Setiausaha Agung mulakan tugas

 
 

LIMBARUH HIJAU 07 APRIL 2008 - JADUAL KERJA bagi Setiauasaha Agung, Awang Haji Aminorashid Haji Ghazali penuh di hari pertama beliau kembali bertugas pada hari Sabtu setelah selama enam belas hari 'bercuti protes' sebagai membantah langkah berterusan NDP ditimpakan dengan prosedur-prosedur yang kurang mesra politik.

Di sebelah pagi beliau ditimbuni dengan surat-surat untuk ditandatangani dan dalam masa sama juga sibuk menghadiri mesyuarat pejabat. Di sebelah petang beliau menghadiri diri di majlis perasmian Sekretariat Jawatankuasa Menyusur Desa yang diadakan di rumah Awang Phua Lim Hoe @ Rosli, ahli NDP di Ukong.

Belum pun reda rasa kecewa beliau terhadap prosedur-prosedur kurang mesra politik, beliau disesi soal-jawab di majlis tersebut terpaksa berhadapan dengan ahli-ahli akar umbi di Ukong yang melontarkan kepada beliau beberapa persoalan

berkaitan dengan kebebasan dan hak rakyat arga emas yang masih menerima gaji pencen dan alaun sara hidup dari kerajaan untuk berpartisipasi secara aktif dalam politik.

Pesoalan juga diajukan kepada beliau kenapa semasa majlis pembukaan rasmi banguan parlimen Majlis Mesyuarat Negarai (MMN) Ayahnda Yasin Affandy, selaku pemimpin sebuah parti politik terbesar dan berdaftar tidak diundang secara rasmi untuk menyakiskan hari bersejarah tersebut?.

Persoalan-persoalan sedemikian yang datang dari ahli-ahli akar umbi teruatama dari kalangan masyarakat kampung menggambarkan betapa mereka rasa tertekan oleh ketidak telusan dalam pengamalan dasar pembaharuan politik yang diwar-warkan dan betapa dalam suasana

sedemikian mereka tercari-cari jawapan jelas untuk memantapkan lagi keyakinan mereka terhadap NDP sebagai wadah perjuangan mereka.
 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.