Sambutan meriah dari penduduk Bebuluh

 
 

KAMPONG BEBULUH 09 APRIL 2008 - LEBIH 300 orang penduduk termasuk 70 ahli NDP di Kampong Bebuluh datang berduyun-duyun ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ranting NDP Bebuluh yang telah diadakan di rumah Ketua Ranting NDP Bebuluh pada pagi Ahad bersamaan 06 April baru lalu ini.

Persembahan tarian asli puak Melayu Bisaya oleh anak-anak warga NDP. Mereka telah dilatih selama setahun dengan tujuan memelihara warisan budaya Melayu Bisaya selaras dengan seruan parti untuk memelihara warisan budaya puak-puak etnik Melayu Brunei termasuk puak Iban.

Apa yang di bisik Kanda Haji Antin kepada sdr Morshidi itu...? Mungkin ini..."eh dinda baik ROS nda marah ni kanak-kanak menari ani?

Awang Mantar menjelaskan sesuatu kepada sdr Morshidi di majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NDP
Bebuluh.

Tidak pun nampak rasa ketakutan atau ragu-ragu diwajah mereka yang datang menghadiri perkumpulan politik tersebut, yang nampak hanya senyuman mesra dan semangat kemasyarakatan yang terpancar dari wajah-wajah orang Melayu Bisaya yang walaupun pendidikan mereka tidak sehebat orang bandar namun kefahaman politik mereka jelas lebih hebat dari orang bandar.

Walaupun majlis tersebut tidak sebesar mana dan hadirin yang diundang bukan orang penting dalam kerajaan, namun keluarga tuan rumah sanggup
menumbangkan seekor kerbau, menyembelih 20 eora ayam kampung, 20 ekor ayam daging dan berbelanja untuk melayani dan membesarkan tetamu dengan hidangan makanan tengah hari atas gangsa yang merupakan budaya puak Bisaya. Turut hadir di majlis yang bersejarah itu ialah sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP, Awang Haji Antin Ahad, Pemangku Naib Pesiden NDP
merangkap Ketua Perhubungan NDP Brunei-Muara, Awang Haji Hanafi Haji Md Daud, Naib Presiden merangkap Ketua Perhubungan NDP Tutong dan beberapa orang ahli Majlis Tertiggi NDP serta ahli-ahli biasa yang lain.

Major (B) Haji Md Jafar, ahli Majlis Tertinggi NDP Brunei-Muara merangkap Ketua Biro Keselamatan dan Kecemasan telah diundang untuk menjadi tetamu kehormat di majlis yang penuh keriangan tersebut.

Majlis dimulakan dengan tarian dan permainan muzik tradisi yang dipersembahkan oleh anak-anak warga NDP yang berumur antara 5 ke 11 tahun. Mereka telah dilatih selama setahun lalu dengan tujuan memelihara kekayaan warisan budaya dan tradisi orang Melayu Bisaya selaras dengan misi parti untuk memelihara warisan budaya puak-puak etnik Melayu Brunei termasuk puak etnik Iban di negara ini.

Setelah persembahan membuka tirai majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ranting NDP Bebuloh dimualakan dengan lagu Kebangsaan Negara dimainkan dikiuti dengan lagu 'Demi Brunei Tercinta, lagu rasmi parti.

Oleh kerana NDP tidak dibenarkan mengadakan upacara penaikkan dan pengibaran bendera parti oleh pihak ROS, ianya digantikan dengan upacara mengorak dan membuka lipatan bendera 'Sang Setia'. Upacara tersebut dilakukan oleh Awang Mantar dan Awang Haji Antin (dengan penuh hati-hati takut-takut ditiup angin dan terkibar pula sedikit bendera tersebut)

Majlis diterusakn dengan kata-kata alu-aluan oleh Awang Mantar dan diikuti oleh ucapan Naib Presiden NDP Brunei-Muara yang diisampaikan oleh Awang Abdullah Bahjou bin Bundan. Major (B) Awang Haji Jafar, Ketua Biro Keselamatan dan Kecemasan selaku tetamu kehormat juga diberikan kesempatan untuk berucap dimajlis tersebut. (MHO)
 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.