PENYENGARAAN JALAN-JALAN KAMPUNG
- Mencadangkan kepada Kerajaan Kebawah DYMM menghentikan pemberian kontrak bagi penyenggaraaan jalan-jalan, longkang-longkang, sungai-sungai dan anak-anak sungai di kampung-kampung kepada kontraktor-kontraktor; dan bahawa pihak-pihak berkenaan digesa memulihkan sistem perkhidmatan pemuliharaan jalan raya, pembersihan dan mendalami longkang-longkang, membersihkan sungai-sungai dan anak-anak sungai supaya dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya bagi mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk-penduduk kampung sebagai buruh penyenggaraan, dengan itu akan memperolehi pendapatan tetap untuk menampung kos kehidupan keluarga yang semakin tinggi dan mengurangkan kadar pengangguran.
KAWALAN KESELAMATAN DI TANGKI-TANGKI AIR
- Mencadangkan kepada Kerajaan Kebawah DYMM supaya mengambil langkah mengetatkan kawalan keselamatan di kawasan penempatan tangki-tangki air dan pam-pam yang dibina di lokasi-lokasi yang terpencil seperti di atas bukit di kawasan-kawasan pendalaman dengan menyediakan pengawal-pengawal keselamatan sepenuh masa terdiri dari anak-anak tempatan.
Maka dengan ini, Kongres Agung Tahunan ke-4 Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang bersidang di Dewan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, pada 25-27 Jamadil Akhir 1430 bersamaan 19-21 Jun 2009, menerima dan mengesahkan usul-usul di atas dengan sebulat suara. |