LIMBARUH HIJAU 11 APRIL 2008 - KEUPAYAAN negara untuk mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035 di ragui oleh pemerhati badan dunia dan juga beberapa cerdik pandai yang lain dan ini menambahkan lagi kebimbangan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) terhadap 'Road Map' kearah Wawasan Brunei 2035.
Brunei berhasrat untuk menjadi sebuah negara gemilang dan terbilang diseluruh dunia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi, mempunyai kualiti hidup yang tinggi serta mempunyai pendapatan per kapita yang teratas setara dengan 10 negara teratas dunia dalam masa 30 tahun dari sekarang.
Untuk itu sebuah Jawatankuasa Perencenaan Kemajuan Negara Jangka Panjang telah dibentuk dan telah melakarkan 'road map' (peta laluan) untuk dijadikan pandun penggubal-penggubal dasar dan pelaksana membawa negara kearah matlamat yang dihasratkan.
Telah dikatakan 'peta laluan' yang telah di bukukan dalam sebuah buku bertajuk 'Perencenaan Kemajuan Jangka Panjang Negara Brunei Darussalam' dibuat hasil konsultasi dengan berbagai lapisan 'rakyat'.
Dalam hal ini dan setelah meneliti buku tersebut, NDP merasakan tidak semua 'rakyat' yang juga turut punya kepentingan dalam perencenaan kemajuan jangka panjang negara telah diminta pandangan. Mislanya Persatuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang kukuh dibidang ekonomi dan mewakili Rakyat Melayu Brunei dan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Steysen Minyak yang mempunyai lebih 20,000 ahli serta badan politik, mereka ini tidak pernah di minta pandangan.
Mungkin ada yang berpandangan perkara itu tidak relevan untuk dipersoalkan kerana apa yang penting satu peta laluan telah dapat dihasilkan oleh ahli-ahli jawatankuasa yang dilantik untuk membawa negara kearah Wawasan 2035.
Masalahnya sekarang bukan sahaja NDP yang rasa risau terhadap Road Map untuk memandu negara mencapai matlamat wawasan tersebut bahkan pemerhati badan dunia dan beberapa cerdik pandai lain pun turut meraguinya.
Dari prespektif NDP, sebagai sebuah pertubuhan politik rakyat, 'Road Map' kearah Wawasan Brunei 2035 perlu penelitian semula dengan mengambil kira bahawa sistem penyampaian dan pemantauan kerajaan perlu kepada penambahbaikkan demi untuk meningkatkan iltizam, istiqamah dan keupayaan menjayakan hasrat Wawasan Brunei 2035.
NDP berpandangan demikian dengan mengambil kira pencapaian-pencapaian (track record) sistem pengurusan dan pentdabiran negara selama lebih 20 tahun lalu yang sangat mengecewakan.
NDP juga melihat perlunya 'Road Map' Wawasan Brunei 2035 memberikan perhatian serious kepada dasar pembahagian kekayaan negara untuk mempastikan hak-hak orang Melayu sebagai bangsa dan ketuanan di Negara Brunei Darussalam dibidang ekonomi contohnya terjamin dan tidak diabaikan.
'Road Map' Wawasan Brunei 2035 jelas kurang meberikan tumpuan untuk menampilkan roh dan semangat Melayu Islam Beraja dalam perencenaan kemajuan negara jangka panjang tersebut justeru Wawasan Brunei 2035 dapat dilihat lebih bersifat sekular dan tidak holisitic.
Menyedari perkara ini NDP melihat perlunya Wawasan Brunei 2035 sebagai peta laluan untuk melonjakkan negara di peta dunia sebagai sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang setaraf denngan 10 negara teratas di dunia diteliti semula supaya ianya tidak dilihat sebagai satu tembirang sahaja.
Contohnya hasrat untuk meletakkan negara dalam kumpulan sepuloh negara teratas di dunia dibidang Pembangunan Sumber Insan dan usaha Kerajaan untuk mempelbagai ekonomi negara yang masih bergantung penuh kepada kekayaan minyak dan gas untuk memacu pembangunan bangsa dan negara.
Halatuju negara untuk mencapai dua perkara ini sudah di ragui oleh oleh seorang pegawai kanan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).
Katanya dalam temubual dengan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, "sasaran untuk meletakkan Brunei dikalangan 10 negara teratas di dunia yang telah mencapai Petunjuk Prestatsi Pembangunan Insan (Human Development Index) meruapakan satu wawasan yang hebat dan bukan mudah bagi Kerajaan untuk melaksanakannya".
"Untuk mencapai taraf sedemikian, Brunei perlu menghadapi cabaran membangun sumber manusianya terutama sekali melalui bidang pendidikan", ujar Dr Richard Leete, Wakil UNDP bagi Malaysia, Singapore dan Brunei.
Katanya walaupun pencapaian bidang pendidikan di Brunei diperingkat rendah dan menengah ditahap yang memuaskan namun di peringkat pendidikan tinggi pencapannya masih rendah.
