassan Othman
|
Setiausaha Agung |

Hj. Juned Ramlee
|
|
|
 |
 |
 |
.jpg)
|

|
 |
| |
|
|
|
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
|