Presiden seru ahli-ahli tenang dengan krisis makanan dunia

 
 

LIMBARUH HIJAU 17 APRIL 2008 - PRESIDEN Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yakin Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia mempunyai cukup persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan dari 'krisis' makanan yang sedang melanda dunia.

"Saya yakin Kerajaan KDYMM sudah bersedia untuk berhadapan dengan masalah kenaikan harga barang akibat inflasi barang makanan dunia. Justeru saya berseru kepada semua ahli-ahli NDP dan keluarga agar bersabar dan bertenang menghadapi keadaan yang sedang melanda dunia pada ketika ini", seru Ayahnda Yasin Affandy dalam satu kenyataan yang dibuat ketika dunia menghadapi pergolakkan inflasi makanan berikutan keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

Ekonomi dunia melalui keadaan tidak menentu berikutan kejatuhan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) dan peningkatan harga komoditi.

Kejatuhan nilai dolar AS menyebabkan dagangan makanan yang selama ini menggunakan mata wang tersebut terpaksa dinaikkan untuk mendapatkan nilai yang sama.

Pengeluar-pengeluar makanan dunia yang menggunakan dolar AS dalam dagangan menaikkan harga kerana mahukan nilai jualan yang sama bagi mengelakkan kerugian kepada pihak pengeluar.

Inflasi makanan ini bakal dirasai oleh negara- negara Asia dan Asia Pasifik berikutan permintaan bekalan makanan yang tinggi dari negara-negara ekonomi baru muncul seperti China, India, Vietnam serta Indonesia yang memiliki kepadatan penduduk yang tinggi.

Negara Brunei Darussalam sendiri yang mengimport lebih 90 pertus makanan keperluannya dari luar termasuk beras dan gula tidak telindung dari pergolakkan krisis maknan dunia ini.

Penduduk di Negara Brunei Darussalam senidiri sudah mulai turut merasakan bahang krisis makanan dunia ini. Harga beberapa produk seperti minyak makan, tepung dan mee meningkat membuatkan sebilangan pengguna merasa tertekan dan gelisah.

Ayahnda Yasin Affandy dalam kenyataannya meluahkan rasa risau terhadap keadaan yang tidak menyenangkan ini yang dikhuatiri boleh digunakan oleh elemen-elemen yang tidak bertanggungjawab untuk senghaja mengerohkan keadaan untuk kepentingan mereka.

Justeru beliau menyeru ahli-ahli NDP dan keluarga agar tidak mudah mempercayai berita-berita angin yang senghaja disebarluaskan untuk mewujudkan suasana kelamkabut di negara ini.

Belaiu juga menyeru kepada peniaga-peniaga dan pembekal-pembekal supaya memberikan kerjasama dengan tidak menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya dan tidak menyorokkan barangan untuk senghaja mewujudkan keadaan kekurangan makanan bagi tujuan menaikkan harga.

Ayahnda Yasin Affady dalam masa sama juga menyarankan kepada pihak penguatkuasa Kastam dan Eksais untuk mempertingkatkan kawalan demi untuk membenteras sebarang cubaan untuk menyeludup beras keluar dari negara ini.

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.