Angkatunjuk 2001 menunjukkan kemasukkan penuntut-penuntut di peringkat sekolah rendah mencapai 100 peratus dan kemasukkan di peringkat sekolah menengah lebih 90 peratus. Namun demikian di peringkat pendidikan tinggi kemasukkan penuntut ke institusi-institusi pendidikan tinggi hanya dianggarkan 10 peratus, kata Dr Richard Leete.
"Antara faktor bagi pengiktirafan Petunjuk Prestasi Pembangunan Insan (HDI) ialah dibidang pendidikan yang mengambil kira penididkan diperingkat tinggi", jelas Dr Richard Leete.
"Kalau kita bandingkan Brunei di bidang pendidikan dengan 5 negara teratas di dunia, ianya jauh terkebelakang dan ia akan memakan masa yang panjang bagi Brunei untuk mencapai ketahap tersebut, mungkin satu generasi...pokoknya ia akan memakan masa yang panjang", kata Dr Richard Leete.
Menyentuh mengenai perkembangan Brunei dalam usaha mepelbagai ekonomi negara yang sehingga kini masih bergantung penuh kepada sumber minyak dan gas, katanya kemajuan dibidang ini merupakan satu lagi kendala bagi Brunei untuk mencapai wawasannya.
Beliau menyentuh perlunya mewujudkan suasana pekerjaan yang lebih kondusif dan kompetitif bagi mempastikan pencari kerja mudah memilih untuk berkerja di sektor swasta.
Bagaimana mungkin kita dapat menggalakkan pencari kerja agar berminat berkerja di swasta sedangkan sektor awam masih mempunyai kelebihan dalam pemberian insentif dan keutamaan-ketamaan yang lain. Ini memerlukan perubahan minda yang hanya dapat dihasilkan dengan mewujudkan suasana seimbang antara sektor awam dan swasta, menurut pandangan Dr Richard Leete.
Sehubungan dengan itu Dr Richard Leete melihat cabaran bagi Brunei untuk duduk dikalangan 10 negara teratas dunia sangat hebat dan bukan perkara mudah.
"Bukan sahaja Brunei perlu mengatasi 20 negara lain akan tetapi ia perlu mengambil kira negara-negara dibelakang yang lain yang juga mepunyai aspirasi yang sama. Ini merupakan satu perlumbaan yang memerlukan kita terus bergerak".
"Contohnya negara Qatar yang sekarang menduduki tangga ke 37. Negara ini belum lagi mencapai ketahap kumpulan 10 negara teratas di dunia akan tetapi ianya bergerak seperti sebuah kereta api express", ujar Dr Richard Leete.
MENGUNAKAN KEADAH KDNK UNTUK MENGUKUR PETUMBUHAN EKONOMI SATU MASALAH?
Dalam perkembangan lain, Dr Roger Lawrey, dari Faculty of Business, Economics and Policy Studies, Universiti Brunei Darussalam pula berpandangan penggunaan keadah Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) untuk mengukur pertumbuhan ekonomi negara yang bergantung penuh kepada hasil minyak dan gas kurang tepat dan boleh memberikan gambaran yang mengelirukan terhadap keadaan sebenar ekonomi negara.
Menggunakan keadah KDNK sebagai asas sistem perakuanan negara yang hampir sepenuhnya bergantung kepada hasil minyak dan gas sangat tidak sesuai, kata Dr Roger Lawrey sambil menabah, 'implikasi yang akan dihadapi ialah menetapkan sasaran kadar pertumbuhan KDNK masa depan yang betul dan tepat boleh menjadi satu masalah besar.
Contonya jika kadar pertumbuhan KDNK dicapai melalui peningkatan pengeluaran minyak dan gas, ini sebearnya bermakna kita telah mengurangkan simpanan minyak dan gas dan urutan perkembangan selanjutnya ialah peningkatan masalah di masa hadapan.
Lain halnya jika kadar pertumbuhan KDNK disasarkan kepada pertumbuhan ekonomi bukan minyak dan gas dimana ianya akan lebiih mudah dicapai dan berdaya tahan, menurut pandangan Dr Roger Lawrey lagi.
Katanya pergantungan terus kepada minyak dan gas inilah yang menjadi masalah besar Brunei pada masa ini kerana tanpa peningkatan hasil imnyak dan gas, penghsilan sektor-sektor lain belum lagi mampu mengambarkan sasaran kadar pertumbuhan KDNK yang positif.
Beliau seterusnya memberikan contoh penjelasan,"Kenaikan harga minyak dunia setentunya bermakna peningkatan pendapatan negara. Ini memanglah satu berita yang baik akan tetapi ianya tidak memberikan gambaran sebenar bahawa dalam masa ekonomi digambarkan sehat peluang pekerjaaan dan perniagaan sebenarnya tidak bertambah, pihak yang hanya menikmati pertumbuhan ini hanya lah syrikat-syariktat minyak, kerajaaan dan pemeggang-pemeggang saham.
NDP mengalu-alukan pandangan wakil PBB dan cerdik pandai
Pandangan-pandangan wakil UNDP dan pensyarah UBD tersbeut sangat-sangat dialu-alukan dan kita menaruh harapan agar jawatankuasa perencana kemajuan jangka panjang negara mengambil kira pandangan-pandangan tersebut demi untuk menambahnilai peta laluan kearah Wawasan bruei 2035.