UKONG, TUTONG 07 APRIL 2008 - KETAHANAN mental dan kesabaran masyarakat Ukong di daerah Tutong melalui kesusahan dan ketidak selesaan bencana banjir yang sering berlaku sekurang-kurangnya empat kali setiap tahun di lembah Ukong sejak berpuluh tahun lepas sangat mengkagumkan pemimpin-pemimpin NDP.
 |
Perkara ini ditekankan oleh Timbalan Presiden NDP, sdr Mahmud Morshidi Othman di sesi ramah mesra Majlis Pelancaran Sekretariat Jawatankuasa Menyusur Desa bersama ahli-ahli NDP dan penduduk di Ukong pada Sabtu baru lalu ini.
"Seluruh warga NDP turut merasakan kepayahan hidup abis kita yang sering menghadapi isu banjir ani, empat kali setahun pindah randah dan sebagainya. Sehubungan dengan ini NDP pada tahun lepas telah memanjangkan masalah abis
|
kita ini kepada Kerajaan KDYMM", jelas sdr Morshidi kepada ahli-ahli NDP dan penduduk Ukong yang hadir di majlis tesebut.
Tegasnya dalam masa sama beliau juga melihat penduduk-penduduk Ukong malahan tanaman-tanaman dan pokok-pokok di kawasan Ukong ini mempunyai kelebihan tersendiri iaitu ketahanan walaupun terpaksa melalui empat kali setahun banjir.
 |
"Walaupun sering menghadapi isu banjir abis kita masih boleh bertahan lagi, tidak sedikit pun menunjukkan rasa marah kepada pihak-pihak yang berkenaan kerana tidak mengambil tindakan sewajarnya untuk membaikpulih parit-parit, membesarkan parit-parit, mendalamkan sungai dan sebagainya".
"Sabar abis kita. Ini menunjukkan ada satu ketahanan dalam diri abis kita", tambah sdr Morshidi sambil berkata malahan bumi, pokok-pokok dan tanam-tanaman disini pun tahan dilanda banjir. Ia sentiasa subur menghijau walaupun sentiasa dilandan banjir.
|
"Ini bermakna dan NDP berasa terkilan dengan ersoalan kenapa pihak-pihak tertenu tidak mengambil usaha yang lebih gigih untuk mentransformasi bumi yang subur ini menjadi satu aset kepada pembangunan pertanian di negara ini.
Seperti di negeri Belanda yang sebesar Miri dimana kedudukan buminya dibawah paras air, mereka berjaya mengtransformasi buminya menjadi bumi subur pertanian dan menjadi nombor 4 pengeluar hasil pertanian terbesar di dunia walaupun pada dasanya bumi Belanda tersebut mudah dilanda banjir, ujar sdr Morshidi.
"Mereka berjaya menggunakan teknologi pemaritan dan pembentungan dengan baiknya sehingga membolehkan negara tersebut berjaya mengawal banjir. Mereka tidak menunggu banjir untuk mendalamakan sungai dan membersihkan parit. Setiap enam bulan mereka akan menjalankan kerja-kerja pemeliharaan dan setiap setahun sekali mereka akan membuat kerja-kerja mendalamkan sungai-sungai".
"Dalam erti kata yang lain mereka berjaya menggunakan teknologi moden untuk merancang dan mengatur pengaliran air dengan baiknya. Dengan itu kita sarankan kepada jabatan Tali Air dan Pembentungan agar menimbangkan untuk menghantar pegawai-pegawai menimba ilmu baru berkaitan teknologi-teknologi moden mengurus perparitan dan tali air ini", kata sdr Morshidi.
Katanya dengan langkah tersebut mudah-mudahan dapat digunapakai di lembah Ukon ini demi untuk meringankan bebanan penduduk Ukong dan meningkatkan kesejahteraan ,mereka di sini.
Sementara itu sdr Morshidi bagi pihak ahli-ahli NDP dan penduduk di Ukong juga merakamkan setinggi penghargaan kepada Kerajaan KDYMM, terutama sekali Pegawai Daerah Tutong, pasukan-pasukan keselamatan dan pasukan Bomba yang sentiasa bersedia membantu penduduk-penduduk di Ukong menghadai masalah banjir.